Okay dah habis cerita hari pertama kat Jakarta, sekarang ni untuk hari kedua pulak ye. Kalau belum baca post hari pertama, gi baca dulu kat link bawah ni :
Okay hari kedua ni aktiviti pagi-pagi kitorang pergi spa dulu. Tapi si Nomon ngan Laila tak ikut. Diorang choose tidur dari pergi massage. Owh ye, Pak Yaya yang bawak kitorang sepanjang kat Jakarta tu memang sharp on time. Pagi-pagi sebelum spa bukak kitorang dah sampai. Bagus jugak, kitorang jalan-jalan dulu kat mall yang dekat-dekat dengan spa ni. Makan makanan yang diorang jual atas motor tu, so far semua makanan yang kitorang makan kat sane, BEST! Tapi, tak ingat ape nama makanan-makanan tu. Shopping sikit kat mall sebelum pergi kat spa untuk urut-urut sedap.
| Spa Bersih Sehat : Full body massage RM30 sahaja ye |
Servis tip top punya best spa diorang even murah sangat. Dah siap semua, balik chalet balik untuk bersiap ke upacara adat istiadat Jawa untuk wedding Mitha & Chino. Kitorang terus packing barang sebab hari kedua dan seterusnya kitorang akan stay kat hotel. So Pak Yaya tunggu kitorang bersiap untuk bawak kitorang ke rumah Mitha balik. Tapi, lupa nak bagi tips lebih kat diorang.hahaha....
Okay, istiadat jawa ni memang family Mitha ikut satu-satu step by step tau. Menarik sangat sebab tak pernah pun tengok atau attend event camtu. Best sangat dapat peluang macam tu. Memang dari tengahari sampai malam sehari sebelum hari nikah, pengantin perempuan akan lalui banyak proses-proses sebelum family 'lepaskan' diorang kat husband.Kalau cerita details satu-satu istiadat jawa, rasanya mungkin sampai ke esok pun korang tak habis baca kan? So Dilla akan buat sinopsis je dengan upacara-upacara adat istiadat Jawa sebelum kahwin ni tau.
- PENGAJIAN-
Upacara pengajian ni lebih kurang macam upacara tadarus Al-Quran kat Malaysia ni. Diorang mengaji, berselawat, lebih kurang macam marhaban (perempuan). Akhir sekali, diorang macam ada satu lafaz penyerahan dari parents Mitha ni. Time ni memang menangis lah kan. Sedih kot nak lepaskan anak perempuan yang selama ni dah 25 tahun diorang jaga. Lepas tu, lafaz dari Mitha pulak macam ucapan terima kasih dan janji selama diorang menjaga Mitha. Mintak-mintak ampun semua tu la. Kalau kat Malaysia ni, lebih kurang macam upacara lafaz sakinah. Tapi kat sana lagi tersentuh.
- SIRAMAN -
Dalam upacara siraman ni macam family members akan mandikan pengantin perempuan, Mitha ni dengan air-air bunga yang diorang buat. Masa ni sangat touching. Macam seolah-olah last time parent & family mandikan anak perempuan diorang sebelum diserahkan kepada suami diorangla. Pastu last sekali, air siraman tu diorang akan letak dalam botol dan serahkan kepada wakil pihak pengantin lelaki, so maknanye pengantin lelaki, Chino kena mandi campur dengan air siraman dari pihak pengantin perempuan ni jugak la.
- MIDODARENI -
Okay upacara yang ni je takde adegan sedih-sedih sangat. Semua happy je.Siap record harlem shake lagi family Mitha ni. Kitorang pun ade yang join.Haha..So funnny. Midodareni ni macam suapan terahir dari parents Mitha untuk Mitha la. Yang upacara ni aku rasa Mitha cantik sangat. Baju & Mekap dia semua la.Sweet sangat untuk event ni. Owh ye, tahap kepekatan hitam kat bahagian kepala pengantin perempuan pun ada maksudnya tau. Tapi Dilla lupa..hehe.. Tapi cantik kan Mitha masa ni.
Tak sempat habis upacara, kitorang mintak izin nak balik hotel dek kerana penat sangat seharian aktiviti harini. Tapi sebelum sampai hotel, kitorang singgah dekat mall area hotel tu. Ape lagi? Shopping! hahaha. Heaven sangat kat negara orang shopping giler-giler. Dah penat sampai takde mood nak berjalan baru balik hotel. Owh ye, first night kitorang tido chalet kan, tapi malam kedua dan ketiga kitorang stay kat ARYADUTA SUITE HOTEL yang serius superb. Suite okay bukan bilik biasa and yes again, disponsor family Mitha... Thank you all..Diorang sangat baik okay.so dah, jangan nak pandang serong / bukan-bukan kat orang lain selagi tak kenal diorang sebetulnya.
Okay rasenya sampai sini ye episod kedua Jakarta Trip.So kena tunggu Jakarta Trip : Day 3 pulak sebab resepsi Mitha & Chino pun menarik dan lagi awesome tau. Stay tuned cutie~~~
Last but not least, raw video recording untuk Harlem Shake dari Mitha's siblings and friends.Sumpah kelakar.Happy watching love (^_^)
IMissThisMoment;
Dilla Delaila

No comments:
Post a Comment