Naik je dari cuti bersalin tu, Danish kecik lagi masa tu, so amek 2 subjek je satu sem. Sekarang, Danish dah besar, so dah boleh la nak amek 3 subjek satu sem pun. Beza amek bilangan subjek tiap sem ni adalah waktu weekend memang takde ruang kosong langsung. Jadual kelas siang ke malam hokey. Tapi depends on lecturer jugak, ada yang habiskan kelas awal.
Okeyh, balik ke tajuk entry ni. Seminggu kat Johor Bharu, baru ni. Tapi bukan bercuti suka-suka ye. Dilla ada final lab kat UTM Skudai seminggu tu. Angkut sekali si Danish dengan papa dia ke sane sebagai teman..Ceh....haha.. Diorang bolehlah nak anggap bercuti, Dilla ni nan-hado...... Lab busy kot. Pagi ke malam jadualnye. Kalau dapat siapkan lab report cepat, dapatlah nak makan jauh sikit kat JB tu. Kalau tak, makan je la dalam UTM tu takpun kat Taman U. Eh tak pun kat depan hotel je.
Ni kali ke-2 dah diorang jadi peneman setia. Last year Danish baby lagi.. Sebenarnya tak sampai hati dan kesian tengok Hafiz ngan Danish jadi peneman ke sana. Tapi, apakan daya, si isteri / mama ni cengeng nak jugak diorang gi temankan. Heee.. Sebenarnya tak biasa berjauh lama-lama. Tak pernah pun tido malam takde Danish even sehari sejak dia lahir. Tu alasan sebenarnye.
Apa-apa pun sangat hargai dengan pengorbanan Hafiz sepanjang seminggu kat sana. dari segi masa, duit, keringat..semua-semua lah. Dialah yang 24hrs jaga Danish, bawak makan. Hantar & amek Dilla ke/dari lab. Keluar masuk UTM. Amek bawak gi makan pastu masuk balik dan baaaaaaanyak lagi. Terima kasih awak :)
Sory sangat untuk kawan-kawan yang kat Johor ajak datang rumah tapi memang tak sempat. Jumaat malam Sabtu dah rushing balik Selangor balik dah sebab Sabtu tengahari ada kelas kat KL pulak. Waaaaa....ini lah rutin jadi part time student but full time worker, wife and mama. In shaa Allah pengorbanan sekarang akan ada hadiah untuk kami sekeluarga nanti. Chaiyok untuk diri sendiri!!
Love;
Dilla
Love;
Dilla





No comments:
Post a Comment