[ Orang tua ada berkata dalam perkahwinan akan ada 3 peringkat ujian. Ujian pertama pada bulan ke 4 perkahwinan, ujian ke dua pada tahun ke 2 perkahwinan dan ujian ke tiga pada usia suami 40 tahun. Ujian datang dalam berbagai bentuk samada masalah kewangan, gangguan mertua dan paling ngetop sekali adalah masalah curang samada isteri atau suami. Tak kurang banyak rumahtangga hancur di tengah jalan hanya dengan satu ujian sahaja dan ada juga rumahtangga yang bertahan walaupun diuji dengan berbagai ujian. ]
Aku anggap semua ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. DIA tidak akan menurunkan suatu ujian di luar kemampuan ku. Dan ya, aku sudah redha dan semakin jelas hikmah yang aku perolehi di sebalik ujian yang sangat hebat yang perlu aku lalui..sendiri...
Hikmahnya cinta dan sayangku pada dia semakin kuat. Semakin aku sedar betapa pentingnya insan bernama suami dalam hidupku. Betapa aku perlukan dia untuk menjadi kekuatan bagiku meneruskan hidup. Betapa aku perlu menjadi seorang yang lebih baik untuk terus kekal bahagia bersama dia. Betapa aku cintakannya... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..
"Kini ku mohon kau tetapkanlah dan cambahkanlah cinta kami, berikanlah kami sinar kebahagiaan. Satukan hati kami ya Allah.Dan jadikanlah kami yang terbaik antara satu sama lain..Sungguh aku cintakan dia."
