Like seriously-lah senggugut kenapa sakit sangat eh? I have experienced this lama dah since sebelum kahwin. Then orang cakap lepas kahwin nanti akan hilang senggugut tu. So lepas kahwin rasa lega lah dengan harapan kata-kata tadi tu betul. Tapi, end up still sama jugak senggugut datang. Senggugut Dilla ni yang jenis sakit sampai tarik hujung jari kaki. Sometimes boleh krem kaki tau. Masa kena serang dengan senggugut ni memang tak boleh duk kat tempat sejuk (aircond, kipas...etc), else, akan lebih parah. Sebabtu lagi prefer kalau kena senggugut tu biarlah kat rumah. So boleh la lumur minyak panas satu badan.
Masa baru kahwin dulu, Dilla kan dapat rezeki anak tu lambat sikit. Dan kami pun pergi la consult pakar O&G kat KPJ. Then Dilla bagitau doc pasal senggugut, pregnancy..bla..bla.... So, doc pun scan and buatlah checkup-checkup dia. As usual, doc bagi ubat dan suruh makan kalau senggugut datang. Ubat tahan sakit lah tu (-_-) Doc cakap rahim semua OK. No cyst or apa-apa bendasing dalam rahim semua clear. No problem at all. Doc tu cakap biasa lepas bersalin akan hilanglah senggugut ni sebab masa bersalin nanti banyak urat akan putus, so lepas dah bersalin nanti dah takde senggugut dah.
And now, sekarang Danish dah nak masuk 2 tahun dah. And I still melayan senggugut everymonths (I syak, urat senggugut tak putus masa beranak haritu) do I need to layan this senggugut like forever???
Waaaaa...sakit tau. sakit sangat (tapi bersalin 100000000x lagi sakitlah of course). Nasiblah kat rumah Hafiz tolong urutkan kaki kalau time senggugut datang. Tapi.....ape ye cara nak hilangkan senggugut ni? Apa punca dia? Or memang betul ada masalah? Patut ke jumpa doctor untuk further checkup lagi?
Danish tak nak makan
Lately ni Danish kurang selera makan. Most of the time, dia just makan sikit-sikit je compare dari sebelum-sebelum ni. Makan nasi pun sesuap dua pastu dah taknak. Buah pun sama. Sebelum ni ada bagi makan bubur nasi, sebelum ni banyak jugak Danish makan, tapi pun tak jalan buat masa ni ha. Risau pulak. Tapi tak nampak pulak tanda-tanda dia lapar. Menyusu sama macam time-time sebelum ni. Haish.. Badan pun dah nampak susut. Tips-tips yang dah google macam tukar menu, hias cantik-cantik, pujuk, makan sama-sama semua dah try. Tapi semua pun tak jalan jugak.
Ada orang suggest bagi vitamin. So sekarang tengah survey-survey vitamin ape yang patut beli. Tapi semalam (21.8.2016) dah jumpa doctor, dan doctor suruh Danish try consume Vitamin C. So sekarang tengok lah dulu camne. Hopefully, selera Danish datang balik lah.
Kalau korang ada tips ke advise ke camne nak handle anak-anak hilang selera makan ni, bolehlah share eh :)
Ada orang suggest bagi vitamin. So sekarang tengah survey-survey vitamin ape yang patut beli. Tapi semalam (21.8.2016) dah jumpa doctor, dan doctor suruh Danish try consume Vitamin C. So sekarang tengok lah dulu camne. Hopefully, selera Danish datang balik lah.
Kalau korang ada tips ke advise ke camne nak handle anak-anak hilang selera makan ni, bolehlah share eh :)
Birthday Celebration dekat Taska Danish
Kali ni birthday celebration owner nursery Danish ni pulak. Dioarang sambut biasa-biasa je. Tapi budak-budak sukelah mende camni kan. Kek-kek semua ni.
Alhamdulillah Danish masih di nursery yang sama. Even pengasuh silih berganti. Dilla stay kat sini sebab so far Danish dah ada kawan kat sini, environment bersih tu sebab utama Dilla taknak tukar. Setaka ni pun alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik. Cuma biasalah terlebih terkurang tu biasalah orang yang jage kan. Contohnya eh baju anak orang lain ade dalam beg kotor Danish, takpun Danish dipakaikan pampers siapa entah, padahal pampers Danish banyak je lagi dalam beg dia tu. Lagi satu bab batuk selsema demam tu normal lah da bercampur ramai-ramai kan. Benda kecik macam ni Dilla pun malas nak besar-besarkan. Tapi tak de pulak lebam sana sini ke ape. Danish pun setiap kali balik muka ceria je. Masa nak hantar pulak OK je dia. Takde la meronta-ronta taknak masuk ke ape setakat ni. Alhamdulillah...Lagipun taska ni tak ramai budak yang di ambik. So bagi Dilla agak selesa lah budak-budak ni kan.
Eh nak cite haritu cikgu-cikgu share gambar kat group whatsapp parents taska ni ha. Diorang celebrate birthday owner taska (Kak Bie). Seronokla makan kek eh korang. Ade mummy yang bagi bunga jugak kat Kak Bie. Pastu diorang beli dunkin donut rasanye (based on borak-borak diorang kat whatsapp group) Bawah ni ha cikgu-cikgu kat taska ni. Muda-muda lagi kan.
Pastu bergambar dengan ahli-ahli taska ni pulak. tu je la semua budak-budak kat sini. Even tak ramai tapi Dilla suka. Mungkin hanya akan tukar nurserry lain bila dah decide nak masukkan Danish ke playschool inshaaAllah next year kot. tengokla camne. Harapnya semua berjalan seperti yang dirancang lah.
Semoga Kak Bie dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga terus sukses dengan sikap Kak Bie sekarang yang menyayangi anak-anak kami yang kami amanahkan di taska Kak Bie. Nama dan details taska terpaksalah tak didedahkan demi keselamatan bersama.heee
Love ;
Dilla
Shopping Kat ZALORA guna store credit je weh
Al-kisahnya haritu dapat reminder dari BIGPoint AirAsia suruh redeem point sebelum 31 Julai 2016. Kalau tak redeem, sudahnya point burned. Dilla pun ape lagi, disebabkan dalam masa terdekat ni takde lagi perancangan nak fly keman-mana or even nak book hotel mana puntak tau, nasiblah boleh convert point tu ke Zalora Store Credit. Yeays.. Laju-laju terus convert BIG Point ke ZAlora Store Credits. Dapatlah RM120.00. ok lah dari takde langsung kalau point kena burned kan.
Dan dah selamatlah shopping kat Zalora ni ha. Beli blouse dengan wedges (again?) haha.. Terlebih RM5.90 so topap sendiri je lah RM5.90 ni. Puas hati. Harapnya Encik Hafiz tak bisinglah eh especially part kasut tu.
So, korang kalau tak tau nak buat apa dengan BIG Point korang, boleh lah redeem dengan Zalora ni ek. At least dapat jugak feeling-feeling shopping barang free / harga murah bila dah tolak je dari Store Credit ni ha. Gituuuuu....
Love;
Dilla
Camne nak ajar anak wean off?
Danish lagi sebulan lebih nak masuk 2 tahun dah. Alhamdulillah...masih ada rezeki untuk menyusukan Danish dari susu sendiri. Murah rezeki Danish. Cukup tak berlebihan. Tapi Alhamdulillah demand still on going especially pantang masuk kereta dengan time tidur.WAJIB.
Mengikut perancangan awal, memang nak stop (wean off) Danish menyusu badan masa umur 2 tahun. So, start bulan lepas dah macam nak campur dengan susu formula guna botol susu..Tapi tak pasti susu apa yang OK dengan Danish. Dahla tu, sebab tak pernah beli susu formula sebelum ni, haritu survey rupanya mak aiiiiii harga susu kemaiiiinnnn... hahaha. Dah la jual pek besar-besar. Si Danish baru nak diajar, beli yang besar sekali tak serasi membazir je... Dilema betul..
Sedih jugak tau emosi bila tahu yang Danish dah nak sampai ke penghujung perjalanan menyusu badan ni. Yela, bonding time kot. 2 tahun duk peluk dia masa menyusu and now, knowing him dah makin besar...hm.....entahlah kenapa nak emosi sangat tah. Maybe semua mummy yang breastfeed anak lama-lama memang akan ade feeling camni kot. Eh ke aku sorang je?haha
Tapi planning sekarang taknak push Danish. Nak biar dia wean off secara alami.Maknanya biar dia sendiri yang dah taknak. So far, planning taknak la sampai letak macam-macam kat miss B semata-mata nak menakutkan dia untuk tak menyusu kan. Mungkin Dilla akan start slow offer dia menyusu and ganti dengan air/ susu dalam botol or glass... Tengoklah camne nanti.
Korang ada tips tak camne nak wean off secara halus and camne nak avoid mummy emosi over cam Dilla ni ha? heeeee~~~
Mengikut perancangan awal, memang nak stop (wean off) Danish menyusu badan masa umur 2 tahun. So, start bulan lepas dah macam nak campur dengan susu formula guna botol susu..Tapi tak pasti susu apa yang OK dengan Danish. Dahla tu, sebab tak pernah beli susu formula sebelum ni, haritu survey rupanya mak aiiiiii harga susu kemaiiiinnnn... hahaha. Dah la jual pek besar-besar. Si Danish baru nak diajar, beli yang besar sekali tak serasi membazir je... Dilema betul..
Sedih jugak tau emosi bila tahu yang Danish dah nak sampai ke penghujung perjalanan menyusu badan ni. Yela, bonding time kot. 2 tahun duk peluk dia masa menyusu and now, knowing him dah makin besar...hm.....entahlah kenapa nak emosi sangat tah. Maybe semua mummy yang breastfeed anak lama-lama memang akan ade feeling camni kot. Eh ke aku sorang je?haha
Tapi planning sekarang taknak push Danish. Nak biar dia wean off secara alami.Maknanya biar dia sendiri yang dah taknak. So far, planning taknak la sampai letak macam-macam kat miss B semata-mata nak menakutkan dia untuk tak menyusu kan. Mungkin Dilla akan start slow offer dia menyusu and ganti dengan air/ susu dalam botol or glass... Tengoklah camne nanti.
Korang ada tips tak camne nak wean off secara halus and camne nak avoid mummy emosi over cam Dilla ni ha? heeeee~~~
Last Day English Class untuk Short Sem Ni
Alhamdulillah..
Last weekend, 14.August.2016 last class untuk kursus English for Academic Communication Skills. Dilla suka sangat masuk class ni. Lecturer best. Classmate punsemua best-best. Even Dilla tersesat sorang-sorang mechanical student and memang tak kenal langsung yang lain-lain masa 1st day class dulu, tapi syukurlah dapt jugak kawan-kawan dari faculty lain yang best-best. So far, semua dipermudahkan even takde geng mula-mula. Hee.~~~
My gang. Emy and Ima... 2-2 ni single tapi tak sure available ke tak. Sume dari faculty lain-lain. Sorang Marketing, sorang programming tak silap. Pasni tak tau lah dapat jumpa lagi ke tak dah.. Whatever it is, Good luck and all the best untuk semua untuk final hujung bulan ni eh korang.
Love ;
Dilla
Penat
Sejak selepas dari cuti raya haritu memang terasa chaotic sangat life. Tahun ni amek short sem, seminggu kat JB haritu busy, kerja kat ofis dengan current project (RAPID) lagi sampai angkut si Danish ke ofis nak sambung keje sampai malam lagi, ni hujung bulan ni final exam dah start.Bulan depan (Raya haji) nak buat aqiqah si Danish lagi, ada kenduri kahwin kat kampung lagi.Wow sangat~~~
Whatever it is bersyukur dengan rezeki yang ada, well...rezeki tak semestinya duit kan. pengalaman, jatuh bangun, ilmu, masa even ujian semua tu pun rezeki. Alhamdulillah dengan semuanya. Tapi seriously rasa penat bukan setakat badan je dah ni tapi dah sampai tahap penat dah otak ni.Dasyat.
Hopefully dah selesai semua nanti, ada rezeki lebih-lebih sikit, ada masa...agak-agak mampu tak nak berehat tempat best sikit (holiday) hihi... Persetujuan Hafiz is needed.weee
Dah tu je nak ngadu. Penat.
Seminggu di Johor Bharu
Untuk yang tak tahu, Dilla amek pat time Degree kat UTM sekarang. Sebenarnya kalau nak ikutkan, dah masuk tahun ketiga dah pun. Tapi sebab mengandungkan Danish dengan alahan teruk dari awal sampai nak bersalin kerap keluar masuk hospital, so Dilla extend study dalam setahun setengah jugak la...
Apa-apa pun sangat hargai dengan pengorbanan Hafiz sepanjang seminggu kat sana. dari segi masa, duit, keringat..semua-semua lah. Dialah yang 24hrs jaga Danish, bawak makan. Hantar & amek Dilla ke/dari lab. Keluar masuk UTM. Amek bawak gi makan pastu masuk balik dan baaaaaaanyak lagi. Terima kasih awak :)
Naik je dari cuti bersalin tu, Danish kecik lagi masa tu, so amek 2 subjek je satu sem. Sekarang, Danish dah besar, so dah boleh la nak amek 3 subjek satu sem pun. Beza amek bilangan subjek tiap sem ni adalah waktu weekend memang takde ruang kosong langsung. Jadual kelas siang ke malam hokey. Tapi depends on lecturer jugak, ada yang habiskan kelas awal.
Okeyh, balik ke tajuk entry ni. Seminggu kat Johor Bharu, baru ni. Tapi bukan bercuti suka-suka ye. Dilla ada final lab kat UTM Skudai seminggu tu. Angkut sekali si Danish dengan papa dia ke sane sebagai teman..Ceh....haha.. Diorang bolehlah nak anggap bercuti, Dilla ni nan-hado...... Lab busy kot. Pagi ke malam jadualnye. Kalau dapat siapkan lab report cepat, dapatlah nak makan jauh sikit kat JB tu. Kalau tak, makan je la dalam UTM tu takpun kat Taman U. Eh tak pun kat depan hotel je.
Ni kali ke-2 dah diorang jadi peneman setia. Last year Danish baby lagi.. Sebenarnya tak sampai hati dan kesian tengok Hafiz ngan Danish jadi peneman ke sana. Tapi, apakan daya, si isteri / mama ni cengeng nak jugak diorang gi temankan. Heee.. Sebenarnya tak biasa berjauh lama-lama. Tak pernah pun tido malam takde Danish even sehari sejak dia lahir. Tu alasan sebenarnye.
Apa-apa pun sangat hargai dengan pengorbanan Hafiz sepanjang seminggu kat sana. dari segi masa, duit, keringat..semua-semua lah. Dialah yang 24hrs jaga Danish, bawak makan. Hantar & amek Dilla ke/dari lab. Keluar masuk UTM. Amek bawak gi makan pastu masuk balik dan baaaaaaanyak lagi. Terima kasih awak :)
Sory sangat untuk kawan-kawan yang kat Johor ajak datang rumah tapi memang tak sempat. Jumaat malam Sabtu dah rushing balik Selangor balik dah sebab Sabtu tengahari ada kelas kat KL pulak. Waaaaa....ini lah rutin jadi part time student but full time worker, wife and mama. In shaa Allah pengorbanan sekarang akan ada hadiah untuk kami sekeluarga nanti. Chaiyok untuk diri sendiri!!
Love;
Dilla
Love;
Dilla
Subscribe to:
Posts (Atom)

















