Actually dah lame dah.Tapi baru ada masa nak update blog. So, kali ni nak cakap-cakap pasal surprise birthday party untuk encik kesayangan. Birthday dia 28/9 tapi celebrate awal sehari sebab 28/9 tu memasing ada hal masing-masing.So terpaksa la awalkan celebration. Better dari takde langsung kan.
Masa ni sebenarnye zon busy Dilla.Eh tak..bukan busy tapi super busy! 80% preparation party ni pun Fighters yang tolong. Dilla just prepare cost pastu yang lain-lain online booking. Hadiah birthday pun beli last minute masa lunch hour. Fuh! berpeluh kelam kabut on that day.Sampaikan booking kek pun tersilap inform umur (terbagitau umur Dilla, bukan umur si dia)
At first Dilla bawak dia pergi dinner kat Agehan, Blue Wave hotel, Shah Alam. Japanese food was good there. Then , saje-saje ajak lepak Dataran Shah Alam, sebenarnya yang lain-lain dah prepare...hihi.. Tak sangka diorang port kat tengah-tengah padang, nampak je kitorang terus jerit then nyanyi lagu birthday. Tenkiu-tenkiu..Tanjat itew....Terharu :') (Over!padahal bukan untuk Dilla pun)
Ada simple game, main tiup-tip belon, tiup tepung, pastu main gas helium untuk tukar suara jadi kartun...(Pengaruh runningman!)Fun sangat....Lepas puas enjoy kat Dataran Shah Alam, pergi karaoke pulak.Sampai 3 pagi, padahal esok kerja + kelas...Bagus perangai (jangan ikut!)
So,the conclusion is, walaupun party yang sederhana, tapi sangat fun.Thanks untuk semua yang datang, makan dan tolong buat preparation.Really appreciate it.
Yeay finally dah sampai last day entry kat Jakarta ni. Harini Mitha & Chino berangkat ke Bali untuk honeymoon diorang. Kitorang pulak flight malam untuk balik ke KL. Okay sebelum nak khatamkan entry Jakarta ni, korang kenalah baca dari day 1 barulah tahu hujung pangkal cerita kan. Boleh refer kat link - link bawah ni ha.
Bangun pagi-pagi Mitha dah nak checkout dulu sebab diorang punya flight ke Bali, tengahari. So peluk cium peluk cium, Mitha dan Chino pun pergi.. Kitorang pun bersiap na checkout jugak. Harini demam Ieqa dah okay sikit da. Alhamdulillah.
Lepas checkout kitorang terus pergi Thamrin City sebelum nak balik KL. Yes last round shopping. Memang betul lah orang cakap, Jakarta Bandung ni syurga shopping barang murah giler. Owh ye, mase mule-mule sampai Thamrin ni itorang pergi makan dulu.Tapi sayang, lupe ape name restoran tu, makan dia sedap sangat. Ye betul sepanjang jat Indon ni semua dapat makan makanan yang best-best. Lepas habis shopping singgah Aryaduta Hotel then terus gi airport and fly to KL. And we miss us again....
Itu je rasenya cerita untuk last day kat Jakarta ni. Tak banyak sangat aktiviti..And yes sangat-sangat kenangan manis trip bersama bff yang betul-betul bff. Thanks untuk Mitha, Chino, Dhika and family Mitha yang banyak support kiotrang sepanjang ada kat Jakarta, Indonesia. Diorang ni semua sangat-sangat baik. Okay itu je kot..Bye korang, dah habis entry Jakarta. Next trip pulak.....
Okay.Macam yang dah bagitau dekat post entry Day 3, hari ke empat kat Indonesia ni, more kepada friendship trip. Iye, kami dan pengantin baru ke Bandung. Happy moment even harini Ieqa dah start demam teruk.. Tapi still the best moment.
Bangun pagi check out dari Aryaduta Hotel. Tapi barang2 kitorang simpan kat lobby hotel je, so bermulalah perjalan ke Bandung, Indonesia dengan tujuan utama adalah Enjoy & Shopping! We are ready to go....
Kitorang pergi Bandung ni balik hari je sebab esoknya si pengantin baru nak hornymoon kat Bali dah dan kitorang nak balik KL dah. So masa pergi Bandung ni kitorang singgah makan dulu kat satu kedai ni.ampun lupa letaknya kat mana kedai ni. Yang penting before sampai Bandunglah .Makanan seroiusly tek pernah rasa kat Malaysia.Sedap sangat.
Okay dah kenyang perut masingmasing, perjalanan diteruskan ke Bandung dan destinasi pertama adalah kat Tangkuban Perahu. Rasanya sini adalah tempat wajin orang akan pergi kalau datang Bandung ni kan. Tapak tempat gunung berapi kalau tak silap.Tempat ni sejuk sangat. Scenery pun cantik. Aktiviti utama kat sini adalah bergambar!
Lepas sakan bergambar kat Tangkuban Perahu ni, kitorang gerak pergi beli-beli barang. Mula-mula planning nak tidur Bandung, finally decide tak jadi tidur Bandung sebab nak memudahkan urusan esok masing-masing nak naik flight. So focus nak cari hotel terus dilupakan dan terus shopping..Barang branded tapi murah, semua orang pun tahu kat mane, RUMAH MODE lah. Mula-mula ambik sehelai, pastu ambik lagi dan lagi dan lagi...Memang Bandung ni syura kaki shopping.
Kat sini kitorang stop agak lame jugaklah. Since Ieqa demam panas tak larat nak jalan sangat, kitorang lepak kat cafe situ je. Ieqa pun tidur yang lain-lain shopping, makan, bergambar dan omong kosong. Fun sangat.Rindu okay!
Balik dari Rumah Mode, kitorang ada singgah satu tempat ni, kedai tepi-tepi jalan.Best jugak tapi sayang, dah terlupa nama tempat tu. Lepas habis beli barang situ baru gerak balik Jakarta.Tempoh perjalanan adelah dalam 2 jam lebih camtu dari Bandung ke Jakarta. Owh si Mitha suggest untuk kitorang try Hoka-Hoka Bento . Macam fast food makanan Jepun. Okay kitorang take away 2 set. Ada cerita juga disebalik makan Hoka Hoka Bento nieh.Haha... takkan lupe punye. Biarlah kami je yang tau.
Sampai Jakarta kitorang checkin Fave Hotel, dekat dengan Thamrin City. Hotel budget tapi okayla.Selesa je. Pastu dekat dengan town. Memang saje pilih situ sebab esoknya planning nak shopping round 2 kat Tanah Abang sebelum balik KL. Okay dah habis cerita day 4 ni. Nanti cerita last day kat Jakarta pulak....
Sekarang dah sampai hari ketiga Dilla kat Jakarta. Korang dah baca hari pertama dengan kedua dah? Kalau belum boleh baca dekat link kat bawah ni okay :
Okay kitorang still dekat Aryaduta Suite Hotel dan hari ketiga ni lah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Mitha - Chino bestfriend yang (jauh di mata dekat di hati - Jauh-jauh tapi gaduh tetap gaduh. "gaduh manja poyo" ) Actually orang Jakarta ni bagus-bagus tau sebab diorang bangun pagi awal. Sampaikan sedara Mitha hantar breakfast pun kitorang tak perasan bunyi loceng. Ya ampun......tidur nyenyak dek kerana katil masing-masing super best giler. (Penat actually, haha) Owh ye, second round sedara Mitha datang bilik kitorang balik, baru Dilla tersedar, diorang pass breakfast yang diorang beli kat kitorang. NASI UDUK pun sedap jugak makanan ni. Nasi uduk ni lebih kurang macam nasi lemak kat Malaysia tapi lain sikit.Dia makan dengan sambal pastu ada keropok. Sedap! Ya ampun, kitorang kat sane memang jimat bab makan, transport dengan tempat tinggal sebab 90% disponsor Mitha & family. (Thank you guys. infinity times appreciate it)
Sumber : Google Nasi Uduk
Okay lepas semua bersiap, dah breakfast nasi uduk best, kitorang turun ke dewan kat dalam hotel tu jugak untuk attend majlis akad nikah Mitha & Chino. Seriously awesome majlis tu. Memang lainlah dengan cara kita kat Malaysia ni. Again, experience mungkin sekali seumur hidup untuk attend majlis adat istiadat perkahwinan Jawa ni. (Unforgettable!) Kitorang sampai lambat. Ahaha.. Dah terbiasa bangun ikut waktu Malaysia. Padahal kat Jakarta tu awal sejam dari Malaysia ni ha. Sampai-sampai je dewan, majlis dah start dah. Again, kat sini adegan tangis menangis semua lengkap. Touching sekejap. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je, Mama Mitha sah menjadi si isteri semok buat Papa Chino. LAju gile okay Chino lafaz nikah tu.Semua tergelak...Hahaha.. Lepas tu semua happy.Yeay :)
Selesai upacara akad nikah, kitorang ke TANAH ABANG untuk Shopping! Yeay.. Kali ni memang seriously shopping kaw-kaw. Harga? Memang seriously murah-murah tersangat. Baju cantik-cantik murah pulak tu. Masa datang sini terus otak ligat nak buat bisnes,amek stok kat sini.haha..... (Alhamdulillah niat tu, terlaksana) Nak share dengan korang something, ada satu kain batik yang dah berjahit design kain duyung pastu ada beadings cantik Dilla beli kat Tanah Abang harga cuma RM17 camtu. Kat Malaysia, masa Hari Raya haritu tengok orang jual RM50.See.....Nampak bezanya tu kan. Best shopping kat sini.Since kitorang pergi 6 orang, so kitorang berpecah dan set time nak jumpa balik. So, bila dah cukup time tu semua tangan dah penuh ye masing-masing. Seronok!
Balik hotel, terus dapat call dari Mitha untuk kitorang bersiap untuk reception ceremony pulak. And yes, reception adat Jawa yang memang awesome. Reception ni buat belah malam kat hall building lain. (Lupe ape name tempat tu, sorry) Dan...dan...dan... kitorang pun dimekapkan ala-ala orang jawa.Experience baru lagi.Seronok bertingkek-tingkek! Okay dah siap semua jom ke reception ceremony...
Ting! Cewek-cewek Indon Jawa in da house!! Yang 2 orang tu dah nak balik KL ye sebab salah beli tix flight :P
Okay kat Indonesia ni majlis perkahwinan diorang tak sama macam kat Malaysia ni tau.Diorang macam ala-ala makan berdiri / atas kerusi je. Diorang memang takde providekan meja tapi kat hujung / tepi dewan ada kerusi untuk guest duduk. New experience lagi. Makanan malam tu semua best, majlis pun best sangat. Kitorang karaoke, makan, gossip, menari semua lah. Seronok to the max! Again majlis resepsi yang teratur dengan adat istiadat Jawa. Bagus betul kan family Mitha ni. Decoration dewan pun cantik sangat. Suke!
Kitorang stay sampai habis event. Have fun tersangat even dah lewat malam. Pastu balik hotel. Kat hotel, actually kitorang ada prank untuk Mitha ni. Kelakar giler okay.Hahaha..Prank ape?Prank pengantin baru lah...Hahahaha Seronok kenakan pengantin baru ni. Okay, biarkan pengantin baru dengan malam pertamanya, kitorang rest sebab esok pagi travel ke Bandung pulak. Yeay! Korang tunggu entry Jaarta Trip : Day 4 pulak tau.Best wa cakap lu.....
Okay dah habis cerita hari pertama kat Jakarta, sekarang ni untuk hari kedua pulak ye. Kalau belum baca post hari pertama, gi baca dulu kat link bawah ni :
Okay hari kedua ni aktiviti pagi-pagi kitorang pergi spa dulu. Tapi si Nomon ngan Laila tak ikut. Diorang choose tidur dari pergi massage. Owh ye, Pak Yaya yang bawak kitorang sepanjang kat Jakarta tu memang sharp on time. Pagi-pagi sebelum spa bukak kitorang dah sampai. Bagus jugak, kitorang jalan-jalan dulu kat mall yang dekat-dekat dengan spa ni. Makan makanan yang diorang jual atas motor tu, so far semua makanan yang kitorang makan kat sane, BEST! Tapi, tak ingat ape nama makanan-makanan tu. Shopping sikit kat mall sebelum pergi kat spa untuk urut-urut sedap.
Spa Bersih Sehat : Full body massage RM30 sahaja ye
Servis tip top punya best spa diorang even murah sangat. Dah siap semua, balik chalet balik untuk bersiap ke upacara adat istiadat Jawa untuk wedding Mitha & Chino. Kitorang terus packing barang sebab hari kedua dan seterusnya kitorang akan stay kat hotel. So Pak Yaya tunggu kitorang bersiap untuk bawak kitorang ke rumah Mitha balik. Tapi, lupa nak bagi tips lebih kat diorang.hahaha....
Okay, istiadat jawa ni memang family Mitha ikut satu-satu step by step tau. Menarik sangat sebab tak pernah pun tengok atau attend event camtu. Best sangat dapat peluang macam tu. Memang dari tengahari sampai malam sehari sebelum hari nikah, pengantin perempuan akan lalui banyak proses-proses sebelum family 'lepaskan' diorang kat husband.Kalau cerita details satu-satu istiadat jawa, rasanya mungkin sampai ke esok pun korang tak habis baca kan? So Dilla akan buat sinopsis je dengan upacara-upacara adat istiadat Jawa sebelum kahwin ni tau.
- PENGAJIAN-
Upacara pengajian ni lebih kurang macam upacara tadarus Al-Quran kat Malaysia ni. Diorang mengaji, berselawat, lebih kurang macam marhaban (perempuan). Akhir sekali, diorang macam ada satu lafaz penyerahan dari parents Mitha ni. Time ni memang menangis lah kan. Sedih kot nak lepaskan anak perempuan yang selama ni dah 25 tahun diorang jaga. Lepas tu, lafaz dari Mitha pulak macam ucapan terima kasih dan janji selama diorang menjaga Mitha. Mintak-mintak ampun semua tu la. Kalau kat Malaysia ni, lebih kurang macam upacara lafaz sakinah. Tapi kat sana lagi tersentuh.
- SIRAMAN -
Dalam upacara siraman ni macam family members akan mandikan pengantin perempuan, Mitha ni dengan air-air bunga yang diorang buat. Masa ni sangat touching. Macam seolah-olah last time parent & family mandikan anak perempuan diorang sebelum diserahkan kepada suami diorangla. Pastu last sekali, air siraman tu diorang akan letak dalam botol dan serahkan kepada wakil pihak pengantin lelaki, so maknanye pengantin lelaki, Chino kena mandi campur dengan air siraman dari pihak pengantin perempuan ni jugak la.
- MIDODARENI -
Okay upacara yang ni je takde adegan sedih-sedih sangat. Semua happy je.Siap record harlem shake lagi family Mitha ni. Kitorang pun ade yang join.Haha..So funnny. Midodareni ni macam suapan terahir dari parents Mitha untuk Mitha la. Yang upacara ni aku rasa Mitha cantik sangat. Baju & Mekap dia semua la.Sweet sangat untuk event ni. Owh ye, tahap kepekatan hitam kat bahagian kepala pengantin perempuan pun ada maksudnya tau. Tapi Dilla lupa..hehe.. Tapi cantik kan Mitha masa ni.
Tak sempat habis upacara, kitorang mintak izin nak balik hotel dek kerana penat sangat seharian aktiviti harini. Tapi sebelum sampai hotel, kitorang singgah dekat mall area hotel tu. Ape lagi? Shopping! hahaha. Heaven sangat kat negara orang shopping giler-giler. Dah penat sampai takde mood nak berjalan baru balik hotel. Owh ye, first night kitorang tido chalet kan, tapi malam kedua dan ketiga kitorang stay kat ARYADUTA SUITE HOTELyang serius superb. Suite okay bukan bilik biasa and yes again, disponsor family Mitha... Thank you all..Diorang sangat baik okay.so dah, jangan nak pandang serong / bukan-bukan kat orang lain selagi tak kenal diorang sebetulnya.
Okay rasenya sampai sini ye episod kedua Jakarta Trip.So kena tunggu Jakarta Trip : Day 3 pulak sebab resepsi Mitha & Chino pun menarik dan lagi awesome tau. Stay tuned cutie~~~
Last but not least, raw video recording untuk Harlem Shake dari Mitha's siblings and friends.Sumpah kelakar.Happy watching love (^_^)
Ini entry panjang dan banyak gambar tau. Sebenarnya trip ke Jakarta ni bulan April 2013 haritu. Tapi disebabkan sebelum ni Dilla busy so tak dapat nak terus update. Dan sekarang ni tengah free sikit (kot) so bolehla share experience kat Jakarta haritu kan.
Tujuan utama kitorang ke Jakarta adalah sebab nak attend wedding day one of our bff yang nun jauh di Jakarta tu (Paramitha & Chino) Di sebabkan banyak sangat cerita best-best yang nak dikongsi, so Dilla akan update day by day ye InsyaAllah :)
Kitorang ke Jakarta masa tu naik Lions Air dan my review is sangat best. Dah lah harga tix flight murah mengalahkan AirAsia, plus naik kat KLIA yang memang lagi selesa. Tempat duduk dalam Lions Air pun lagi selesa dari AirAsia. Terbaik lah! Memang lepas ni nak ke Indonesia naik Lions Air je kot. Okay, kitorang naik first flight waktu pagi haritu. Masing-masing family yang hantar kat Airport sebelum Subuh. Bila semua family dah balik, sessi photoshoot pun bermula tak hengat dunia.Yela, first time vacation same-same oversea tu dengan kesayangan-kesayangan.
Sampai je Jakarta, ada driver si Mitha ni, (nama Pak Yaya) dah tunggu kitorang kat airport sambil pegang nama, wah..terasa VIP sangat masa ni, tapi sebab penat baru bangun tido masa tu lapar jugak, so takde gambar masa kat airport Jakarta. Sessi bergambar diteruskan masa dalam kereta kitorang gi makan makanan padang yang best dulu then menuju ke NATIONAL MONUMEN INDONESIA (MONAS) dulu untuk jalan-jalan. MONAS ni macam tempat bersejarah diorang jugak kalau tak silap. Takde banyak aktiviti sangat selain bergambar lepas tu ada orang jual-jual cam makanan dengan souvenir.Yang penting, murah
Habis jalan-jalan kat MONAS, kitorang terus ke THAMRIN CITY. Sampai sini je terus shopping mode turn ON even badan dah penat. Seriously barang kat sini sangat-sangat murah. Baju, telekung, kasut, tudung..eh macam-macamlah. Tapi,first thing yang kitorang cari adalah simcard dengan pulsa supaya dapat internet access. Cuma siapa yang pakai BB tu macam susah sikit nak setting internet dia. So dah dapat simcard, pulsa, internet access, terus call family nak bagitau dah sampai. Almaklumlah kami ni jauh di perantauan, baru setengah hari pergi semua stok dah rindu family. Eleh, tapi tu mula-mula sampai je. Bila dah start mood berjimba, mula lah tak ingat dunia.
Bila energy level semua dah betul-betul weak, kitorang request kat Pak Yaya tu cakap nak balik hotel. Eh, first day tu kitorang tak tido hotel.Kitorang tido chalet yang best dan cantik tau. Dekat dengan rumah Mitha tu. Sebab esoknya nak pergi rumah Mitha untuk upacara adat-adat orang Jawa sebelum bernikah. (Part yang sangat menarik kalau korang nak tau, tunggu trip Day 2 ye =]) Rest kat bilik, lepas Maghrib camtu kitorang terus pergi rumah Mitha. Ye, baru nak jumpa Mitha bila malam okay. Oh ye, kat Jakarta malam dia cepat tau dari Malaysia ni
Sampai rumah Mitha, peluk-peluk kissing-kissing sebab rindu teramat sangat. Lama tak jumpa tau.Dekat setahun, yela..sebelum ni interaction just through email, whatsapp, twitter, fb eh semua media social networklah senang cakap. Pastu ngobrol-ngobrol, sesi luahan hati, jalan-jalan satu rumah, tengok hantaran and part paling best family dia jamu kitorang makan RAWON first attemp.Dia macam makan nasi dengan sup tapi lain sikit dan Sedap sangat..Seriously.... Ala...tetibe rindu pulak nak makan Rawon ni.
Thio : Niece Mitha yang super cute and active but smart!
Sumber : Google Rawon
Okay, dah lewat malam.Bakal pengantin pun dah nak tido sebab esok upacara adat istiadat diorang dah start kitorang pun balik chalet dan REST! Sekian habis cerita day 1 Jakarta Trip.
Sambungan Day 2 pulak nanti ye. Owh ye, kitorang pergi Jakarta ni seminggu, Dalam seminggu tu sehari ktorang pergi Bandung. Tunggu tau cerita sambungan...