Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Berdikari = Berdiri Di Kaki Sendiri

Assalamualaikum.


Hai..nak share experience ngan korang yang bace DilaDelaila.blogspot.com ni. Alhamdulillah macam yang korang dah tau , Dilla dah tukar kerja lain. Eh tak, kerja kat tempat lain tapi masih dalam bidang yang sama sebenarnya. Hari kedua kat company baru, boss dah mintak Dilla ke site kat Batam, Indonesia untuk load test crane. And Dilla pulak macam errrr........ (blur! baru 2 hari kot kat company baru ni dah kena outstation oversea?Sorang-sorang? Aku tak kenal siapa-siapa lagi kot.Dahla tu Batam????) But still...dalam nervous, rase excited sangat nak face dengan experience sambil gain knowledge baru.




Rabu, 23/10/2013 Dilla gerak pergi Batam, masuk Singapore dulu. So far, Alhamdulillah perjalan semua okay sebab kat Singapore, boss ada tunggu so gerak ke Batam dengan boss. And yup, last week ke Miri, Sarawak and the following week dah kena ke Batam, sorang-sorang pulak tu. Boring dah satu hal, dah tu nak terkial-kial sorang-sorang pulak.Ada masalah apa-apa kena pandai-pandai sendiri solve.Contohnya:

Pertama : Duit Rupiah (IDR) tertinggal kat rumah, yang bawak just duit USD, itupun ngam-ngam untuk bayar VOA (Visa Of Arrival) kat Batam tu nanti so solusinya sampai je Singapore terus cari kedai tukar duit cepat-cepat.Terpaksa tukar duit ke SGD sebab lapar :) Done!


Kedua : Dah kat Singapore pulak, fon takde coverage dah kan, pastu tak jumpa boss. Padahal tengok jam, schedule ferry dah nak gerak ke Batam dah. Boss tak dapat contact Dilla, Dilla pun tak dapat contact boss. Mase ni dah nak nangis sangat-sangat dah. Tibe-tibe akal datang,laju-laju pergi cari coin untuk guna public phone. Dah jumpa boss baru lah lega sikit :) Finally!

Ketiga : Dari Malaysia pakai flat shoe, tshirt, jeans sampai je Singapore boss cakap kena pergi site terus. Hamek! nak kena geledah luggage pulak tukar seluar baju kasut. Finally dah sampai site, masuk office baru tukar semua tu so selesa sikit. Lega~~

Keempat : Malam tu lapar gile kat hotel, penat nak keluar cari makan, so solusinya call room service. Setel!



Okay tu je lah dulu kot. Busy sebenarnye ni. Semuanya gara-gara hydraulic schematic =,='
Okay Bye!


IndependentGirlIsMe;
Dilla Delaila

Jakarta Trip : Day 5 (Last Day)

Assalamualaikum...
Yeay finally dah sampai last day entry kat Jakarta ni. Harini Mitha & Chino berangkat ke Bali untuk honeymoon diorang. Kitorang pulak flight malam untuk balik ke KL. Okay sebelum nak khatamkan entry Jakarta ni, korang kenalah baca dari day 1 barulah tahu hujung pangkal cerita kan. Boleh refer kat link - link bawah ni ha. 


Bangun pagi-pagi Mitha dah nak checkout dulu sebab diorang punya flight ke Bali, tengahari. So peluk cium peluk cium, Mitha dan Chino pun pergi.. Kitorang pun bersiap na checkout jugak. Harini demam Ieqa dah okay sikit da. Alhamdulillah. 







Lepas checkout kitorang terus pergi Thamrin City sebelum nak balik KL. Yes last round shopping. Memang betul lah orang cakap, Jakarta Bandung ni syurga shopping barang murah giler. Owh ye, mase mule-mule sampai Thamrin ni itorang pergi makan dulu.Tapi sayang, lupe ape name restoran tu, makan dia sedap sangat. Ye betul sepanjang jat Indon ni semua dapat makan makanan yang best-best.  Lepas habis shopping singgah Aryaduta Hotel then terus gi airport and fly to KL. And we miss us again....








Itu je rasenya cerita untuk last day kat Jakarta ni. Tak banyak sangat aktiviti..And yes sangat-sangat kenangan manis trip bersama bff yang betul-betul bff. Thanks untuk Mitha, Chino, Dhika and family Mitha yang banyak support kiotrang sepanjang ada kat Jakarta, Indonesia. Diorang ni semua sangat-sangat baik. Okay itu je kot..Bye korang, dah habis entry Jakarta. Next trip pulak.....





IMissThisMoment ;
Dilla Delaila




Jakarta Trip : Day 3



Assalamualaikum..
Sekarang dah sampai hari ketiga Dilla kat Jakarta. Korang dah baca hari pertama dengan kedua dah? Kalau belum boleh baca dekat link kat bawah ni okay :


Okay kitorang still dekat Aryaduta Suite Hotel dan hari ketiga ni lah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Mitha - Chino bestfriend yang (jauh di mata dekat di hati - Jauh-jauh tapi gaduh tetap gaduh. "gaduh manja poyo" ) Actually orang Jakarta ni bagus-bagus tau sebab diorang bangun pagi awal. Sampaikan sedara Mitha hantar breakfast pun kitorang tak perasan bunyi loceng. Ya ampun......tidur nyenyak dek kerana katil masing-masing super best giler. (Penat actually, haha) Owh ye, second round sedara Mitha datang bilik kitorang balik, baru Dilla tersedar, diorang pass breakfast yang diorang beli kat kitorang. NASI UDUK pun sedap jugak makanan ni. Nasi uduk ni lebih kurang macam nasi lemak kat Malaysia tapi lain sikit.Dia makan dengan sambal pastu ada keropok. Sedap! Ya ampun, kitorang kat sane memang jimat bab makan, transport dengan tempat tinggal sebab 90% disponsor Mitha & family. (Thank you guys. infinity times appreciate it) 

Sumber : Google Nasi Uduk

Okay lepas semua bersiap, dah breakfast nasi uduk best, kitorang turun ke dewan kat dalam hotel tu jugak untuk attend majlis akad nikah Mitha & Chino. Seriously awesome majlis tu. Memang lainlah dengan cara kita kat Malaysia ni. Again, experience mungkin sekali seumur hidup untuk attend majlis adat istiadat perkahwinan Jawa ni. (Unforgettable!) Kitorang sampai lambat. Ahaha.. Dah terbiasa bangun ikut waktu Malaysia. Padahal kat Jakarta tu awal sejam dari Malaysia ni ha. Sampai-sampai je dewan, majlis dah start dah. Again, kat sini adegan tangis menangis semua lengkap. Touching sekejap. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je, Mama Mitha sah menjadi si isteri semok buat Papa Chino. LAju gile okay Chino lafaz nikah tu.Semua tergelak...Hahaha.. Lepas tu semua happy.Yeay :)




Selesai upacara akad nikah, kitorang ke TANAH ABANG untuk Shopping! Yeay.. Kali ni memang seriously shopping kaw-kaw. Harga? Memang seriously murah-murah tersangat. Baju cantik-cantik murah pulak tu. Masa datang sini terus otak ligat nak buat bisnes,amek stok kat sini.haha..... (Alhamdulillah niat tu, terlaksana) Nak share dengan korang something, ada satu kain batik yang dah berjahit design kain duyung pastu ada beadings cantik Dilla beli kat Tanah Abang harga cuma RM17 camtu. Kat Malaysia, masa Hari Raya haritu tengok orang jual RM50.See.....Nampak bezanya tu kan. Best shopping kat sini.Since kitorang pergi 6 orang, so kitorang berpecah dan set time nak jumpa balik. So, bila dah cukup time tu semua tangan dah penuh ye masing-masing. Seronok!



Balik hotel, terus dapat call dari Mitha untuk kitorang bersiap untuk reception ceremony pulak. And yes, reception adat Jawa yang memang awesome. Reception ni buat belah malam kat hall building lain. (Lupe ape name tempat tu, sorry) Dan...dan...dan... kitorang pun dimekapkan ala-ala orang jawa.Experience baru lagi.Seronok bertingkek-tingkek! Okay dah siap semua jom ke reception ceremony...

Ting! Cewek-cewek Indon Jawa in da house!! Yang 2 orang tu dah nak balik KL ye sebab salah beli tix flight :P




Okay kat Indonesia ni majlis perkahwinan diorang tak sama macam kat Malaysia ni tau.Diorang macam ala-ala makan berdiri / atas kerusi je. Diorang memang takde providekan meja tapi kat hujung / tepi dewan ada kerusi untuk guest duduk. New experience lagi. Makanan malam tu semua best, majlis pun best sangat. Kitorang karaoke, makan, gossip, menari semua lah. Seronok to the max! Again majlis resepsi yang teratur dengan adat istiadat Jawa. Bagus betul kan family Mitha ni. Decoration dewan pun cantik sangat. Suke!





Kitorang stay sampai habis event. Have fun tersangat even dah lewat malam. Pastu balik hotel. Kat hotel, actually kitorang ada prank untuk Mitha ni. Kelakar giler okay.Hahaha..Prank ape?Prank pengantin baru lah...Hahahaha Seronok kenakan pengantin baru ni. Okay, biarkan pengantin baru dengan malam pertamanya, kitorang rest sebab esok pagi travel ke Bandung pulak. Yeay! Korang tunggu entry Jaarta Trip : Day 4 pulak tau.Best wa cakap lu.....

Last but not least, Teeeeettttttttttt..hahaha ;



IMissThisMoment;
Dilla Delaila
















My 24th Birthday :)


Hai korang....


Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to..... me...
Happy Birthday to....meeeeee......



Masa 13 Sptember 2013 haritu means genap umur Dilla 24tahun.Wah, dah dewasanya rasa sekarang. Patutla....makin banyak benda nak kena fikir, Duit la, rumah la, kerja la, study la, planning la, cuti la,nak kurus la..eh?!.....tanggungjawab la,  itu la, ini la...Wah, tak bestnya. Betul orang cakap, zaman dewasa ni, terasa sangat masa macam berkurang. Masa 24/7 yang sedia ada pun  macam tak cukup.



Impian di tahun baru?

Nak jadi budak kecik balik boleh tak? Tak yah nak kena cari duit, tak yah nak fikir masalah, hidup untuk gi sekolah, main belajar dan ditanggung parents dengan jayanya.
(haha, mustahil kan?)


So masa birthday haritu request kesanyangan nak makan something yang kitorang tak pernah try. So, Dilla request Bubba Gump Shrimp. Da, jomlah ke The Curve untuk birthday treat tahun ni. Owh ya, memang Dilla dah apply cuti awal-awal sempena birthday Dilla.hehe...Paksa kesayangan cuti jugak baru boleh dating.


Okay tak dating sangat pun sebab adik Dilla, Syera tu menyibuk sekali. Tapi okayla. First time try Bubba Gump Shrimp, yes Sedap jugak menu yang kitorang pilih haritu. Tapi, sory...Name makanan tu dah lupe. Cuma yang minuman kena pilih betul-betul sebab ada yang campur dengan alkohol macam vodka dengan liquor. Waiter akan bagitau la mane yang alcohol free.











Teringin

Assalamualaikum
Lately ni teringin nak makan masakan Thai. Tapi belum tercapai lagi n ak makan tu sebabnya schedule hari-hari full. Weekend pun lagi lah macam-macam invitation open house musim-musim raya ni. Dilla and family selalunya kalau nak makan makanan Thai, bianya akan order Siakap / Kerapu masak 3 rasa / sweet sour, Sotong celup tepung, tomyam, telur dadar. Rasanya ramai orang pun sama kan. Combination lauk-lauk ni makan dengan nasi, panas-panas pulak tu. Pergghhhh!!


Waa tengok gamabr ni terliur pulak. Naaakk.....
Dan kesudahannya..Camni pulak...


Anyway korang kalau tau mane-mane kedai tomyam / thai yang sedap-sedap tolongler  sahre dengan Dilla please. Nak try. 


LotsOfNafsuMakan;
Dilla Delaila


Mee Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum,


Just nak share Mee Udang yang semua orang pun tahu paling sedap adalah Mee Udang Kuala Sepetang, Perak. Dilla dah dua kali makan kat Kuala Sepetang ni. Dengar orang cakap ada bukak branch kat Wangsa Walk kan? Tapi tak pernah try lagi sama sedap ke tak. Yang penting memanglah superb. Tiap kali datang memang order yang RM12 yang paling besar.. Makan memang la puas hati.Tak tipu.
Selak Udang baru nampak mee..Hirup kuah sampai licin..Terbaiiiikkk!