Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Family Holiday 2016 : Port Dickson (Day 2)



Sambungan dari Family Holiday 2016 : Port Dickson (Day 1) baca yang ni dulu tau.


Hari kedua ni kitorang bangun awal-awal pagi turun breakfast terus ke pantai belakang resort ni je. Okay, kat sini syok sikit sebab banyak water activity yang kitorang main. Jet ski lah, banana boat lah, ape tah lagi nama yang I pun tak tau dan gerun nak main. Alhamdulillah rezeki ada lebih sikit so boleh lah belanja family main ni sume. Mak abah main jet ski tak sampai 5 minit pastu abah cakap "Peninglah" Abah mabuk laut ye... hehehe..Mak lah yang join main mende-mende lain. Abah jaga cucu kat kedai sambil minum air. 






Yang ni memang I tak  berani nak main, takut jantung tertinggal kat tengah laut tu.




Masa nak main jet-ski ni lah budak kecik ni sibuk nak main jugak. Mengamuk-ngamuk nak naik. Tanya beach boy tu boleh ke? Dia cakap boleh. So, bawak jugaklah dia naik jet-ski ni skali. Untung ko nak. Kecik-kecik dah naik jet-ski.


Berani betul ye request nak naik jet-ski. Mama yang dah besar ni pun berpeluh bila papa ajak naik jet ski tau.



Pewiiitt--- mak abah






Banana boat ni pun first time seumur hidup I main okay. Dulu-dulu kalau honeymoon berdua ngan husband puas bergaduh bila dia ajak main water activity. I cannot lah. hiks.. Tapi sekarang dah berani sikit.cewah~~
Puas berjemur tepi laut ni kitorang sambung swimming kat swimming pool pulak, Bukan setakat budak-budak je suka. Mak budak bapak budak pun seronok. Yang penting semuanya seronok :)






Danish ni mula-mula takut pastu dah tak nak naik pulak. Sampai ke rumah duk usung pelampung sambil cakap swimming..swimming.. 

Lepas mandi manda ni , checkout. Then singgah lunch kat Teluk Kemang pastu dah tamatlah #SaiZuFamily holiday untuk kali ni. Lepas ni tak tau lah bila pulak dapat spend time sama-sama camni lagi. Semoga kita sama-sama murah rezeki so bolehlah pergi jauh sikit next year. Aamiin~~















Family Holiday 2016 : Port Dickson (Day 1)



Last weekend 23 & 24 April 2016 kitorang ber-family holiday kat Port Dickson. Agak lama lah kitorang tak dapat berkumpul sekali cukup corumn camni. Sejak dah ada yang kahwin, mak abah busy dengan bisnes, yang study duk hostel, duk asrama. So, sememangnya kalau boleh setahun sekali memang kitorang arrange nak berkumpul berseronok sesama kami. Raya pun tak dapat camni tau sebab semua sibuk cari ketupat lah, rendang lah, cookies lah... 

Sebelum nak sampai hari kejadiannya ni, macam-macam dugaan jugaklah tapi hati tawakal je kat Allah semoga dipermudahkan. Alhamdulillah... Syukur sangat semuanya berjalan lancar dan yang penting semuanya happy. Alhamdulillah....



Kali ni kitorang stay kat Ancasa All Suites Resort and Spa ambil yang apartment 3 bilik. Alhamdulillah dipermudahkan jugak masa nak booking bilik ni walaupun hampir ter-booking dengan harga yang mahal banyak dengan bilik yang sama. Nasiblah I ni rajin survey-survey. *tepuk bahu sendiri* Ancasa ni best sebab dekat dengan pantai kat belakang resort ni. Jalan kaki je boleh sampai. Rumah pun selesa kecuali master bedroom macam ada bau sikit. Yang lain-lain  puas hati. So I bagi

23.4.2016 - Sabtu : Kitorang gerak awal sebab memang planning nak breakfast sesama. Sampai je Ancasa All Suites Resort and Spa tu dalam pukul 12 lebih. So kena tunggu sementara diorang nak prepare bilik tu, mak bawak bekal nasi lauk ikan patin masak tempoyak dengan sambal hitam.. Waaaa spesial sangat ni. Ape lagi, gi tepi pantai belakang resort tu, kitorang lunch dulu. Pueh hati haih..Dalam pukul 1.30 tu dah boleh check-in, so masuk bilik rehat-rehat dulu sementara nak terjun swimming pool petang nanti.

Budak ni excited betul nampak swimming pool 




Lepas maghrib pulak kitorang ber-BBQ kat Port Dickson. Actually nak buat surprise birthday untuk mak abah. Tapi takde kek sebijik pun sebab kami-kami ni kureng sikit dengan kek. So just beli 2 slices dari Starbucks kat PD Waterfront je. Pastu nyanyi lagu birthday dan bagi hadiah hasil collection kami adik beradik. Yeay plan menjadik




Tak banyak ambik gambar malam tu. I lah. Yang lain banyak kot. I busy tak sempat nak amek gambar.
Happy birthday mak abah.. We love you so much!!


Setel dah hari pertama Family Holiday kali ni. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang .Semuanya lancar dan happy. Alhamdulillah teri kasih ya Allah.
Ok next entry kita sambung day2 ye. Ala, tak lama pun family holiday ni, 2hari 1 malam je :)