Pernah Tak #1




Pernah tak korang terfikir camne ye life kita masa dalam perut mak. That time kan kita dah consider hidup. Tapi tak pernah pun terfikir camne rasanya duk dalam tu yang ruang hanya sebesar perut tu je. Amazing kan bila fikir-fikir balik. 



Tak pasti nak rindu ke tak zaman mengandung.. Hihi


Even life kita masa baby pun kita dah tak ingat, inikan pulak life dalam perut. 




Tips Menyusu (Breastfeeding)

Mummy-mummy semua mesti ada impian nak menyusukan si comel kita tu sekurang-kurangnya 6 bulan dan kalau ada rezeki lebih nak sampai 2 tahun kan. Same!!
Tapi ada tau, mummy-mummy yang tak berkesempatan nak susukan si comel atas sebab-sebab tertentu. Please... Please..... Jangan compare kan kita dengan orang lain. Okay, I nak share pengalaman I menyusukan Danish fully breastmilk sampai sekarang, umur Danish setahun setengah. Alhamdulillah. Tapi, ini tips ni 100% pengalaman I sendiri tau. Selain share dengan korang yang baca, boleh la I buat reference untuk next-next generation I :)




Membaca -Masa mula-mula pregnant, I TAK TAHU LANGSUNG pasal menyusu ni dan tak tahu pun yang kia digalakkan menyusu at least 6 bulan. Lucky my colleague, Sharon share info ni dengan I. Start dari tu, I baca artikel pasal breastfeeding through buku-buku parenting dan internet of course. Then I found that Islam sangat menggalakkan ibu untuk menyusukan anak sampai umur 2 tahun.

Niat - Lepas tahu sikit info pasal breastfeeding, then I pasang niat nak fully breastfeed my coming baby (on that time). Tekad sangat nak menyusu sampai 6 bulan at least.

Urutan - Urutan miss B I start buat since 3rd termister dan tak lama lepas tu, I macam perasan macam ada susu start keluar. Sikit je lah tapi. Masa tu rasa macam...WOW! sangat.

Breastfeed Secepat Mungkin - Lepas je bersalin terus susukan baby. Tapi mine is normal delivery, I tak sure ceaserian camna perjalanan dia.



Supply and Demand - Selalu percaya selagi anak kita nak menyusu selagi tu kita ada susu. Ramai yang 'kalah' kat sini sebenarnya. Takpe, we know what's the best for our love one. Part ni termasuklah pumping dekat office ke



Jangan Give Up - Terpaling penting..Walau se-stress mana pun kita, walau sepenat mana pun kita, walau se-down mana pun kita, teruskan menyusu. teruskan pump dekat office. Walaupun susu korang drop ke, nipple sakit ke, luka ke, lapar ke. Teruskan!



Jangan Compare dengan Ibu lain - Simple. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Lain badan, lain rezeki. Kalau sebagai pembakar semangat takpe. Kalau untuk buatkan diri sendiri down, tak yah.


Okay rasanya ni je kot tips yang I amalkan. Tak termasuk jaga makan sebab I selalu cheat that part. Ni camna I maintain susukan Danish sampai sekarang. Tak termasuk halangan cubaan sepanjang menyusukan Danish ni. Nampak simple, senang.Tapi hakikatnya..... Tapi itu nanti next-next entry lah kita story eh. 

SUSU IBU IS THE BEST!




Simptom Mengandung?




Semalam update kat facebook dah tau dah kenapa lately ni badan rasa penat sangat, tak selera makan, moody memanjang, nak marah je kejenye pastu pulak japgi tetibe nak nervous tak tau kenapa. 
So ada lah jugak yang duk tanya kat whatsapp lah, fb lah.......


Kan, bila baca balik perasan yang simpotom-simptom aku kat atas ni macam tanda-tanda awal orang mengandung. Dan aku pun macam 50-50 nak percaya ke arah tu sebab miss P tak datang pada hari yang sepatutnya... Tapi....


Rupanya tu sume tanda miss P nak datang. hahaha... Serba salah nak jawab kat orang yang bertanya. I memang camni, asal datang bulan je memang senggugut since belum kahwin lagi. Sampai dah beranak ni pun sama. Perut ni akan sakit dalam 2-3 hari jugak barulah nak OK.

So sapa lagi eh yang macam I ni?


Farewell Acu (Guardian Danish kat taska)

Korang tau kan setiap taska akan ada a few guardian yang akan jaga a numbers of kids kat taska tu.
Same goes to Taska Danish ni. Dan guardian Danish ni namanya Acu.
Tapi, pagi tadi masa hantar Danish kat taska, Ustazah cakap Acu dah berhenti. T__T
Waa......tak sangka nya..Sebab Jumaat haritu masa ambil Danish dia tak bagitau apa-apa pun yang tu last day dia.



Sebenarnya concern dengan Danish tu. Yela, dia dah serasi dengan Acu tu. Tiba-tiba Acu dah berhenti, dan orang baru yang ganti Danish tu tentulah take time untuk dia dan Danish itself untuk serasi balik. Plus, sepanjang Danish dibawah jagaan Acu tu memang boleh nampak yang Acu tu jaga Danish dengan baik.. Tak semua orang akan macam tu kan.

Tapi takpe, buat masa ni, cuba positifkan diri dan bagi peluang untuk orang baru yang handle Danish ni. Kita tengok camne peginya nanti. Harap-harap semuanya baik-baik. Serahkan Danish supaya sentiasa dilindungiNya.

So, we just give a try. Mama loves you Danish :)