Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Sistem Gred dan Pemarkahan UTM




Sekarang tengah musim-musim nervous menunggu result untuk short sem keluar.
Sem pendek ni Dilla amek 3 subjek simple, Makmal 4, English dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Alhamdulillah memang betul-betul shor sem ni. (first time amek full short sem, sebelum ni asyik tak berpeluang je amek short sem)

So, bila result dah keluar ni, Dilla selalu konfius dengan gred dan markah. Tolak tepi dulu lulus ke gagal. Sebab nak senang, lepas ni refer je kat blog sistem gred dan pemarkahan untuk student-student UTM. Senang.





Yang ni officially untuk UTM. Tapi rasanya lebih kurang or sama je dengan universiti-universiti lain. So kalau korang mencari-cari jugak nak refer sistem pemarkahan dan gred, boleh je refer yang ni.




Bye;
Dilla



Hikmah disebalik ujian



[ Orang tua ada berkata dalam perkahwinan akan ada 3 peringkat ujian. Ujian pertama pada bulan ke 4 perkahwinan, ujian ke dua pada tahun ke 2 perkahwinan dan ujian ke tiga pada usia suami 40 tahun. Ujian datang dalam berbagai bentuk samada masalah kewangan, gangguan mertua dan paling ngetop sekali adalah masalah curang samada isteri atau suami. Tak kurang banyak rumahtangga hancur di tengah jalan hanya dengan satu ujian sahaja dan ada juga rumahtangga yang bertahan walaupun diuji dengan berbagai ujian. ]

Aku anggap semua ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. DIA tidak akan menurunkan suatu ujian di luar kemampuan ku. Dan ya, aku sudah redha dan semakin jelas hikmah yang aku perolehi di sebalik ujian yang sangat hebat yang perlu aku lalui..sendiri...

Hikmahnya cinta dan sayangku pada dia semakin kuat. Semakin aku sedar betapa pentingnya insan bernama suami dalam hidupku. Betapa aku perlukan dia untuk menjadi kekuatan bagiku meneruskan hidup. Betapa aku perlu menjadi seorang yang lebih baik untuk terus kekal bahagia bersama dia. Betapa aku cintakannya... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..

"Kini ku mohon kau tetapkanlah dan cambahkanlah cinta kami, berikanlah kami sinar kebahagiaan. Satukan hati kami ya Allah.Dan jadikanlah kami yang terbaik antara satu sama lain..Sungguh aku cintakan dia."
















Dunia baru, Tanggungjawab baru

@BlogAkuIslam : 
Sesetengah orang, Allah kurangkan rezeki ke arah sesuatu, tapi Allah lebihkan rezekinya ke arah lain.

Alhamdulillah, semalam 21/10/2013 adalah hari pertama Dilla kerja kat company baru (Rabutec Sdn Bhd). Masih lagi company yang running business crane, cuma kali ni position lain dan lebih baik. Sayang nak tinggalkan company lama, tapi bak kata Hanis Zalikha : You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived. 

Jadi bermulalah, tanggungjawab yang baru untuk digalas dalam dunia yang baru ni. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin....Dan, nak tau tak, ini adalah cita-cita Dilla sejak sekolah teknik lagi tau.Tak sangka cita-cita dah tercapai. Okay dah boleh pasang cita-cita baru kan.(dah ada pun) Chaiyok!

So, korang pun jangan putus asa atas apa yang korang impikan. Pastikan korang ada target dalam hidup dan work for it. Selalu positifkan supaya korang dapat apa yang korang targetkan. Dan, jangan mudah berputus asa disamping berdoa dan terus berusaha. Seterusnya tawakal semoga apa yang korang dah usahakan tu, tercapai. Chaiyok!




DesignEngineer ;
Dilla Delaila





Attn to Blogger tulipfebretor.blogspot [Ely]

Assalamualaikum.

Post Dilla kali ni khusus untuk member yang lama sangat dah tak jumpa. Lebih sepuluh tahun okay.....Dia yang mula-mula jumpa blog Dilla ni..So kira jejak kasih lah kan.Boleh?.. Alhamdulillah...Actually Dilla tak dapat nak contact dia, so hopefully dia baca post Dilla ni.

"Ely, aku tak boleh nak comment blog ko since ko set comment untuk members je.So sila setkan aku members ko jugak ye. Senang nak berinteraksi sikit dengan gadis tinggi lampai ni...Camne aku boleh contact ko lagi eh?
Nanti email / tweet aku okay. Ni twitter aku https://twitter.com/nurul_nadilaSB and ni email aku nurulnadila.saifulbahari@gmail.com Actually dah lame cari kau. Ade jugak google / search NurFarah Ellyna tapi still tak jumpa...Please, nanti contact aku ye...."




Okay adik-adik, abang-abangg, kakak-kakak... Ini salah satu kelebihan menggunakan inernet / blog ye. Menghubungkan silaturrahim yang terpisah lama..ceeehhh...
Sekian~~


ExcitedJumpaKawanLama;
Dilla Delaila



A4 Sticker Paper murah


Assalamualaikum 
Hai all...

Since Dila sekarang buat bisnes sikit kecil-kecilan untuk buat design tq tag sticker,so Dila nak share satu kedai yang buat masa ni Dila rasa yang paling murah untuk beli kertas A4 sticker...


Sebelum ni Dila beli kat Mydin Jalan Masjid India. Kat situ dia packing 10keping per pack harga rm 2.70
Tapi since sekarang Dila nak guna banyak stucker paper ni,so Dila survey kat supplier2 bookstore ni. So far,Dila da jumpa kat pemborong alat tulis  West Star kat Taman Melawati.

Dila beli yang satu bundle 100keping per pack dengan harga RM25.00 which is Dila save RM2.00 daripada kat Mydin tu.. Kalau bahai 100 means sekeping tu harga RM0.25 je... murah kan..Sebab Dila pernah tanya kat satu bookstore tu, harga sekeping sticker paper RM0.60. Mahal gilosss~~~



Owh ye, ini yang bukan kertas yang licin-licin tu tau. Ini yang paper punya jenis.. Means macam kertas A4 biasa tu la..Kalau yang kertas licin-licin tu pun ade jugak. RM30 kalau tak silap satu packet (100 keping) tu. Tapi Dila guna yang tak licin punya je... hehe

Weeeee sejak pandai bisnes-bisnes Dila ni da pandai ye nak murah-murah. Hehe hope membantu bagi korang-korang yang tercari-cari kat mane nak beli A4 size sticker paper ye..




Iklan : korang ngan korang joinla Kotex Memberku punye contest ni. Syok woo hadiah-hadiah dorang. Tak pun korang undila diorang yang dah join dengan bff's diorang yang mana korang rase best. Jom support diorang. Any info boleh klik terus ---> Kotex Memberku
























Fakta : Earphone dan magnet

Iklan : Suka main badminton? Photogenik dan kreatif? Bergambar dengan raket then boleh menang hadiah best klik --> #UpYourGame


Hai korang terutamanya akak akak dan abang abang yang masih belia remaja sekalian. Nak tau tak? eh mungkin sebenarnye dah ramai yang tahu dan alert dengan ape yang Dila nak share kali ni...semestinya pasal...........


EARPHONE

Ala..rasenye macam mende normal masa study pasang earphone kat telinga dengar lagu, takpun sambil jalan tunggu LRT , KTM tunggu bas..dah macam jadi habit kita nak pasang earphone dengar lagu. Wallaaah...rase cam kite dalam dunia lagu tu je.Tengah syok wat keje pun boleh pasang earphone volume tinggi sampai tak dengar ape orang sekeliling cakap. (Dila la tu..heee~~) tup tup..eh dah lunch..eh, dah balik...punyelah tinggi konsentrasi dari dengar lagu through earphone kan...Or tak pun ade sesetengah orang macam dah jadi habit letak earphone tapi tak dengar lagu ape pun..


Tapi..baru sekejap tadi Dila yang sedikit bersepah workstation ternampak something. Hehe selama ni pun dah biase dengar orang cakap tak elok kalau selalu dengar earphone ni.  Nak tahu ape?
TADAAAA..Paper klip & ubat stepler melekat kat earphone. Nasib baikla tak terus pasang ket telinga tadi. Kalau tak, jenuh nak  tarik keluar balik .Hee~~



Mule-mule macam eh...terkejut jugak..Baru tefikir owh..betul orang cakap..Baru nak terfikir efek-efek yang tak elok yang orang duk cakap selama ni. Okay, Dila taknak cakap pasal fakta ke ayat saintifik  ke ape ke. Just nak ajak korang berfikir..

Setiap kali korang letak earphone kat telinga berapa lama?
Berapa kuat volume korang pasang kat telinga tu?
Agak-agak bile kite kumpulkan semua jumlah tu, rasa takut tak dengan apa yang maybe akan jadi kat telinga or kepala yang dekat dengan suiz kita tu (otak)?

Dila try tutup music dan tengok tahap magnet kat earphone tu jugak. Dan resultnye..


SAMA!

So, Dila just share fakta yang kebetulan nampak dan terbukti depan mata ni dengan cara tak sengaja... Dila tak suruh pun korang jangan guna earphone tu langsung.And even Dila pun akan still gunakan jugak earphone ni.Cuma...Kurangkanlah guna earphone ni yek adik abang akak sekalian..
Kesian kat saluran telinga kita tu asyik kena tarik dengan gelombang magnet tu. Yes, even telinga tu bukan besi... #eh 


Tapi kalau fakta pasal HEADPHONE  tak pasti ye, sebab tak try test cuba depan mata sendiri lagi.Cube korang try then bagitau Dila pulak.
Okays...sekian~

Terima kasih sudi baca :)


P/S : Thankyou untuk model, Ieqa sebab kasi pinjam gambar first sekali tu :)