My Syawal Shawl Style

Dila ni bukanlah pandai pun sebenarnya lilit-lilit shawl ni. Masa mula-mula belajar pakai tudung pun, tudung sarung sekolah tu dulu. Pastu masuk asrama belajar pakai tudung bawal. First time belajar pakai shawl pun masa study kat Shah Alam. Masa tu rasa macam muka alien je bila pakai shawl. Awkward sangat tengok muka sendiri pakai shawl depan cermin. haha...

But well, usia mematangkan kita..ceehhh...haha..
Berkat tutorial-tutorial dari facebook, akhirnya raya tahun ni makin berani pakai shawl banyak-banyak style. Tapi, bila si buat tutorial ni cantik, lilitlah camne pun, memang cantik je nampak. Bila diri sendiri melilit ni rasa macam...........apehal tak sama cantik pun?? Pastu stress sendiri. Pastu bukak semua jarum dan brooch then lilit biase je sudahnya.

Entry kali ni saja nak simpan koleksi kenangan, kot-kot lah boleh jadi bahan bacaan untuk masa depan nanti. At least adalah jugak bukti yang diri ni rajin jugak melilit shawl. Jadi tak jadi, cantik tak cantik, sesuai tak sesuai, belakang cerita. Time raya kan, time ni lah pun nak dress-up lain dari yang lain sikit.





 






Ni je untuk seminggu raya. Kalau perasan ada 2 warna je. Ye, memang dua warna je shawl tahun ni. Coklat dengan Kelabu. Sehelai RM10.00 beli kat Shah Alam. Haha.. Padah shopping raya last minute. Tak dapat nak cari-cari lagi tudung sebab masa dah suntuk nak balik kampung. Sudahnya pakai je lah shawl biasa. Tapi OK what? hehe..

Post ni macam syok sendiri lah pulak. Semua gambar selfie je. Biarlah, memang nak simpan untuk buat kenangan sendiri pun :) Bye  










Kisah Raya 2016

Agak lama jugak tak update blog. Macam-macam jadi sebulan dua ni. Tapi kali ni kena update jugak untuk kenangan Raya 2016 ni.

#TeamRayaRumahMertua
#TeamRayaMelaka

Sape geng? Hehe....







Tema kami sekeluarga tahun ni, Peach. Cam biase belah mertua memang meriah. Cuma tahun ni macam kurang berjalan sikit sebab rumah-rumah yang nak diziarah tu pun pergi menziarah. Bertembung time. Hehe...Takpe, ade rezeki jumpa lagi next time ye.


Alhamdulillah..Seronok walaupun tekak pantai timur ku ni meronta-ronta nak tapai & ketupat palas especially tahun ni tapi belum dapat lagi so far.hehe.. Over.

Tahun ni macam eksaited nak sambut raya sebab si Danish dah besar sikit. Masa puasa haritu Danish tak sihat sampai admitted seminggu jugak la. So memang doa sungguh time raya Danish sihat. Alhamdulillah termakbul. Tapi husband cakap aku ni memang setiap tahun raya pun eksaited  




Seminggu jugak balik Melaka tahun ni. Sebelum balik KL haritu kami bertiga pusing-pusing bandar Melaka. Next entry kite cite.

Untuk semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin korang  




4 tahun dah kahwin

Alhamdulillah syukur sangat dah menjangkau ke tahun ke-4 usia pernikahan kitorang.
Sejujurnya tak senang nak lalui semua ni. Banyak jatuh bangun, susah senang, sakit perit, ketawa menangis..Tapi Alhamdulillah kitorang sama-sama pertahankan dan bertahan.





Actually bab-bab ingat tarikh anniversarry ni I memang failed. Tapi, my husband tak. Dia yang akan ingat ever year.Yes, every year dia akan ingat. I selalu confius hari ape I kahwin, yang I tau bulan May. Tahun pun lupa.

Al-kisahnya tahun ni pun I tersilap date sebenarnya. Hahaha...I ingat 25.May, so I dah excited wish malam tu kononnya nak jadi yang terawal la. My husband pulak macam takde perasaan je time tu.Since nak tidur dah, so I pun malas nak argue kenapa dia tak excited.
End up, esoknya bangun pagi tengok FB throwback, cis.............rupenya I nikah 26.May.2012....Waaa....camne boleh tersilap ni. Terus whatsapp mintak maaf kat husband. Haha.. dia gelakkan aje. Fine!









So malam 25.May tu I wish balik and we are having some pre-anniversarry dinner kat Burger Lava, Damansara Damai tu. For me, makan kat situ just OK. Sebab we all cepat muak sikit.Lepas makan perut sebu macam nak termuntah. Bukan sebab tak sedap tapi sebab muak banyak mayonis camtu kot. So kalau penggila cheese and mayonis bolehla lepak situ. Menarik kot presentation burger diorang.





26.May tu kitorang wish each other.And I takde prepare any hadiah pun... :) So esoknya masing-masing pergi kerja macam biasa. I busy gila tapi my husband keluar rumah a bit lambat dari I and Im not suspecting anything.
Part I paling excited dan terharu adalah, bila balik kerja nak masuk kereta (I drive sendiri) ada sekor bear dengan coklat dan flower bouquet kat seat driver..WHAT IS THIS!!!!!!I am so surprise. Thank you husband.










My husband bukan sejenis manusia yang macam ni and this is rare tau. Haha...never expecting this. Selalunya paling-paling pun kitorang having dinner kat luar. Tu je. But this is really touchable. I do appreciate it sangat-sangat.


Then malam tu having dinner bertiga dengan Danish sekali kat The Curve. So that's all untuk our 4th year anniversarry. NO vacation or any other plan sebab I super busy sekarang. Kerja menimbun, next week start paper final exam. Then nak prepare untuk puasa lagi. But I appreciate all things happened today. Alhamdulillah and its enough for me.








Jom counting untuk 5th year nikah anniversarry pulak sama-sama tau. 



Pray For Baby Azad T__T

Assalamualaikum.

Baby Azad Furqan bin Aneel, sekarang admitted kat Hospital Sultan Ismail, JB. First doctor suspect dia sakot shudder attack. Tapi bila buat further check doc cakap Baby Azad sakit Paroxysmal kinesigenic dyskinesia (PKD)





PKD penyakit yang sangat rare dan tiada ubat. Dia berkaitan dengan saraf dalam otak yang control sistem pergerakan kita. Allahuakbar... Kecik-kecik lagi dah diuji macam ni. Sayangnya Allah dekat Baby Azad.

Setakat sampai ke harini, ujian yang dah kena buat blood test, rakaman bacaan otak dan ambil sampel air tulang belakang. Sedih!

Semoga parents baby Azad iaitu my bff, Siti Hawa ni diberi kekuatan dan kesabaran untuk ujian kali ni. Semoga ada hikmah menanti masa akan datang. Keep strong both ibu Awe n baby Azad. I love you.


Mintak seminit sesape yang baca post ni untuk doakan kesejahteraan dan kesembuhan untuk baby Azad. Manalah tau ada antara doa kalian diangkatNya.