4 tahun dah kahwin

Alhamdulillah syukur sangat dah menjangkau ke tahun ke-4 usia pernikahan kitorang.
Sejujurnya tak senang nak lalui semua ni. Banyak jatuh bangun, susah senang, sakit perit, ketawa menangis..Tapi Alhamdulillah kitorang sama-sama pertahankan dan bertahan.

Actually bab-bab ingat tarikh anniversarry ni I memang failed. Tapi, my husband tak. Dia yang akan ingat ever year.Yes, every year dia akan ingat. I selalu confius hari ape I kahwin, yang I tau bulan May. Tahun pun lupa.

Al-kisahnya tahun ni pun I tersilap date sebenarnya. Hahaha...I ingat 25.May, so I dah excited wish malam tu kononnya nak jadi yang terawal la. My husband pulak macam takde perasaan je time tu.Since nak tidur dah, so I pun malas nak argue kenapa dia tak excited.
End up, esoknya bangun pagi tengok FB throwback, cis.............rupenya I nikah 26.May.2012....Waaa....camne boleh tersilap ni. Terus whatsapp mintak maaf kat husband. Haha.. dia gelakkan aje. Fine!

So malam 25.May tu I wish balik and we are having some pre-anniversarry dinner kat Burger Lava, Damansara Damai tu. For me, makan kat situ just OK. Sebab we all cepat muak sikit.Lepas makan perut sebu macam nak termuntah. Bukan sebab tak sedap tapi sebab muak banyak mayonis camtu kot. So kalau penggila cheese and mayonis bolehla lepak situ. Menarik kot presentation burger diorang.

26.May tu kitorang wish each other.And I takde prepare any hadiah pun... :) So esoknya masing-masing pergi kerja macam biasa. I busy gila tapi my husband keluar rumah a bit lambat dari I and Im not suspecting anything.
Part I paling excited dan terharu adalah, bila balik kerja nak masuk kereta (I drive sendiri) ada sekor bear dengan coklat dan flower bouquet kat seat driver..WHAT IS THIS!!!!!!I am so surprise. Thank you husband.

My husband bukan sejenis manusia yang macam ni and this is rare tau. Haha...never expecting this. Selalunya paling-paling pun kitorang having dinner kat luar. Tu je. But this is really touchable. I do appreciate it sangat-sangat.

Then malam tu having dinner bertiga dengan Danish sekali kat The Curve. So that's all untuk our 4th year anniversarry. NO vacation or any other plan sebab I super busy sekarang. Kerja menimbun, next week start paper final exam. Then nak prepare untuk puasa lagi. But I appreciate all things happened today. Alhamdulillah and its enough for me.

Jom counting untuk 5th year nikah anniversarry pulak sama-sama tau. 

Pray For Baby Azad T__T

Assalamualaikum.

Baby Azad Furqan bin Aneel, sekarang admitted kat Hospital Sultan Ismail, JB. First doctor suspect dia sakot shudder attack. Tapi bila buat further check doc cakap Baby Azad sakit Paroxysmal kinesigenic dyskinesia (PKD)

PKD penyakit yang sangat rare dan tiada ubat. Dia berkaitan dengan saraf dalam otak yang control sistem pergerakan kita. Allahuakbar... Kecik-kecik lagi dah diuji macam ni. Sayangnya Allah dekat Baby Azad.

Setakat sampai ke harini, ujian yang dah kena buat blood test, rakaman bacaan otak dan ambil sampel air tulang belakang. Sedih!

Semoga parents baby Azad iaitu my bff, Siti Hawa ni diberi kekuatan dan kesabaran untuk ujian kali ni. Semoga ada hikmah menanti masa akan datang. Keep strong both ibu Awe n baby Azad. I love you.

Mintak seminit sesape yang baca post ni untuk doakan kesejahteraan dan kesembuhan untuk baby Azad. Manalah tau ada antara doa kalian diangkatNya. 

Spek Mata pun orang nak amek

Spek mata hilang kat surau UTM Jalan Semarak... Sedih!
Ingat lagi masa tu nak solat asar, baru habis kelas. So masa nak amek wuduk tu tanggalkan dan letak atas almari sebelah cermin.
My bad jugak cuai terlupa nak amek terus spek tu. Sebab I bukan jenis pakai spek all the time. Mostly pakai spek masa dalam kelas, meeting or tengok TV je. Tapi ni dah takde T___T

Esoknya cari balik kat surau tengok dah takde.. Alaaa.....ingatkan dalam surau takdela kes-kes nak amek barang orang ni. tapi...................hm...............
Next month final. Camne nak survive dalam kelas. Memang nan hado lah nampak slide lecturer kat depan tu. Terpakso den beli contact lense buat sementara waktu nak ganti spek baru.

Korang janganlah amek barang-barang orang tau. Lagi-lagi dalam masjid or surau. 

Susahnya nak cari baju baby boy

Hurm... rasanya semua mesti setuju kalau I cakap susahnya nak cari baju baby boy.
I means, yes ada je orang jual tapi kebanyakannya banyak baju baby girl je...Baby boy punya tak banyak pilihan. Pastu nak pilih pun susah sebab banyak jual baju baby girl

Luckily jumpa satu igshop ni ha jual semua barang-barang untuk baby boy. Suke!!!!
Harga pun boleh tahan OK. Sekarang dah senang. Bukak je IG ni dah boleh dapat kasut ke baju ke mainan ke. Suke sangat-sangat.

Adore A Boy

Korang yang ada baby boy pun bolehla ushar diorang ni. kot-kot lah ade yang berkenan di hati :) Jom tengok sikit ape yang ada dengan diorang ni.

Antara kasut-kasut best kat Adore A Boy ni.  Saje lah share ngan korang kot-kot korang berkenan. So,ape lagi. Follow diorang cepat. Link I bagi kat bawah ni :

Page FB : Adore A Boy
Instagram : @adore_a_boy

Nak mengadu

Hm...saje nak luah perasaan kat sini.
Sebab tak tahu nak lepaskan rasa dalam hati ni kat sape.
Lagipun kat sini tak de orang baca.(kot) kalau ada pun maybe tak kenal :) (hai awak)

Sebenarnya kan,  tau lah hidup kita kadang kat atas kadang kat bawah. Kadang happy kadang sedih. Kadang rasa lapang, kadang rasa sempit.Kadang rasa free, kadang rasa busy. Kan..
Tapi kali ni aku rasa macam dah penat, hati dah tak tau nak menangis ke nak menjerit ke nak kecewa dah confirm-confirm dah.

Lately ni memang rasa tak tenag, macam ada something tak best. Macam terasa sangat. Sedih sangat. Geram, benci menyampah nak marah.Semua ada. Tapi. Pendam, Tahan.

Rasa macam nak lari ke satu tempat. sunyi. sorang. nak termenung kat situ. Fikir diri sendiri. menagis. menjerit. nak buang semuanya yang aku rasa sekarang ni kat tempat tu .Then, nak duduk balik tempat aku sekarang ni dengan rohani baru yang lega, tenang dan tak fikir dah pasal semua yang tengah berkecamuk dalam fikiran sekarang ni.

Wa..lega sikit dapat tulis kat sini.

Cabaran Samyang Hot Chicken Flavour Ramen

Terpengaruh lah konon-konon nak try test sahut cabaran #RamenChallenge ni.
Sekali amek ko!!!
Lepas suapan pertama pun dah surrender.
PEDAS SANGAT-SANGAT-SANGAT. 
Kongsi berdua dengan adik untuk habiskan.
Sebotol besar air mineral okay.
Korang yang makan peda tu cubelah try makan ramen ni. Tengok camne pegi dia :D

Brand : SAMYANG (Pastikan yang ada halal ye)
Flavour : Hot Chicken
Harga : Rm7+ untuk bowl / Rm25+- untuk 5 packs

Memang tabik spring untuk korang yang boleh makan selamba je ramen ni.
I kenot lah ...
Sape yang belum try tu try lah.
Kalau nak kesahihan status halal, boleh google je. I dah cek betul-betul dah tanya orang, google dan in shaa Allah yakin halal.
Nak tengok orang lain duk buat #RamenChallenge ni boleh tengok kat youtube, instagram, fb semua ada...Terliur tapi cukuplah sekali je try. tobat dah.hahaha

"Untungnya" menjadi banduan akhir

Sekadar renungan bersama.....

_____________________________________________________________________

Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar .

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.
-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".
-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.

-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.
-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-nama biliknya "Sel akhir".

-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."
-ianya mesti prosedurnya begitu.
-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.
-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.
-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².
-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-sentiasa membaca Al-Quran.
-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".
-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.
-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.
-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.
-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².
-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-sbb dia tau untuk bertaubat bila.
-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.
-tak tau bila nak mati.
-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.
"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".
-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.
-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-itu Rahsia Allah.
-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.
-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua'lam.

Mencari tailor jahit baju tradisional

Nak cari tailor yang berpengalaman untuk jahit baju kurung pahang atau kebaya pahang atau kebarung.
Nak tradisional punya stail. Taknak moden.
Harga berpatutan lah eh dengan kualiti.

Kalau dapat area Damansara Damai, Sungai Buloh, Damansara Intan lagi cun :)

Yang penting takde masalah. win-win situation.

First time potong rambut Danish

First experience potong rambut Danish betul-betul. Masa baby a few times lah botakkan dia. Tapi lepas tu, papa just trim je rambut Danish bagi nampak kemas. Sebabnya memang saje, suke tengok rambut Danish panjang. Rambut lurus halus gitu.Kena tiup kipas flip hair terus. Ni ha style rambut Danish sebelum kena potong.

Tapi dah ramai sangat yang ingat Danish ni girl. Kenot  lah.. Muke jambu orang cakap. Orang la cakap. Bagi mama papa tak jambu pun.
So ni hairstyle baby boy mama. yang baru. Since dia potong rambut terasa macam "orang baru" je Danish ni. Fresh view bangun pagi-pagi tengok muke lain sikit..hihi... Belum ada proper view yang berjaya disnap untuk tunjuk gaya rambut baru Danish ni. Camni pun OK lah. Atleast bila baca balik 2-3 tahun akan datang, ada value yang boleh diingat balik.

Haruslah ada drama air mata sepanjang proses gunting rambut tu. Lawak. Danish ni macam penggeli sikit. Pastu kene mesin pulak rambut tu, memang drama swasta lah jadinye. Dah lulus gunting rambut ni, bolehlah ada gaya rambut baru raya ni.haha

Ape pun mama puas hati. Handsome boy!