Assalamualaikum..
Sekarang dah sampai hari ketiga Dilla kat Jakarta. Korang dah baca hari pertama dengan kedua dah? Kalau belum boleh baca dekat link kat bawah ni okay :
Okay kitorang still dekat Aryaduta Suite Hotel dan hari ketiga ni lah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Mitha - Chino bestfriend yang (jauh di mata dekat di hati - Jauh-jauh tapi gaduh tetap gaduh. "gaduh manja poyo" ) Actually orang Jakarta ni bagus-bagus tau sebab diorang bangun pagi awal. Sampaikan sedara Mitha hantar breakfast pun kitorang tak perasan bunyi loceng. Ya ampun......tidur nyenyak dek kerana katil masing-masing super best giler. (Penat actually, haha) Owh ye, second round sedara Mitha datang bilik kitorang balik, baru Dilla tersedar, diorang pass breakfast yang diorang beli kat kitorang. NASI UDUK pun sedap jugak makanan ni. Nasi uduk ni lebih kurang macam nasi lemak kat Malaysia tapi lain sikit.Dia makan dengan sambal pastu ada keropok. Sedap! Ya ampun, kitorang kat sane memang jimat bab makan, transport dengan tempat tinggal sebab 90% disponsor Mitha & family. (Thank you guys. infinity times appreciate it)
![]() |
| Sumber : Google Nasi Uduk |
Okay lepas semua bersiap, dah breakfast nasi uduk best, kitorang turun ke dewan kat dalam hotel tu jugak untuk attend majlis akad nikah Mitha & Chino. Seriously awesome majlis tu. Memang lainlah dengan cara kita kat Malaysia ni. Again, experience mungkin sekali seumur hidup untuk attend majlis adat istiadat perkahwinan Jawa ni. (Unforgettable!) Kitorang sampai lambat. Ahaha.. Dah terbiasa bangun ikut waktu Malaysia. Padahal kat Jakarta tu awal sejam dari Malaysia ni ha. Sampai-sampai je dewan, majlis dah start dah. Again, kat sini adegan tangis menangis semua lengkap. Touching sekejap. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je, Mama Mitha sah menjadi si isteri semok buat Papa Chino. LAju gile okay Chino lafaz nikah tu.Semua tergelak...Hahaha.. Lepas tu semua happy.Yeay :)
Selesai upacara akad nikah, kitorang ke TANAH ABANG untuk Shopping! Yeay.. Kali ni memang seriously shopping kaw-kaw. Harga? Memang seriously murah-murah tersangat. Baju cantik-cantik murah pulak tu. Masa datang sini terus otak ligat nak buat bisnes,amek stok kat sini.haha..... (Alhamdulillah niat tu, terlaksana) Nak share dengan korang something, ada satu kain batik yang dah berjahit design kain duyung pastu ada beadings cantik Dilla beli kat Tanah Abang harga cuma RM17 camtu. Kat Malaysia, masa Hari Raya haritu tengok orang jual RM50.See.....Nampak bezanya tu kan. Best shopping kat sini.Since kitorang pergi 6 orang, so kitorang berpecah dan set time nak jumpa balik. So, bila dah cukup time tu semua tangan dah penuh ye masing-masing. Seronok!
Balik hotel, terus dapat call dari Mitha untuk kitorang bersiap untuk reception ceremony pulak. And yes, reception adat Jawa yang memang awesome. Reception ni buat belah malam kat hall building lain. (Lupe ape name tempat tu, sorry) Dan...dan...dan... kitorang pun dimekapkan ala-ala orang jawa.Experience baru lagi.Seronok bertingkek-tingkek! Okay dah siap semua jom ke reception ceremony...
| Ting! Cewek-cewek Indon Jawa in da house!! Yang 2 orang tu dah nak balik KL ye sebab salah beli tix flight :P |
Okay kat Indonesia ni majlis perkahwinan diorang tak sama macam kat Malaysia ni tau.Diorang macam ala-ala makan berdiri / atas kerusi je. Diorang memang takde providekan meja tapi kat hujung / tepi dewan ada kerusi untuk guest duduk. New experience lagi. Makanan malam tu semua best, majlis pun best sangat. Kitorang karaoke, makan, gossip, menari semua lah. Seronok to the max! Again majlis resepsi yang teratur dengan adat istiadat Jawa. Bagus betul kan family Mitha ni. Decoration dewan pun cantik sangat. Suke!
Kitorang stay sampai habis event. Have fun tersangat even dah lewat malam. Pastu balik hotel. Kat hotel, actually kitorang ada prank untuk Mitha ni. Kelakar giler okay.Hahaha..Prank ape?Prank pengantin baru lah...Hahahaha Seronok kenakan pengantin baru ni. Okay, biarkan pengantin baru dengan malam pertamanya, kitorang rest sebab esok pagi travel ke Bandung pulak. Yeay! Korang tunggu entry Jaarta Trip : Day 4 pulak tau.Best wa cakap lu.....
Last but not least, Teeeeettttttttttt..hahaha ;
IMissThisMoment;
Dilla Delaila

No comments:
Post a Comment