Jakarta Trip : Day 1


Assalamualaikum



Ini entry panjang dan banyak gambar tau. Sebenarnya trip ke Jakarta ni bulan April 2013 haritu. Tapi disebabkan sebelum ni Dilla busy so tak dapat nak terus update. Dan sekarang ni tengah free sikit (kot) so bolehla share experience kat Jakarta haritu kan.
Tujuan utama kitorang ke Jakarta adalah sebab nak attend wedding day one of our bff yang nun jauh di Jakarta tu (Paramitha & Chino) Di sebabkan banyak sangat cerita best-best yang nak dikongsi, so Dilla akan update day by day ye InsyaAllah :)

Kitorang ke Jakarta masa tu naik Lions Air dan my review is sangat best. Dah lah harga tix flight murah mengalahkan AirAsia, plus naik kat KLIA yang memang lagi selesa. Tempat duduk dalam Lions Air pun lagi selesa dari AirAsia. Terbaik lah! Memang lepas ni nak ke Indonesia naik Lions Air je kot. Okay, kitorang naik first flight waktu pagi haritu. Masing-masing family yang hantar kat Airport sebelum Subuh. Bila semua family dah balik, sessi photoshoot pun bermula tak hengat dunia.Yela, first time vacation same-same oversea tu dengan kesayangan-kesayangan.




Sampai je Jakarta, ada driver si Mitha ni, (nama Pak Yaya) dah tunggu kitorang kat airport sambil pegang nama, wah..terasa VIP sangat masa ni, tapi sebab penat baru bangun tido masa tu lapar jugak, so takde gambar masa kat airport Jakarta. Sessi bergambar diteruskan masa dalam kereta kitorang gi makan makanan padang yang best dulu then menuju ke  NATIONAL MONUMEN INDONESIA (MONAS) dulu untuk jalan-jalan. MONAS ni macam tempat bersejarah diorang jugak kalau tak silap. Takde banyak aktiviti sangat selain bergambar lepas tu ada orang jual-jual cam makanan dengan souvenir.Yang penting, murah  







Habis jalan-jalan kat MONAS, kitorang terus ke THAMRIN CITY. Sampai sini je terus shopping mode turn ON even badan dah penat. Seriously barang kat sini sangat-sangat murah. Baju, telekung, kasut, tudung..eh macam-macamlah. Tapi,first thing yang kitorang cari adalah simcard dengan pulsa supaya dapat internet access. Cuma siapa yang pakai BB tu macam susah sikit nak setting internet dia. So dah dapat simcard, pulsa, internet access, terus call family nak bagitau dah sampai. Almaklumlah kami ni jauh di perantauan, baru setengah hari pergi semua stok dah rindu family. Eleh, tapi tu mula-mula sampai je. Bila dah start mood berjimba, mula lah tak ingat dunia.



Bila energy level semua dah betul-betul weak, kitorang request kat Pak Yaya tu cakap nak balik hotel. Eh, first day tu kitorang tak tido hotel.Kitorang tido chalet yang best dan cantik tau. Dekat dengan rumah Mitha tu. Sebab esoknya nak pergi rumah Mitha untuk upacara adat-adat orang Jawa sebelum bernikah. (Part yang sangat menarik kalau korang nak tau, tunggu trip Day 2 ye =]) Rest kat bilik, lepas Maghrib camtu kitorang terus pergi rumah Mitha. Ye, baru nak jumpa Mitha bila malam okay. Oh ye, kat Jakarta malam dia cepat tau dari Malaysia ni









Sampai rumah Mitha, peluk-peluk kissing-kissing sebab rindu teramat sangat. Lama tak jumpa tau.Dekat setahun, yela..sebelum ni interaction just through email, whatsapp, twitter, fb eh semua media social networklah senang cakap. Pastu ngobrol-ngobrol, sesi luahan hati, jalan-jalan satu rumah, tengok hantaran and part paling best family dia jamu kitorang makan RAWON first attemp.Dia macam makan nasi dengan sup tapi lain sikit dan Sedap sangat..Seriously.... Ala...tetibe rindu pulak nak makan Rawon ni.




Thio : Niece Mitha yang super cute and active but smart!




Sumber : Google Rawon
Okay, dah lewat malam.Bakal pengantin pun dah nak tido sebab esok upacara adat istiadat diorang dah start kitorang pun balik chalet dan REST! Sekian habis cerita day 1 Jakarta Trip.
Sambungan Day 2 pulak nanti ye. Owh ye, kitorang pergi Jakarta ni seminggu, Dalam seminggu tu sehari ktorang pergi Bandung. Tunggu tau cerita sambungan...



IMissThisMoment;
Dilla Delaila





















3 comments:

Paramitha Setya Wulandary said...

OMG! CEPAT LAH LANJUT DAY 2...ngga sabar tauu.. I miss this moments too!

Paramitha Setya Wulandary said...

OMG! CEPAT LAH LANJUT DAY 2...ngga sabar tauu.. I miss this moments too!

Dilla Delaila said...

sabar sabar.......hahaha