Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Jahit Tepi Halus

Assalamualaikum 




Follow instagram 

Kalau sesiapa yang mencari servis jahit tepi halus untuk tudung atau shawl, boleh contact @danish.needle
Tapi slot tempahan terhad.
Harga  boleh runding.
Apa-apa pun boleh discuss.

Tapi @danish.needle just ambil tempahan servis jahit tepi halus je tau. 
Ingat! Jahit tepi halus sahaja. 4 benang :)


Berdikari = Berdiri Di Kaki Sendiri

Assalamualaikum.


Hai..nak share experience ngan korang yang bace DilaDelaila.blogspot.com ni. Alhamdulillah macam yang korang dah tau , Dilla dah tukar kerja lain. Eh tak, kerja kat tempat lain tapi masih dalam bidang yang sama sebenarnya. Hari kedua kat company baru, boss dah mintak Dilla ke site kat Batam, Indonesia untuk load test crane. And Dilla pulak macam errrr........ (blur! baru 2 hari kot kat company baru ni dah kena outstation oversea?Sorang-sorang? Aku tak kenal siapa-siapa lagi kot.Dahla tu Batam????) But still...dalam nervous, rase excited sangat nak face dengan experience sambil gain knowledge baru.




Rabu, 23/10/2013 Dilla gerak pergi Batam, masuk Singapore dulu. So far, Alhamdulillah perjalan semua okay sebab kat Singapore, boss ada tunggu so gerak ke Batam dengan boss. And yup, last week ke Miri, Sarawak and the following week dah kena ke Batam, sorang-sorang pulak tu. Boring dah satu hal, dah tu nak terkial-kial sorang-sorang pulak.Ada masalah apa-apa kena pandai-pandai sendiri solve.Contohnya:

Pertama : Duit Rupiah (IDR) tertinggal kat rumah, yang bawak just duit USD, itupun ngam-ngam untuk bayar VOA (Visa Of Arrival) kat Batam tu nanti so solusinya sampai je Singapore terus cari kedai tukar duit cepat-cepat.Terpaksa tukar duit ke SGD sebab lapar :) Done!


Kedua : Dah kat Singapore pulak, fon takde coverage dah kan, pastu tak jumpa boss. Padahal tengok jam, schedule ferry dah nak gerak ke Batam dah. Boss tak dapat contact Dilla, Dilla pun tak dapat contact boss. Mase ni dah nak nangis sangat-sangat dah. Tibe-tibe akal datang,laju-laju pergi cari coin untuk guna public phone. Dah jumpa boss baru lah lega sikit :) Finally!

Ketiga : Dari Malaysia pakai flat shoe, tshirt, jeans sampai je Singapore boss cakap kena pergi site terus. Hamek! nak kena geledah luggage pulak tukar seluar baju kasut. Finally dah sampai site, masuk office baru tukar semua tu so selesa sikit. Lega~~

Keempat : Malam tu lapar gile kat hotel, penat nak keluar cari makan, so solusinya call room service. Setel!



Okay tu je lah dulu kot. Busy sebenarnye ni. Semuanya gara-gara hydraulic schematic =,='
Okay Bye!


IndependentGirlIsMe;
Dilla Delaila

Dunia baru, Tanggungjawab baru

@BlogAkuIslam : 
Sesetengah orang, Allah kurangkan rezeki ke arah sesuatu, tapi Allah lebihkan rezekinya ke arah lain.

Alhamdulillah, semalam 21/10/2013 adalah hari pertama Dilla kerja kat company baru (Rabutec Sdn Bhd). Masih lagi company yang running business crane, cuma kali ni position lain dan lebih baik. Sayang nak tinggalkan company lama, tapi bak kata Hanis Zalikha : You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived. 

Jadi bermulalah, tanggungjawab yang baru untuk digalas dalam dunia yang baru ni. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin....Dan, nak tau tak, ini adalah cita-cita Dilla sejak sekolah teknik lagi tau.Tak sangka cita-cita dah tercapai. Okay dah boleh pasang cita-cita baru kan.(dah ada pun) Chaiyok!

So, korang pun jangan putus asa atas apa yang korang impikan. Pastikan korang ada target dalam hidup dan work for it. Selalu positifkan supaya korang dapat apa yang korang targetkan. Dan, jangan mudah berputus asa disamping berdoa dan terus berusaha. Seterusnya tawakal semoga apa yang korang dah usahakan tu, tercapai. Chaiyok!




DesignEngineer ;
Dilla Delaila





Trip Miri, Sarawak

Assalamualaikum.


Last day kerja kat Favelle Favco 12/10/2013. Sebelum resign tu, memang tersangatlah busy dengan workloads. Nak rehat memang limited sangat masa tu. So, memang dah terangan-angan mat jenin dah nak rehat seminggu masa Cuti Aidiladha sebelum start kerja kat tempat baru 21/10/2013 ni InsyaAllah. Lepas tu, terberangan pulak nak bercuti untuk berehat. Cuti untuk takde ape-ape aktiviti melainkan berehat je.

eh, comelnye budak ni! hahaha





"Orang mengantuk disorongkan bantal"
Pernah dengar ta pepatah tu? Yes, sehari sebelum raya haji, Dilla dapat 'offer' untuk pergi ke Miri. So terus bukak AirAsia tengok ticket untuk Isnin malam.....Wah! RM55 pergi balik. Ape lagi, terus booking walaupun takde siapa nak temankan pergi Miri ni sebab esok hari raya korban.sob..sob...

Eyebag hitam


Pergi ke Miri sorang-sorang. First time tahu....Wah, saya budak perempuan yang dah besar :)
Lepas ni boleh la jadi backpackers travel sorang-sorang pulak kan? (berangan lagi) Owh...Sepanjang kat Miri memang Dilla rehat serehat-rehatnye tau.Takde aktiviti pun.Gi berjalan pun dekat Bintang Megamall je.Stay at Meritz Hotel, Miri. Murah dan sangat selesa.Tak silap Dilla Meritz hotel ni 4 star hotel tau.





Okay so aktiviti sepanjang kat Miri ni, takde banyak gambar berjalan melainkan gamabr selfie sebab:
Makan sampai kenyang - Tido sampai eyebag hitam - Pusing-pusing mall sampai lenguh kaki
Ingatkan hati kental sangat, lepastu pagi raya online tengok semua update makanan raya pastu meroyan sorang-sorang kat sini nak makan makanan raya. #APTB


HaveAGoodRest ;
Dilla Delaila










Cita-Cita nak jadi ape?

Assalamualaikum.

"Cita-cita kamu nak jadi ape?"
Soalan wajib cikgu-cikgu tanya masa sekolah kan. Sure dan confirm masing-masing ada impian tersendiri dan mesti kebanyakan jawapan cita-cita kita masa sekolah rendah tiba-tiba bertukar masa kita sekolah menengah atau peringkat universiti.

Masa sekolah rendah, cita-cita Dilla nak jadi 3P (Polis / Pensyarah / Pramugari) Tapi sampailah masa sekolah teknik cita-cita dah bertukar nak jadi Engineer pulak. And now, I am struggling to reach that thing called dream.

Alhamdulillah berbekalkan keputusan result study dan experience kerja yang sedikit, Dilla dapat tawaran yang sangat better offer untuk menjadi Design Engineer di salah sebuah syarikat Oil & Gas. Berat hati nak tender resign letter kat company sekarang. Tapi, berbekalkan pandangan dan nasihat orang-orang sekeliling, Dilla tawakal dan tekad untuk tender resign letter dengan rasa serba salah. InsyaAllah ni bulan terakhir Dilla berkhidmat di company sekarang. 

Demi cita-cita dan masa depan, apelah salahnya kita move sikit dari comfort zone, timba pengalaman yang tak terjangka di tempat baru. InsyaAllah mungkin rezeki kita ada lebih kat situ. Setakat ni tahun 2013 berjalan dengan baik dalam hidup Dilla. Banyak rezeki yang tak terjangka Dilla dapat. 2/3 dari azam tahun baru pun dah tercapai. Alhamdulillah. Dan sekarang, next target dalam kerjaya adalah pangkat IR. hehe... jauh lagi nak dapat title tu, tapi tak salahkan Dilla nak aim target awal-awal.


Selain family, diorang adalah 'orang kuat' dalam hidup Dilla.


Untuk family dan kawan-kawan tersayang, terima kasih untuk doa kalian. All the best untuk kita semua jugak.





AlhamdulillahRezeki;
Dilla Delaila

Satu impian

Assalamualaikum.
Random talk harini, Dilla ada satu impian. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih satu hari nanti, Dilla teringin sangat nak involve / buat charity kat badan-badan kebajikan. Terutamanya Rumah Anak-Anak Yatim. Dulu pernah sekali join event Astro Kasih bagi sumbangan untuk keluarga miskin. Walaupun sumbangan yang Dilla bagi, tak seberapa tapi Alhamdulillah berpuas hati.




Jauh kat dalam hati ni, post entry kali ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. Kalau nak ikutkan jugak, Dilla ni pun bukanlah jenis yang mesra dengan budak. Serius cakap, Dilla tak pandai bermain / ambil hati budak-budak. Cuma itu impian Dilla. And those things keeps running in my mind lately. Entah kenapa rasa macam terpanggil sangat nak jumpa anak-anak yatim tu semua....InsyaAllah satu hari nanti mungkin.


IWishIHope;
Dilla Delaila


Rezeki







Sesuatu yang tak semestinya dalam bentuk wang ringgit semata-mata.
Rezeki mungkin jugak dalam hal cahaya mata.
Mungkin dalam hal jodoh pertemuan.
Peluang pekerjaan atau apa-apa peluang juga adalah rezeki.
Kebahagiaan juga rezeki yang mungkin tak semua orang dapat kecapi.

Jadi....
Tak perlu lah kita pertikaikan kenapa rezeki kita macam ni?
Kenapa rezeki orang tu macam tu?
Dan 
Kenapa kita tak macam dia?

Bersyukurlah...Berhentilah menangis atau merayu simpati untuk kerja DIA yang mengetahui segalanya. DIA pasti berikan yang terbaik untuk kita. Selagi kita berusaha dan berdoa insyaAllah rezeki itu ada.




























RM0.10 satu? Murahnye!!!

Eh hai...
Ade tak antara korang-korang yang baca blog Dila ni yang nak kahwin ke, tunang ke..atau majlis ape-ape jela. Dan kalaulah korang nak buat tq-tag yang jenis sticker punye, yang murah..Haaaa ni lah masanya.


Persiapan Kahwin Simple (PKS) ada buat promotion tau sekarang. RM0.10 sekeping sticker dengan design sesuka hati kita nak camne sekali pun. Murah sesangat tu tau. Dah la design semua best-best..Rugi kalau lepaskan. Cepat - cepat pegi ushar Persiapan Kahwin Simple sekarang. Sebab promo ni terhad untuk 10 orang je. Kang kalau terlambat, melepas.....


Untuk maklumat lanjut boleh la terus contact diorang yang ada kat PKS tu. Diorang akan layan terbaik punyeee....Cepat tau. Jangan menyesal sebab terlambat.


Ad : Pre Loved Wedding Shoe



Persiapan Kahwin Simple




Ada sesiapa B2B kat sini tak? Yang mana ada nak jimat kos belanja dan takde kasut kahwin lagi, boleh la tengok kat PersiapanKahwinSimple . Ada sepasang kasut kahwin pre-loved tau. Masih lagi berkeadaan elok tu. Harga pun boleh runding lagi tu. Korang try la bodek-bodek admin PKS mintak best price lagi kan. Hehe...mane tau korang dapat lagi murah :)


Kasut bersaiz 5 (lima) dan pernah dipakai hanya ketika majlis akad nikah dan bersanding.






Harga asal : RM160
Harga jual : RM90 (boleh runding)



Berminat?
Email kami sekarang di : persiapankahwinsimple@gmail.com






Persiapan Kahwin Simple

Bismillahirrahmannirrahim

Firstly Dila nak announce pembukaan blog yang Dila sediakan khusus untuk kerja-kerja kahwin untuk semua bakal-bakal pengantin kat luar sane. So kat blog tu nanti semua servis yang Dila and team sediakan akan diupdate dan sebarang pertanyaan atau tempahan pun boleh rujuk kat blog tu jugak okay camne nak contact.

Keputusan Dila untuk buat blog baru tu adalah sebab tempahan dari tq-tag dah semakin bertambah dan Dila bercadang nak luaskan lagi servis untuk sesiapa yang nak kahwin. Jadi semuanya akan diupdate kat situ la ye. Kat blog ni kite cite yang personal-personal dan yang mengarut je. 
Jadi, awak-awak semua dialu-alukan untuk mempromote blog servis Dila ni terutamanya kepada brides to be (B2B) kat luar sana.


Semestinya blog tu lebih kepada Dila nak tolong B2B mane yang mampu. So, kalau nak Dila tolong korang dengan bog day korang, boleh la refer  kat blog tu nanti ye..
Okay, Dila launchkan :

persiapankahwinsimple.blogspot.com
Sebarang pertanyaan boleh email ke : persiapankahwinsimple@gmail.com ~nanti Dila / admin PKS akan reply and bantu korang. 


P/S: Blog Persiapan Kahwin Simple (PKS) still under beginning. Semua hasil kerja yang Dila buat akan update dari masa ke semasa..


Order :: Design Tq-tag sticker Zuai & Aidil

Iklan : Nak tahu idea terbaik untuk create memori terindah dengan bff? 



Assalamualaikum..Ingat tak entry lepas Dila ada update pasal rezeki yang tak disangka. Dila dapat peluang dan kepercayaan untuk buat tq tag sticker untuk majlis wedding. Alhamdulillah. Dan, tak sangka, Dila dah dapat customer kedua jugak pun.. Seronok sangat.


Okay Kali ni Dila nak sharekan  design untuk first customer Dila.
Zuai & Aidil


Diorang request nak guna ketiga-tiga design Dila ni sebab diorang suke sangat dengan kesemua draft yang Dila buat. Pheww...Nasib baik :) Sebenarnye Dila risau jugak kalau diorang tak puas hati. And now, happy sangat sebab orang suke dengan kerja kite..daaa. korang tengoklah pulak~~





Zuai & Aidil request tema warna purple pink
Okay tak?
Nanti Dila share pulak design 2nd customer Dila.




P/s : Kan dah cakap rezeki Dila tak same dengan orang lain, orang lain mungkin dapat lebih baik rezeki diorang tapi Dila percaya, DIA tahu yang terbaik untuk Dila
 
 













Rezeki

Bismillahirrahmannirrahim

Bisnes. Ye, memang Dila berminat dan teringin sangat nak berbisnes. Tapi kekangan masa dan modal buatkan impian untuk ke arah berbisnes ni  terbantut sikit. Tapi Dila percaya semuanya tak mustahil asalkan ada  
DOA,USAHA & TAWAKAL...  
Doakanlah Dila murah rezeki so dapatla berbisnes..hehe..Tapi Dila  takdela mimpi nak bukak bisnes besar-besar kan. Tapi! Kalau ada rezeki dan peluang..mestilah NAK!...hehehe


Ok ok..Jom cakap yang berkaitan dengan tajuk la ye.. 
Dila ada kakak sedara dan dia akan kahwin bulan 5 tahun ni and dia dah mintak tolong untuk buatkan tq-tag untuk majlis dia nanti..Heee~~ Dila suke sangat dapat peluang nak contribute something untuk majlis-majlis camni..seronok okay. Barulah rasa membantu.hihi..

Last week pulak dia mesej cakap kawan dia yang akan kahwin next month kot kalau tak silap Dila, nak order tq-tag sticker dari Dila. What?! mula-mula macam tak percaya dan taknak berharap sangat la. Tumbuk diri sendiri sebab rasa macam mimpi..tipu.hehe orang nak order okay.orang selain sedara mara...Syukur Alhamdulillah ni mungkin rezeki untuk Dila kan.

So, sebagai first customer, Dila bagi harga yang rasanya macam mustahil nak dapat dari order-order kat luar. Dila design and akan productionkan sekali tau.Dengan harga yang Dila letak tu rasanya sangat berbaloi. Okay..Dila dah pun siapkan a few design untuk diorag pilih mengikut citarasa yang diorang request tu. Hopefully diorang suke...

Thank you untuk semua yang support dan doakan Dila.Love yah!