Kali ni nak share pasal pengalaman hantar si anak teruna I yang sorang tu, Danish ke taska. Masa baby-baby dulu tak pernah terfikir pun nak hantar Danish gi taska sebab faktor banyaknya news-news yang tak berapa nak best kita sebagai parents ni dengar.Dera la, bagi ubat tidur lah, makan makanan tak sihat lah, macam-macam lah. So atas sebab cerita-cerita tu suma, sebelum ni Danish memang duduk dengan pengasuh dan pengasuh tu pulak memang jaga Danish sorang je masa tu. Rezeki, Alhamdulillah.
Nak dijadikan cerita, pengasuh Danish tu mengandung dan bersalin bulan Februari.So, dia bagitau nak cuti 2 bulan untuk Februari dan April untuk berpantang. Pulak dah~~~ Danish sapa nak jaga ni ??? Dalam tempoh mencari ni, merata jugak tumpangkan Danish. Amik cuti pun boleh tahan sementara nak dapatkan tempat baru untuk Danish.
Masa dah dekat-dekat time pengasuh nak berhenti memang agak haru jugak fikirkan mana nak anta Danish. Berhenti kerja ke? Hati memang agak tak tenang waktu. Start survey pengasuh baru which I tak berapa nak berkenan sangat hantar kat pengasuh yang tak kenal. Yer, memang dari dulu I ada satu sifat negative thinker and insecure. Kalau boleh semuanya nak nampak selamat.
Dah post kat kelab pengasuh malaysia, ramai jugak yang PM cakap sudi jadi pengasuh sementara. Dan bile I tengok profile diorang, yes nampak berpengalaman. Tapiiiiiii I tak kenal. So, memang berbelah bagi masa tu.
Then try nasib survey nurserry. Dekat area office ni nurserry boleh dikatakan semuanya starting rate RM700 sebulan untuk 2tahun ke bawah. RM1000 sebulan pun ada. Sebab Chinese operator, stok anak Cina, Mat Saleh and upper class family lah. Nurserry tu pun memang tiptop lah tapi. Jauh beza dengan nursery yang biasa kita tengok dengan operator melayu ni. Cari pulak dekat area Damansara Damai, Saujana Damansara & Desa Riang. Tanya kat group member dalam whatsapp. Doa tak putus-putus mintak Allah bagi jawapan terbaik.
Alhamdulillah, setelah I survey through telefon dan pergi sendiri beberapa nurserry. Akhirnya I decide hantar Danish kat
IQ Pintar Taska&Transit. Taska ni kat Saujana Damansara. Baru je bukak January 2016 dan berdaftar di bawah JKM. (Penting!) keadaan dalam dan luar taska pun bersih, selesa dan selamat in shaa Allah.
So far Alhamdulillah sepanjang nak masuk 3 bulan Danish duduk sini, dia makin serasi. Siap dah ada kawan baik jugak. Cikgu dan ustazah kat sini in shaa Allah boleh dipercayai. Kita boleh rasa sendiri instinct kita sebagai mama. OK ke anak kita dan apa yang tak kena dengan diorang kan. Alhamdulillah... Cikgu-cikgu pun selalu update kat whatsapp apa budak-budak ni buat. Setakat ni berpuas hati sangat dan harapnya semuanya baik-baik sepanjang Danish kat sana. Yang penting doa seorang ibu tiada hijabnya dan sentiasa bersangka baik dan mesti ada perasaan berhati-hati.
Dan sekarang Danish akan duduk Taska terus.