AMARAN : Entry kali ni mungkin agak panjang
Hujung March haritu balik kampung Perak sebab ada family kenduri kawen. Kenduri hari ahad. Sabtu malam ada test sampai pukul 10. Lepas test terus shoot ke Perak.Pukul 6 pagi dah bangun untuk siap-siap rewang kenduri.Pastu...eh, jap! Okay bukan nak cerita psal kenduri kan.. :D
Petang bila habis kenduri sengaja naik Cameron Highland sebab Dila memang TAK PERNAH ke Cameron.Eh pernah, cuma tak pernah jenjalan la.Pegi dulu pun visit rumah uncle kat TNB tu. Owh memang sengaja ambik cuti hari Isnin so alang-alang takde plan ape-ape so jomlah kite semua ke Cameron Highland tanpa apa-apa preparation. Tawakal je sebab risau jugak takde hotel nak tido. Musim cuti sekolah memang pack la kan kat atas Cameron tu.
Sampai atas pukul 9 lebih (malam). Lucky us kat Brinchang dapat jugak hotel budget yang agak ok dengan price yang sangat reasonable. Hotel untuk tido satu malam je pun sebab pagi esoknya nak checkout da..
Unlucky me, sebab bangun pagi esoknya tu....Datang pulak SENGGUGUT yang agak teruk.Damn and seriously spoil mood. Tak larat sangat nak jalan sebab Dila memang jenis senggugut teruk tak hengat punye. Nak taknak telan panadol sebab pinggang ke bawah dah krem. Baru release sikit sakit tu.Bolehla jalan dengan mood yang tak berapa nak best.
Tapi, so far BEST! Sakit-sakit pun bejalan tetap bejalan kan. Tak gitu?hehehe
 |
| Budak senggugut tak hengat dunia. |
Okay first thing after checkout, google
tempat-tempat menarik di Cameron Highland dulu nak pegi mane. Dah decide, kitorang ke
CACTUS VALLEY dulu sebab mak nak cactus. Syok tengok banyak macam-macam rupa kaktus. Masa tu tengok syokla rasa nak je semua.Dah beli nanti tengok.....malas nak jaga.Eh tak, bukan malas ye, takde masa nak jaga hehe :)
Pastu on the way ke Tanah Rata, sempat la singgah TAMAN AGRO AL MASHOOR makan strawberry yang best sangat..... seriously best Dila jamin disukai ramai kalau. Kalau korang datang sini nanti try la Strawberry whipped cream diorang sangat sedap tau. WAJIB! Hinggakan tengah taip ni sekarang pun Dila still terliur teringat-ingat rasa dia. phew...sedap! Sedap berganda-ganda dari strawberry chocolate tu.Serius!
 |
| Strawberry Whipped Cream. Sedap! |
Lepas makan and shopping cactus lagi, Dila contact kawan lama geng softball dulu. Family dia memang ada bisnes kat Cameron ni. So Dila terus ke strawberry farm opah dia. Dia pun ada kat situ masa tu. Nanti korang datang la sini tau. kat OPAH STRAWBERRY FARM haa...kat sini strawberry chocolate dia best. Tapi xsempat snap pic. Kat sini makan sebekas strawberry yang semuanya fresh-fresh cicah chocolate and paling best FREE!.hehehe.... tapi serius tak tipu kat sini strawberry chocolate dia best...Jap, bape tahun ek tak jumpe kawan Dila ni.lame jugak la..kan Aye?hehehe.. Aye da jadi perempuan.yeay~~hehehe
Lepas kenyang sampai tak payah lunch, terus la ke Tanah Rata kat sini kitorang memang dah planning nak pegi MARDI je. Sebab Dila dah memang tak larat sangat senggugut tu. Dalam MARDI pun besar okay kawasan dia.So, tak pergi semua tempat.hehehe.. Takpe-takpe next time kite naik lagi ye. Okay kat sini beli bonsai dengan kaktus lagi. Korang tengok gambar je la ye.
Okay bosan, semua gambar nak ada muka sendiri. Tak tahu sebenarnya nak pilih gambar mana. Hahahaa Layanzzz...ampun ya korang.Jangan meluat jangan kutuk-kutuk lihat per'kembangan' Dila di masa 'bulan mengambang' lagi-lagi bersanggul macam tu lagi lah bulat kan. Faham tak? tak faham sudaa....
Okay lepas tu terus nak turunke KL singgah la tempat-tempat yang nampak best kat tepi-tepi jalan tu. Tengok je la pic kat bawah ni semua ya. Okay rasa macam dah panjang sangat entry ni. Bosan tak?
Okay tu je la kot entry kali ni.Jumpa lagi di entry akan datang, tapi tak tahu bile.
So far, Cameron best jugak nak jalan-jalan shopping sayur ngan buah :)