Simptom Mengandung?




Semalam update kat facebook dah tau dah kenapa lately ni badan rasa penat sangat, tak selera makan, moody memanjang, nak marah je kejenye pastu pulak japgi tetibe nak nervous tak tau kenapa. 
So ada lah jugak yang duk tanya kat whatsapp lah, fb lah.......


Kan, bila baca balik perasan yang simpotom-simptom aku kat atas ni macam tanda-tanda awal orang mengandung. Dan aku pun macam 50-50 nak percaya ke arah tu sebab miss P tak datang pada hari yang sepatutnya... Tapi....


Rupanya tu sume tanda miss P nak datang. hahaha... Serba salah nak jawab kat orang yang bertanya. I memang camni, asal datang bulan je memang senggugut since belum kahwin lagi. Sampai dah beranak ni pun sama. Perut ni akan sakit dalam 2-3 hari jugak barulah nak OK.

So sapa lagi eh yang macam I ni?


Farewell Acu (Guardian Danish kat taska)

Korang tau kan setiap taska akan ada a few guardian yang akan jaga a numbers of kids kat taska tu.
Same goes to Taska Danish ni. Dan guardian Danish ni namanya Acu.
Tapi, pagi tadi masa hantar Danish kat taska, Ustazah cakap Acu dah berhenti. T__T
Waa......tak sangka nya..Sebab Jumaat haritu masa ambil Danish dia tak bagitau apa-apa pun yang tu last day dia.



Sebenarnya concern dengan Danish tu. Yela, dia dah serasi dengan Acu tu. Tiba-tiba Acu dah berhenti, dan orang baru yang ganti Danish tu tentulah take time untuk dia dan Danish itself untuk serasi balik. Plus, sepanjang Danish dibawah jagaan Acu tu memang boleh nampak yang Acu tu jaga Danish dengan baik.. Tak semua orang akan macam tu kan.

Tapi takpe, buat masa ni, cuba positifkan diri dan bagi peluang untuk orang baru yang handle Danish ni. Kita tengok camne peginya nanti. Harap-harap semuanya baik-baik. Serahkan Danish supaya sentiasa dilindungiNya.

So, we just give a try. Mama loves you Danish :)


Happy birthday Mak & Arwah Ain

Kita hanya merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.






Harini birthday mak yang ke-50
Semua ucapan dan doa yang terbaik untuk mak dah pun terucap.
We love you mak.






Dan yang paling bermakna dalam hidup mak dan kami sekeluarga, harini jugak birthday arwah Nurul Ain. Anak mak yang ke 5 dan adik I yang ke 4. Cantik aturan Allah. Arwah lahir sama tarikh dengan mak. :') Sempat hidup lebih kurang seminggu. Tapi Allah lebih sayangkan Ain, dan mak abah dah hantar Ain ke tempat yang paling baik dan menjadi impian semua manusia.Syurga. 

Alhamdulillah..Kami yakin Ain tengok kami dari sana, dan dia pun tengah berseronok dalam Syurga tu.
Rindu, walau berkesempatan jumpa beberapa hari tapi sempat riba walau sekejap sebelum dikafankan. Rindu.

Ingat lagi masa pemergian arwah, semuanya nampak tenang. Arwah nampak sangat suci bersih macam tidur je. Ya Allah, ahli syurga....


Kalau arwah masih ada, dah umur 18 tahun adik kak long ni. Tengah remaja.
Alfatihah untuk arwah Nurul Ain binti Saipol Bahari.

Alkisah Taska untuk Danish

Kali ni nak share pasal pengalaman hantar si anak teruna I yang sorang tu, Danish ke taska. Masa baby-baby dulu tak pernah terfikir pun nak hantar Danish gi taska sebab faktor banyaknya news-news yang tak berapa nak best kita sebagai parents ni dengar.Dera la, bagi ubat tidur lah, makan makanan tak sihat lah, macam-macam lah. So atas sebab cerita-cerita tu suma, sebelum ni Danish memang duduk dengan pengasuh dan pengasuh tu pulak memang jaga Danish sorang je masa tu. Rezeki, Alhamdulillah.





Nak dijadikan cerita, pengasuh Danish tu mengandung dan bersalin bulan Februari.So, dia bagitau nak cuti 2 bulan untuk Februari dan April untuk berpantang. Pulak dah~~~ Danish sapa nak jaga ni ??? Dalam tempoh mencari ni, merata jugak tumpangkan Danish. Amik cuti pun boleh tahan sementara nak dapatkan tempat baru untuk Danish.





Masa dah dekat-dekat time pengasuh nak berhenti memang agak haru jugak fikirkan mana nak anta Danish. Berhenti kerja ke? Hati memang agak tak tenang waktu. Start survey pengasuh baru which I tak berapa nak berkenan sangat hantar kat pengasuh yang  tak kenal. Yer, memang dari dulu I ada satu sifat negative thinker and insecure. Kalau boleh semuanya nak nampak selamat.





Dah post kat kelab pengasuh malaysia, ramai jugak yang PM cakap sudi jadi pengasuh sementara. Dan bile I tengok profile diorang, yes nampak berpengalaman. Tapiiiiiii I tak kenal. So, memang berbelah bagi masa tu.

Then try nasib survey nurserry. Dekat area office ni nurserry boleh dikatakan semuanya starting rate RM700 sebulan untuk 2tahun ke bawah. RM1000 sebulan pun ada. Sebab Chinese operator, stok anak Cina, Mat Saleh and upper class family lah. Nurserry tu pun memang tiptop lah tapi. Jauh beza dengan nursery yang biasa kita tengok dengan operator melayu ni. Cari pulak dekat area Damansara Damai, Saujana Damansara & Desa Riang. Tanya kat group member dalam whatsapp. Doa tak putus-putus mintak Allah bagi jawapan terbaik.


 



Alhamdulillah, setelah I survey through telefon dan pergi sendiri beberapa nurserry. Akhirnya I decide hantar Danish kat IQ Pintar Taska&Transit. Taska ni kat Saujana Damansara. Baru je bukak January 2016 dan berdaftar di bawah JKM. (Penting!) keadaan dalam dan luar taska pun bersih, selesa dan selamat in shaa Allah.

So far Alhamdulillah sepanjang nak masuk 3 bulan Danish duduk sini, dia makin serasi. Siap dah ada kawan baik jugak. Cikgu dan ustazah kat sini in shaa Allah boleh dipercayai. Kita boleh rasa sendiri instinct kita sebagai mama. OK ke anak kita dan apa yang tak kena dengan diorang kan. Alhamdulillah... Cikgu-cikgu pun selalu update kat whatsapp apa budak-budak ni buat. Setakat ni berpuas hati sangat dan harapnya semuanya baik-baik sepanjang Danish kat sana. Yang penting doa seorang ibu tiada hijabnya dan sentiasa bersangka baik dan mesti ada perasaan berhati-hati.

Dan sekarang Danish akan duduk Taska terus.