Al-Kisah Senggugut

Like seriously-lah senggugut kenapa sakit sangat eh? I have experienced this lama dah since sebelum kahwin. Then orang cakap lepas kahwin nanti akan hilang senggugut tu. So lepas kahwin rasa lega lah dengan harapan kata-kata tadi tu betul. Tapi, end up still sama jugak senggugut datang. Senggugut Dilla ni yang jenis sakit sampai tarik hujung jari kaki. Sometimes boleh krem kaki tau. Masa kena serang dengan senggugut ni memang tak boleh duk kat tempat sejuk (aircond, kipas...etc), else, akan lebih parah. Sebabtu lagi prefer kalau kena senggugut tu biarlah kat rumah. So boleh la lumur minyak panas satu badan.

Masa baru kahwin dulu, Dilla kan dapat rezeki anak tu lambat sikit. Dan kami pun pergi la consult pakar O&G kat KPJ. Then Dilla bagitau doc pasal senggugut, pregnancy..bla..bla.... So, doc pun scan and buatlah checkup-checkup dia. As usual, doc bagi ubat dan suruh makan kalau senggugut datang. Ubat tahan sakit lah tu (-_-) Doc cakap rahim semua OK. No cyst or apa-apa bendasing dalam rahim semua clear. No problem at all. Doc tu cakap biasa lepas bersalin akan hilanglah senggugut ni sebab masa bersalin nanti banyak urat akan putus, so lepas dah bersalin nanti dah takde senggugut dah.

And now, sekarang Danish dah nak masuk 2 tahun dah. And I still melayan senggugut everymonths (I syak, urat senggugut tak putus masa beranak haritu) do I need to layan this senggugut like forever???

Waaaaa...sakit tau. sakit sangat (tapi bersalin 100000000x lagi sakitlah of course). Nasiblah kat rumah Hafiz tolong urutkan kaki kalau time senggugut datang. Tapi.....ape ye cara nak hilangkan senggugut ni? Apa punca dia? Or memang betul ada masalah? Patut ke jumpa doctor untuk further checkup lagi?

















Danish tak nak makan

Lately ni Danish kurang selera makan. Most of the time, dia just makan sikit-sikit je compare dari sebelum-sebelum ni. Makan nasi pun sesuap dua pastu dah taknak. Buah pun sama. Sebelum ni ada bagi makan bubur nasi, sebelum ni banyak jugak Danish makan, tapi pun tak jalan buat masa ni ha. Risau pulak. Tapi tak nampak pulak tanda-tanda dia lapar. Menyusu sama macam time-time sebelum ni. Haish.. Badan pun dah nampak susut. Tips-tips yang dah google macam tukar menu, hias cantik-cantik, pujuk, makan sama-sama semua dah try. Tapi semua pun tak jalan jugak.

Ada orang suggest bagi vitamin. So sekarang tengah survey-survey vitamin ape yang patut beli. Tapi semalam (21.8.2016) dah jumpa doctor, dan doctor suruh Danish try consume Vitamin C. So sekarang tengok lah dulu camne. Hopefully, selera Danish datang balik lah.


Kalau korang ada tips ke advise ke camne nak handle anak-anak hilang selera makan ni, bolehlah share eh :)


Birthday Celebration dekat Taska Danish

Kali ni birthday celebration owner nursery Danish ni pulak. Dioarang sambut biasa-biasa je. Tapi budak-budak sukelah mende camni kan.  Kek-kek semua ni. 




Alhamdulillah Danish masih di nursery yang sama. Even pengasuh silih berganti. Dilla stay kat sini sebab so far Danish dah ada kawan kat sini, environment bersih tu sebab utama Dilla taknak tukar. Setaka ni pun alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik. Cuma biasalah terlebih terkurang tu biasalah orang yang jage kan. Contohnya eh baju anak orang lain ade dalam beg kotor Danish, takpun Danish dipakaikan pampers siapa entah, padahal pampers Danish banyak je lagi dalam beg dia tu. Lagi satu bab batuk selsema demam tu normal lah da bercampur ramai-ramai kan. Benda kecik macam ni Dilla pun malas nak besar-besarkan. Tapi tak de pulak lebam sana sini ke ape. Danish pun setiap kali balik muka ceria je. Masa nak hantar pulak OK je dia. Takde la meronta-ronta taknak masuk ke ape setakat ni. Alhamdulillah...Lagipun taska ni tak ramai budak yang di ambik. So bagi Dilla agak selesa lah budak-budak ni kan. 






Eh nak cite haritu cikgu-cikgu share gambar kat group whatsapp parents taska ni ha. Diorang celebrate birthday owner taska (Kak Bie). Seronokla makan kek eh korang. Ade mummy yang bagi bunga jugak kat Kak Bie. Pastu diorang beli dunkin donut rasanye (based on borak-borak diorang kat whatsapp group)  Bawah ni ha cikgu-cikgu kat taska ni. Muda-muda lagi kan.







Pastu bergambar dengan ahli-ahli taska ni pulak. tu je la semua budak-budak kat sini. Even tak ramai tapi Dilla suka. Mungkin hanya akan tukar nurserry lain bila dah decide nak masukkan Danish ke playschool inshaaAllah next year kot. tengokla camne. Harapnya semua berjalan seperti yang dirancang lah. 





Semoga Kak Bie dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga terus sukses dengan sikap Kak Bie sekarang yang menyayangi anak-anak kami yang kami amanahkan di taska Kak Bie. Nama dan details taska terpaksalah tak didedahkan demi keselamatan bersama.heee



Love ;
Dilla







Shopping Kat ZALORA guna store credit je weh

Al-kisahnya haritu dapat reminder dari BIGPoint AirAsia suruh redeem point sebelum 31 Julai 2016. Kalau tak redeem, sudahnya point burned. Dilla pun ape lagi, disebabkan dalam masa terdekat ni takde lagi perancangan nak fly keman-mana or even nak book hotel mana puntak tau, nasiblah boleh convert point tu ke Zalora Store Credit. Yeays.. Laju-laju terus convert BIG Point ke ZAlora Store Credits. Dapatlah RM120.00. ok lah dari takde langsung kalau point kena burned kan.


Dan  dah selamatlah shopping kat Zalora ni ha. Beli blouse dengan wedges (again?) haha.. Terlebih RM5.90 so topap sendiri je lah RM5.90 ni. Puas hati. Harapnya Encik Hafiz tak bisinglah eh especially part kasut tu. 





So, korang kalau tak tau nak buat apa dengan BIG Point korang, boleh lah redeem dengan Zalora ni ek. At least dapat jugak feeling-feeling shopping barang free / harga murah bila dah tolak je dari Store Credit ni ha. Gituuuuu....



Love;
Dilla