Mencari Rumah

Assalamualaikum
Dilla nak tanya la kalau-kalau ada antara readers Dilla Delaila ni yang tahu ada mana-mana rumah untuk dijual. Kalau boleh Dilla nak yang area Bandar Saujana Putra. Range harga pulak, kalau boleh buat masa  ni below RM300k. Nak rumah teres tapi tak kisah single story ataupun double story. Tolong eh kalau ada sesiapa yang tahu mana-mana rumah yang nak dijual dalam ciri-ciri yang Dilla nak tu. Takpun kalau korang tau mana-mana website yang ada advertise pasal rumah untuk dijual selain mudah.my

Sekarang tengah usaha gigih menabung, cut cost sana sini, kerja kuat...Semua demi masa depan yang lebih baik InsyaAllah..... Biar tak mewah asalkan selesa dan bahagia..Gituuuuu....





TengahGigihMenabung;
Dilla Delaila










Teringin

Assalamualaikum
Lately ni teringin nak makan masakan Thai. Tapi belum tercapai lagi n ak makan tu sebabnya schedule hari-hari full. Weekend pun lagi lah macam-macam invitation open house musim-musim raya ni. Dilla and family selalunya kalau nak makan makanan Thai, bianya akan order Siakap / Kerapu masak 3 rasa / sweet sour, Sotong celup tepung, tomyam, telur dadar. Rasanya ramai orang pun sama kan. Combination lauk-lauk ni makan dengan nasi, panas-panas pulak tu. Pergghhhh!!


Waa tengok gamabr ni terliur pulak. Naaakk.....
Dan kesudahannya..Camni pulak...


Anyway korang kalau tau mane-mane kedai tomyam / thai yang sedap-sedap tolongler  sahre dengan Dilla please. Nak try. 


LotsOfNafsuMakan;
Dilla Delaila


Rezeki







Sesuatu yang tak semestinya dalam bentuk wang ringgit semata-mata.
Rezeki mungkin jugak dalam hal cahaya mata.
Mungkin dalam hal jodoh pertemuan.
Peluang pekerjaan atau apa-apa peluang juga adalah rezeki.
Kebahagiaan juga rezeki yang mungkin tak semua orang dapat kecapi.

Jadi....
Tak perlu lah kita pertikaikan kenapa rezeki kita macam ni?
Kenapa rezeki orang tu macam tu?
Dan 
Kenapa kita tak macam dia?

Bersyukurlah...Berhentilah menangis atau merayu simpati untuk kerja DIA yang mengetahui segalanya. DIA pasti berikan yang terbaik untuk kita. Selagi kita berusaha dan berdoa insyaAllah rezeki itu ada.




























Mee Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum,


Just nak share Mee Udang yang semua orang pun tahu paling sedap adalah Mee Udang Kuala Sepetang, Perak. Dilla dah dua kali makan kat Kuala Sepetang ni. Dengar orang cakap ada bukak branch kat Wangsa Walk kan? Tapi tak pernah try lagi sama sedap ke tak. Yang penting memanglah superb. Tiap kali datang memang order yang RM12 yang paling besar.. Makan memang la puas hati.Tak tipu.
Selak Udang baru nampak mee..Hirup kuah sampai licin..Terbaiiiikkk!





Trip Langkawi

Assalamualaikum
Actually trip ni bulan 6 dulu. Sebab blog dah lama cuti, so entry pun banyak yang 2-3 bulan lepas punya cerita.takpe kan? :) hehe.... Sengaja beli voucher Bella Vista Resort, Langkawi kat mydeal.com dan booking betul-betul lepas habis final exam haritu. Habis exam tengahari, lunch kat KL terus gerak pergi Utara. Singgah Perak, Penang dulu untuk habiskan masa.. Tidur dalam kereta je kat Jeti Kuala Kedah, 7 pagi esoknya baru naik feri ke Langkawi. Memang sengaja Dila plan waktu betul-betul lepas final exam untuk release tension study and memang nak rehat lepas peeeeeeeenat yang teramat sangat sebab busyyyyyyyy yang over maksima. 

*************
Okay, intro pun perlu penjang-panjang eh Dilla?
*************


Sampai je Langkawi habiskan masa untuk amek kereta sewa dengan pusing-pusing dan makan-makan area jeti. Dalam pukul 12 tengahari baru amek kereta sewa then gerak pegi BellaVista Resort untuk checkin. Owh sebelum tu dah amek peta Langkawi kat jeti and planning semua tempat yang kitorang nak jelajah kat sane. :) Kalau boleh, semua nak try.Tapi....setakat pergi sana 3 hari 2 malam mane sempat nak buat semua kan. 


Dilla suka sangat nature / alam semulajadi camni.Berada dalam kawasan ada hutan-hutan, sungai , air terjun...wa...kena jiwa meyh.. Jumpe princess of the jungle. Tengok gambar bawah ni..hahaha


Lepastu tetibe sekarang dah malas nak cerita satu per satu. Tengok gambar je la. Majoriti tempat-tempat dalam peta yang kitorang amek sebagai guide tu kitorang pergi. Majoriti ye bukan kesemuanya. Shopping pun chocolate sikit, pinggan mangkuk sikit (untuk emak sahaja ye) .

Singgah beras putih. Mula-mula plan taknak mandi, pastu tak tahan godaan laut bersih jernih terasa membazir pulak kalau tak mandi. 

Pastu pergi Pulau Dayang Bunting. Kat sini main ape tu yang naik bot dua orang pastu kayuh-kayuh je. Konon-konon romantiks... Tak berani nak mandi sebab baca fakta kat situ tulis lebih kurang camni "Tasik itu terlalu dalam. Jadi walaupun anda perenang professional, sila ambil langkah keselamatan sewajarnya "  Okay lepas baca fakta-fakta kat situ. Dilla jadi seram tak memasal.

Pastu naik cable car Langkawi yang lagi jauh lagi tinggi daripada cable car kat Genting. View cantik...
Tapi Dilla stress kejap sebab nak beratur naik cable car tu punyela panjaaaaaaang barisannya..Sampai atas nak naik hanging bridge tapi, tutup. Korang tau tak hanging bridge tu camne? Tengok bawah ni. Jambatan tergantung kat Langkawi. Nak pergi situ kena naik cable car lepas tu jalan kaki ke hanging bridge tu..Menarik tapi dah setahun tutup.Staff situ cakap ada kes sebab tu maintainence tapi dah setahun kot tak bukak - bukak lagi


Pergi beras terbakar jugak. Ingatkan camne tempat beras terbakar ni. Rupanya kat perkarangan rumah orang. Pastu dia pagar sikit tempat beras terbakar dulu-dulu tu. Sekarang beras tu diorang dah letak dalam pinggan dalam bekas kaca tu. Tinggal banyak tu je la. Kat sini bagi Dilla tak best sangat sebab terasa lebih macam ada kat dalam kawasan rumah orang. 

Sempat singgah Kota mahsuri. Tapi tak masuk pun sebab masa ni dah nak tutup pun. So, just bergambar kat luar-luar tu je. Lepas tu, balik resort, malam swimming sampai pukul 10 lebih. Esoknya checkout pukul sebelas, balik KL. 

Sekian itu sahaja. Fuhh habis pun

















Macam-Macam Raya

Assalamualaikum


Amacam raya tahun ni? Manyak syiok ka tarak syiok? So far Dilla dua-dua ada. Syiok sebab raya tahun ni memang teramat sangat meriah dan tarak syiok sebab raya pertama dah cerry berry sampai demam hingga raya ke tiga. 

Kali ni Dilla nak ingatkan kat diri sendiri dan korang-korang sume.
" Dalam kita happy, bahagia dan gembira ni, ingat....Sebenarnye ada orang yang tengah diuji DIA saat tu jugak. Mungkin bukan kita tapi mungkin kenalan atau orang yang terdekat dengan kita jugak. "

Innalillahiwainnailaihirajiun.... Kalimah tu bukan untuk kita ucap masa dengar berita orang meninggal je tau. Tapi kalau dengar berita buruk pun boleh ucap kalimah tu. Sepanjang Ramadhan lepas, ada la dalam 2-3 berita meninggal yang Dilla dengar orang sekeliling Dilla ni.(Non-Family members) Dan di awal-awal Syawal pun dah dapat berita kurang syiok yang terjadi kat kesayangan-kesayangan Dilla. 

Ni nak cerita kisah raya dua ketol kesayangan dalam gambar ni
*******************************
Yang sorang tu baju cekelat landing atas bonet depan kereta tu punyelah eksaited mengemas rumah untuk hari raya tup tup...malam raya kena admit Hospital Besar Kuala Lumpur sebab Semput. Penyudahnya beraya la kat HKL tu. Pagi-pagi orang pakai baju raya. Tapi dia..... tengok gambar bawah ni je lah. So far, Alhamdulillah selama kat hospital kami-kami ni semua ada teman dia.Tapi, teman dalam whatsapp je la.haha...Yang beraya KL & Seromban ada la jugak melawat dia kat wad. Sooooorry I tak dapat nak melawat sebab kampung nun jauh di sana... Get well soon sayang. Alhamdulillah raya ketiga discharge. Sayang awe :-*


*****************************
Yang tudung Pink baju belang-belang tu pulak pagi raya still ada kat Subang, lepas solat sunat aidilfitri baru balik kampung ke Negeri Sembilan & Johor. Hari Ahad balik Subang balik, tengok-tengok..... Rumah kena pecah masuk. Habis semua barang bersepah, laptop & cincin kahwin kakak dia pun kena curi. Ujian hebat di awal raya kan. So far, police report semua dah buat dan polis pun dah datang rumah buat siasatan. Sabar tau sayang. Mesti ada hikmahnya nanti InsyaAllah. Ape yang penting, you and your family semuanya selamat. Sayang Ieqa :-*

Okay tu je kot untuk kali ni. Untuk korang-korang semua jaga diri, jaga kesihatan, jaga berat badan. lol haha.. Kepada si pencuri tu bawak-bawak lah insaf ye. Takut sikit dengan DIA... Respect sikit harta benda orang. sekian.sayang korang take care. 







Rindu

Assalamualaikum
Hai korang mood raya lagi ke?So far Dilla lebih kepada mood tak cukup bercuti lagi...Tak cukup rehat woi.haha.Harini raya ke-6 and yes dah kat opis menghadap task-task yang perlu disetelkan.. Inilah rutin kerja makan gaji.Syoknye kalau ada kerja sendiri...Pang! berangan!

Anyway sebelum melalut ke laut lebih dalam, sebenarnye nak cakap Dilla rindu sangat nak berceloteh dalam blogger.com ni macam dulu-dulu. Dan sebenarnya baaaaaaaanyak sangat benda nak share dengan reader yang ada ni... Tapi sejak makin dewasa ni...*ehem ehem* cissssskek kenapa pulak rasa makin tak cukup masa? Dilla yang makin banyak aktiviti harian atau masa yang bergerak cepat sekarang ni?

Apa pun kite cuba try test tengok camne jadi kalau ada masa seminit dua kita update se-post dua okay.
Selamat Berkerja di bulan Syawal korang.Owh ya, last but not least mari membesar dan membulat di bulan Raya.... hehehe xoxo

Muka tak boleh serius lagi ke Dilla?hahaha


Happy Eid Mubarak 2013

Assalamualaikum.
Ye, saya tahu dah tebal sawang kat sini. kali ni mungkin akan bersawang lagi kot? haha. Cube la update kalau ada masa kot. ..haha
Okay harini last day puasa tahun ni (2013) Tapi entah kenapa feeling raya sangatlah kurang. Berat je rasa nak habiskan puasa tahun..... Life yang sibuk jadi lebih sibuk lately ni.

Tapi ,nah ucapan raya untuk semua.
Selamat Hari Raya Aidlifitri
Maaf untuk sume salah silap untuk semua yang kenal mahupun tak kenal. Untuk semua kesilapan TER- yang sengaja / tak sengaja. Yang sedar / tak sedar.
Moga raya tahun ni lebih bermakna untuk sume orang yang saya sayang. mmuahx!