Happy 27 tahun to me~~~

13.September.2016

Genap 27 tahun jadi manusia. Hari kedua hari raya haji tahun ni. No celebration pun sebabnye hari tu buat aqiqah Danish. Itupun dah lebih dari seronok dah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seronok. Pasang pelita, rewang masak, bagi budak-budak main bunga api, makan ramai dengan orang kampung. Seronok sangat kat kampung, lain betul feeling dia dengan kat bandar ni.

The one and only hadiah pun dah dapat dari encik Hafiz. Suka sangat!

Dah makin berusia ni makin tak mengharap apa-apa sangat pun on birthday. Cuma berharap orang-orang penting wish tu pun dah happy.

Part paling best, ramai September baby dari member-member baik. Yeay...kite geng. Ok tu je lah kot kali ni, hujung bulan ni birthday encik Hafiz pulak. Few days lepas tu birthday anak kesayangan pulak. Itu yang paling excited buat masa ni...phew~~






Letak jugak gambar umur 27 tahun cenggini rupa dia. Ahaha.. Kot la panjang umur, lepas 10 tahun nanti bolehla bandingkan rupa umur 37 tahun pulak kan. Tak gituuuu..hahaha




Bye;
Dilla




Sistem Gred dan Pemarkahan UTM




Sekarang tengah musim-musim nervous menunggu result untuk short sem keluar.
Sem pendek ni Dilla amek 3 subjek simple, Makmal 4, English dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Alhamdulillah memang betul-betul shor sem ni. (first time amek full short sem, sebelum ni asyik tak berpeluang je amek short sem)

So, bila result dah keluar ni, Dilla selalu konfius dengan gred dan markah. Tolak tepi dulu lulus ke gagal. Sebab nak senang, lepas ni refer je kat blog sistem gred dan pemarkahan untuk student-student UTM. Senang.





Yang ni officially untuk UTM. Tapi rasanya lebih kurang or sama je dengan universiti-universiti lain. So kalau korang mencari-cari jugak nak refer sistem pemarkahan dan gred, boleh je refer yang ni.




Bye;
Dilla



Life is tough













Tak tau nak cakap macam mana bila hati kena robek-robek koyak-koyak tapi terpaksa tahan dan buat seolah takde apa-apa berlaku. Bila mana tak tahu jalan terbaik yang patut kita pilih. Bilamana kita buntu samada nak ikut kata hati atau kata akal. Bila terlalu banyak hati-hati lain yang perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang akan kita buat. Waaaaa stressnya fikirkan masalah-masalah ni.

Tak sure apa sebenarnya hati ni nak. Semoga ada jalan keluar dari masalah-masalah ni. Aamiin