RM0.10 satu? Murahnye!!!

Eh hai...
Ade tak antara korang-korang yang baca blog Dila ni yang nak kahwin ke, tunang ke..atau majlis ape-ape jela. Dan kalaulah korang nak buat tq-tag yang jenis sticker punye, yang murah..Haaaa ni lah masanya.


Persiapan Kahwin Simple (PKS) ada buat promotion tau sekarang. RM0.10 sekeping sticker dengan design sesuka hati kita nak camne sekali pun. Murah sesangat tu tau. Dah la design semua best-best..Rugi kalau lepaskan. Cepat - cepat pegi ushar Persiapan Kahwin Simple sekarang. Sebab promo ni terhad untuk 10 orang je. Kang kalau terlambat, melepas.....


Untuk maklumat lanjut boleh la terus contact diorang yang ada kat PKS tu. Diorang akan layan terbaik punyeee....Cepat tau. Jangan menyesal sebab terlambat.


A4 Sticker Paper murah


Assalamualaikum 
Hai all...

Since Dila sekarang buat bisnes sikit kecil-kecilan untuk buat design tq tag sticker,so Dila nak share satu kedai yang buat masa ni Dila rasa yang paling murah untuk beli kertas A4 sticker...


Sebelum ni Dila beli kat Mydin Jalan Masjid India. Kat situ dia packing 10keping per pack harga rm 2.70
Tapi since sekarang Dila nak guna banyak stucker paper ni,so Dila survey kat supplier2 bookstore ni. So far,Dila da jumpa kat pemborong alat tulis  West Star kat Taman Melawati.

Dila beli yang satu bundle 100keping per pack dengan harga RM25.00 which is Dila save RM2.00 daripada kat Mydin tu.. Kalau bahai 100 means sekeping tu harga RM0.25 je... murah kan..Sebab Dila pernah tanya kat satu bookstore tu, harga sekeping sticker paper RM0.60. Mahal gilosss~~~



Owh ye, ini yang bukan kertas yang licin-licin tu tau. Ini yang paper punya jenis.. Means macam kertas A4 biasa tu la..Kalau yang kertas licin-licin tu pun ade jugak. RM30 kalau tak silap satu packet (100 keping) tu. Tapi Dila guna yang tak licin punya je... hehe

Weeeee sejak pandai bisnes-bisnes Dila ni da pandai ye nak murah-murah. Hehe hope membantu bagi korang-korang yang tercari-cari kat mane nak beli A4 size sticker paper ye..




Iklan : korang ngan korang joinla Kotex Memberku punye contest ni. Syok woo hadiah-hadiah dorang. Tak pun korang undila diorang yang dah join dengan bff's diorang yang mana korang rase best. Jom support diorang. Any info boleh klik terus ---> Kotex Memberku
























Barbeku Angah dan geng Scrambler

Entry berhabuk dah ni sebenarnya.Tapi baru ada masa nak update.Owh ya, sebelum kite ber-barbeku, Dila nak update sikit perkembangan terbaru Dila. Sekarang pagi sampai petang,officially kerja. Balik kerja rehat sampai lepas Maghrib, sambung design takpun study sampai 2-3 pagi, baru tido.Esok pukul 6.30am bangun balik pastu ulang balik rutin harian tu.Weekend kelas full day. Masa untuk enjoy-enjoy sangatlah takde sekarang. Tapi suka dan syukur sangat dengan rezeki yang mencurah-curah sekarang. Okay dah habis pasal Dila (^_^)







Birthday Angah haritu buat barbeku je untuk kawan-kawan dia yang geng-geng scrambler dia. Simple party tapi havoc giler. Havoc sebab budak-budak sempoi giler. Sekali sekala best jugak join dorang ni actually...
malam yang memang sangat fun... Tapi jap..Korang janganla terlebih imagine barbeku ni macam formal sangat sebab barbeku kali ni memangla sangat tak formal dan simple tapi bermakna. 





Owh ye, barbeku ni pun Angah just setting dengan bebudak scrambler dia kat depan umah tepi jalan besar tempat kereta lalu lalang. Semangat sampai nak tutup jalan. Over..Ingat tu jalan abah?  haha... Ramai jugak datang malam tu.  Kecik besar muda tua semua ada..







Makanan so far semua cukup-cukup. Semua puas makan tak membazir. We are happy! 
Ade bunga api jugak malam tu dari kengkawan Angah.




Dan benda memang wajib everytime birthday party ada agaknye~~


Mengenang nasib di hari jadi..
hehehe..
So far, so fun...

Alhamdulillah everything going smooth.
Kengkawan geng scrambler diorang banyak membantu event ni jugak sebenarnya.
Sekian cerita dengan cara tak formal.



P/s: da lame entry terperap dalam draft sebenarnye




Selamat Bertunang Qaseh Aiera




One of sweet couple yang Diela kenal is Jack dan Mira. Kisah cinta encik pomen yang nampak ganas tapi sebenarnye sweet. Me like it :) Mira & Jack couple da lame and one step forward to be a hubby and wifey soon...yeay!



The day Mira dan Jack tunang, Diela kerja so tak dapat la nak join. Lucky Hafiz pergi untuk shoot diorang, so at least balik kerja laju-laju tengok gambar diorang dan terus sangat impress sebab sweet sangat okay engagement day diorang.


-Tahniah Mira & Jack!-





Engagement day sweet
Baju tunang cantik
Mekap cantik
Pelamin DIY sendiri cantik
Hantaran cantik
Dan gambar paling faveret Diela is.......


COMEL sangat!




Ad : Pre Loved Wedding Shoe



Persiapan Kahwin Simple




Ada sesiapa B2B kat sini tak? Yang mana ada nak jimat kos belanja dan takde kasut kahwin lagi, boleh la tengok kat PersiapanKahwinSimple . Ada sepasang kasut kahwin pre-loved tau. Masih lagi berkeadaan elok tu. Harga pun boleh runding lagi tu. Korang try la bodek-bodek admin PKS mintak best price lagi kan. Hehe...mane tau korang dapat lagi murah :)


Kasut bersaiz 5 (lima) dan pernah dipakai hanya ketika majlis akad nikah dan bersanding.






Harga asal : RM160
Harga jual : RM90 (boleh runding)



Berminat?
Email kami sekarang di : persiapankahwinsimple@gmail.com






Persiapan Kahwin Simple

Bismillahirrahmannirrahim

Firstly Dila nak announce pembukaan blog yang Dila sediakan khusus untuk kerja-kerja kahwin untuk semua bakal-bakal pengantin kat luar sane. So kat blog tu nanti semua servis yang Dila and team sediakan akan diupdate dan sebarang pertanyaan atau tempahan pun boleh rujuk kat blog tu jugak okay camne nak contact.

Keputusan Dila untuk buat blog baru tu adalah sebab tempahan dari tq-tag dah semakin bertambah dan Dila bercadang nak luaskan lagi servis untuk sesiapa yang nak kahwin. Jadi semuanya akan diupdate kat situ la ye. Kat blog ni kite cite yang personal-personal dan yang mengarut je. 
Jadi, awak-awak semua dialu-alukan untuk mempromote blog servis Dila ni terutamanya kepada brides to be (B2B) kat luar sana.


Semestinya blog tu lebih kepada Dila nak tolong B2B mane yang mampu. So, kalau nak Dila tolong korang dengan bog day korang, boleh la refer  kat blog tu nanti ye..
Okay, Dila launchkan :

persiapankahwinsimple.blogspot.com
Sebarang pertanyaan boleh email ke : persiapankahwinsimple@gmail.com ~nanti Dila / admin PKS akan reply and bantu korang. 


P/S: Blog Persiapan Kahwin Simple (PKS) still under beginning. Semua hasil kerja yang Dila buat akan update dari masa ke semasa..


Order :: Design Tq-tag sticker Zuai & Aidil

Iklan : Nak tahu idea terbaik untuk create memori terindah dengan bff? 



Assalamualaikum..Ingat tak entry lepas Dila ada update pasal rezeki yang tak disangka. Dila dapat peluang dan kepercayaan untuk buat tq tag sticker untuk majlis wedding. Alhamdulillah. Dan, tak sangka, Dila dah dapat customer kedua jugak pun.. Seronok sangat.


Okay Kali ni Dila nak sharekan  design untuk first customer Dila.
Zuai & Aidil


Diorang request nak guna ketiga-tiga design Dila ni sebab diorang suke sangat dengan kesemua draft yang Dila buat. Pheww...Nasib baik :) Sebenarnye Dila risau jugak kalau diorang tak puas hati. And now, happy sangat sebab orang suke dengan kerja kite..daaa. korang tengoklah pulak~~





Zuai & Aidil request tema warna purple pink
Okay tak?
Nanti Dila share pulak design 2nd customer Dila.




P/s : Kan dah cakap rezeki Dila tak same dengan orang lain, orang lain mungkin dapat lebih baik rezeki diorang tapi Dila percaya, DIA tahu yang terbaik untuk Dila
 
 













Mysterious light. True or not true?

Maybe Dila sedikit ketinggalan sebab baru nak kecoh pasal video cahaya misteri ni. Padahal orang lain semua dah kecoh dah tau dah pasal ni.. Well..takpe la nak share jugak untuk memenuhi entry-entry kat blog ni.


Ini video yang lori tu jalan kat highway kat Jerman kalau tak silap. Pastu ada cahaya dari atas pastu lori tu terangkat. Pelik macam UFO pun agak kot..entah.


Jom tengok sesapa yang belum tengok video pasal ni.. Interesting jugak sebab pelik bin ajaib gitu..
Layan~~





Dah tengok?
Teruja kan..
Rasa macam pelik kan??
Tapi ramai yang cakap ini video FAKE...Entah Dila pun tak sure betul ke tak...hehehe... So far so fun kan...menarik tertarik..









Bosan dengan line telefon korang yang sekarang..?? 
Cube plan CUN ni pulak.memang Cun lah klik --> Pelan CUN melecun




Rezeki

Bismillahirrahmannirrahim

Bisnes. Ye, memang Dila berminat dan teringin sangat nak berbisnes. Tapi kekangan masa dan modal buatkan impian untuk ke arah berbisnes ni  terbantut sikit. Tapi Dila percaya semuanya tak mustahil asalkan ada  
DOA,USAHA & TAWAKAL...  
Doakanlah Dila murah rezeki so dapatla berbisnes..hehe..Tapi Dila  takdela mimpi nak bukak bisnes besar-besar kan. Tapi! Kalau ada rezeki dan peluang..mestilah NAK!...hehehe


Ok ok..Jom cakap yang berkaitan dengan tajuk la ye.. 
Dila ada kakak sedara dan dia akan kahwin bulan 5 tahun ni and dia dah mintak tolong untuk buatkan tq-tag untuk majlis dia nanti..Heee~~ Dila suke sangat dapat peluang nak contribute something untuk majlis-majlis camni..seronok okay. Barulah rasa membantu.hihi..

Last week pulak dia mesej cakap kawan dia yang akan kahwin next month kot kalau tak silap Dila, nak order tq-tag sticker dari Dila. What?! mula-mula macam tak percaya dan taknak berharap sangat la. Tumbuk diri sendiri sebab rasa macam mimpi..tipu.hehe orang nak order okay.orang selain sedara mara...Syukur Alhamdulillah ni mungkin rezeki untuk Dila kan.

So, sebagai first customer, Dila bagi harga yang rasanya macam mustahil nak dapat dari order-order kat luar. Dila design and akan productionkan sekali tau.Dengan harga yang Dila letak tu rasanya sangat berbaloi. Okay..Dila dah pun siapkan a few design untuk diorag pilih mengikut citarasa yang diorang request tu. Hopefully diorang suke...

Thank you untuk semua yang support dan doakan Dila.Love yah!

Its Never Too Late To Start

Assalamualaikum..
Ade tak korang-korang ni yang dah kerja lepasan SPM ke Matriks ke sijil ke. Kalau korang berminat nak further study dalam peringkat Diploma tapi sayang nak berhenti kerja. So, why not korang belajar sambil bekerja.  So, after korang dah habis study nanti dalam masa yang sama, korang punya working experience pun dah bertambah jugak.So, tak rugi ape-ape kan? Ada working experience dan jugak kelulusan.

Which is Dila sangat percaya yang sekarang ni kalau kita nak cari kerja, company akan lebih prefer untuk mereka yang ada kelulusan dan jugak pengalaman kerja. So sekarang amacam? Ada bran nak  study part time? Kalau jawapan YA, Okay ini yang Dila nak suggestkan. 
Program Diploma Pengajian Separuh Masa UTM SPACE


Kalau takde apa-apa aktiviti penting on weekend, sekarang korang boleh la study. Ingat, ITS NEVER TOO LATE TO START! Tak kire la umur korang berapa pun. Jangan malu nak sambung study. Jangan pernah rasa terlambat ke ape ke. Okay.
 Nak tau tak, sekarang pun Dila further study part time tau. Tapi bukan diploma la.Dan nak tau, one of classmate Dila tu umur hampir sebaya mak ayah Dila okay,dalam 40-an macam tu.Tak tipu...See, Dila sangat salute dan bangga tau orang-orang macam ni.

So, kalau korang nak apply untuk Study Diploma separuh masa ni cara dia senang je sebab korang hanya perlu apply online boleh terus klik link kat bawah ni :

Okay good luck korang! Semoga berjaya~

Happy Womens Day 2013

Assalamualaikum

Harini 8 Mac 2013, Diela dengan bangganya nak mengucapkan :
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2013


Ucapan ni khas untuk wanita-wanita yang ada dalam hidup Diela samada dengan sengaja, sedia ada atau secara spontan hadir dalam hidup Diela.
 I LOVE YOU ALL.. 
Untuk kawan-kawan, makwe-makwe, emak-emak, adik-adik, akak-akak, sepupu sepapat, makcik-makcik, nenek-nenek...semuanya Diela sayang sangat walaupun Diela ni sangatlah tak reti nak tunjuk camne sayang tu...


Hey wanita sekarang boleh jadi sehebat lelaki tau. And thats my principe.. Come on wanita, kita boleh..Kita bukan lemah okay.Jangan tunjukkan sangat yang kita lemah. Trust me, kita juga boleh berjaya macam lelaki. Chaiyok!!!





Happy Birthday Angah ♥

Super busy tapi cilok mencilok masa kejap untuk update something yang istimewa harini.

Harini 07032013 best.Sebab harini birthday Angah. Eh, dah 22 tahun dah...Cepatnye korang dah besar....Best sebab ape? Malam ni Angah buat BBQ kat Damansara.Yeay! Sape2 yang Angah dah jemput tu, kite jumpe malam ni ok. Owh ye, mak request Dila masak something malam ni. Apekah??  Next next entry okay~~ haha..

So, inilah Angah. Belum berpunya dan tidak merokok!




Untuk Angah tercinta;
Sayangilah diri sayangilah keluarga kita. Semoga cemerlang dalam setiap impian yang Angah impikan. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Dan semoga cepat bagi Kak Long adik ipar yang cun melecuns dan paling penting tak 'Poyo'..Ok Me love you soooooooo much.Me love our family till the end of life to the heaven. Insyaallah. 

HAPPY 22ND BIRTHDAY TO YOU, ANGAH !

Pray For Sabah


Bismillahirrahmannirrahim..

Rasanya semua dah tahu pasal kejadian yang berlaku di Sabah sekarang. Dila dapat tahu perkara ni dari awal sebab tunang kawan Dila salah satu anggota TLDM yang telah diberi amaran pasal kes ni pada awal lagi. And yes, pada awalnye Dila tak ambil pusing sangat sebab tak de keluar kat berita pun. Ingatkan tak serius..Tapi, rupenye.... Ya Allah..Tuhan je yang tahu....Tak sangka sampai camni sekali.

SEDIH
&
TAKUT

Takut sebab Malaysia dah mule berperang. Yes, belum kena ditempat kita sekarang. Tapi dah berada dalam negara kita. Kalau dibiar, tak mungkin tak merebak kan.. Sedih...
Dua perasaan yang sangat-sangat Dila rasa sekarang..Sabah, satunya tempat yang Dila betul-betul jatuh cinta. Kenangan manis kat Sabah insyaAllah takkan Dila lupakan sampai bila-bila. Tapi bila Sabah ada masalah camni... Sedihnye T____T Hanya mampu bagi pertolongan dengan DOA






Ya Allah, kau lindungilah saudara-saudara kami di Sabah dengan musibah dan ujian yang sedang kau berikan ini. Aku yakin setiap apa yang berlaku adalah perancanganMu yang mahu memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kami Ya Allah. Kami terima seadanya jadi kau berilah kami, pejuang-pejuang kami kekuatan dalam mempertahankan tanah air yang tercinta ini ya Allah. Kau tempatkanlah pejuang-pejuang kami yang telah gugur di medan pertempuran dalam kalangan orang-orang yang kau kasihi ya Allah... Aku yakin sesuatu perkara tidak akan berlaku jika tiadanya Kun Faya Kun....






P/S : Hopefully kita ketepikanlah sekejap isu politik yang saling tuding menuding satu sama lain.






semoga DOA kita dimakbul ALLAH!
AMIN~~~
Jangan berhenti berdoa













Fakta : Earphone dan magnet

Iklan : Suka main badminton? Photogenik dan kreatif? Bergambar dengan raket then boleh menang hadiah best klik --> #UpYourGame


Hai korang terutamanya akak akak dan abang abang yang masih belia remaja sekalian. Nak tau tak? eh mungkin sebenarnye dah ramai yang tahu dan alert dengan ape yang Dila nak share kali ni...semestinya pasal...........


EARPHONE

Ala..rasenye macam mende normal masa study pasang earphone kat telinga dengar lagu, takpun sambil jalan tunggu LRT , KTM tunggu bas..dah macam jadi habit kita nak pasang earphone dengar lagu. Wallaaah...rase cam kite dalam dunia lagu tu je.Tengah syok wat keje pun boleh pasang earphone volume tinggi sampai tak dengar ape orang sekeliling cakap. (Dila la tu..heee~~) tup tup..eh dah lunch..eh, dah balik...punyelah tinggi konsentrasi dari dengar lagu through earphone kan...Or tak pun ade sesetengah orang macam dah jadi habit letak earphone tapi tak dengar lagu ape pun..


Tapi..baru sekejap tadi Dila yang sedikit bersepah workstation ternampak something. Hehe selama ni pun dah biase dengar orang cakap tak elok kalau selalu dengar earphone ni.  Nak tahu ape?
TADAAAA..Paper klip & ubat stepler melekat kat earphone. Nasib baikla tak terus pasang ket telinga tadi. Kalau tak, jenuh nak  tarik keluar balik .Hee~~



Mule-mule macam eh...terkejut jugak..Baru tefikir owh..betul orang cakap..Baru nak terfikir efek-efek yang tak elok yang orang duk cakap selama ni. Okay, Dila taknak cakap pasal fakta ke ayat saintifik  ke ape ke. Just nak ajak korang berfikir..

Setiap kali korang letak earphone kat telinga berapa lama?
Berapa kuat volume korang pasang kat telinga tu?
Agak-agak bile kite kumpulkan semua jumlah tu, rasa takut tak dengan apa yang maybe akan jadi kat telinga or kepala yang dekat dengan suiz kita tu (otak)?

Dila try tutup music dan tengok tahap magnet kat earphone tu jugak. Dan resultnye..


SAMA!

So, Dila just share fakta yang kebetulan nampak dan terbukti depan mata ni dengan cara tak sengaja... Dila tak suruh pun korang jangan guna earphone tu langsung.And even Dila pun akan still gunakan jugak earphone ni.Cuma...Kurangkanlah guna earphone ni yek adik abang akak sekalian..
Kesian kat saluran telinga kita tu asyik kena tarik dengan gelombang magnet tu. Yes, even telinga tu bukan besi... #eh 


Tapi kalau fakta pasal HEADPHONE  tak pasti ye, sebab tak try test cuba depan mata sendiri lagi.Cube korang try then bagitau Dila pulak.
Okays...sekian~

Terima kasih sudi baca :)


P/S : Thankyou untuk model, Ieqa sebab kasi pinjam gambar first sekali tu :)