Showing posts with label Braces. Show all posts
Showing posts with label Braces. Show all posts

Dah Pasang Braces


Setelah berkali-kali postponed, akhirnya semalam di hari jadi ke 28, berjaya Barces ON!. huhu .


Segannya nak share picture-picture sebelum pakai braces tu.
Tapi, sebab dah nekad nak simpan experience dan perjalanan pakai braces ni dalam blog. So, teruskan  share  kat sini.


First ni pakai light pink colour


Braces ni kos dia setakat ni  :
Full price : RM 5,500.00
Deposit : RM 999.00
Monthly : RM 150.00
Bite : RM 90 satu gigi


Braces Dila buat kat Medissa Dental Kota Damansara. Tapi scaling dengan X-Ray buat kat tempat lain. Sebab kat Medissa takde servis X-Ray tu. Scaling pulak long que nak menunggu. So Dila decide buat scaling kat luar jugak. Pasal scaling dengan X-Ray nanti Dila share eh. Post ni nak share pasal malam tadi yang pasang braces ni ha. Sementara fresh lagi ni ha.



Kenapa pilih Medissa Dental?
Sebelum decide nak buat kat mana, Dila memang survey macam-macam tempat tau nak pasang braces ni. Of course harga, deposit & monthly installment antara faktor penting nak ambil kira. Then location. Senang nak ulang alik tukar band setiap bulan.


So, semua faktor-faktor ni memang macam yang Dila nak. Antara yang termurah sebab harga RM5,500.00 je. Compare to other clinic yang ada sampai RM6,000 - RM8,000. Deposit pun murah je. So, senangla nak guna saving yang ada. Deposit kena bayar RM999.00. Ada clinic yang nak 50% deposit. huh! berpeluh nak bayar kalau banyak sekaligus camtu. 


Masa pasang braces malam tadi, ada kena pasang bite.

Bite tu macam dia nak tinggikan sikit gigi tu untuk braces atas ngan bawah, tak berlaga.

See ya next post. mmuahx








My Braces Journey : The very First Step

Hi Assalamualaikum korang....

Tau dah lama tak update kat blog ni.tahun lepas kot last entry.
Tapi kali ni, nak taknak kena jugak rajinkan diri create entry ni. Sebab? This is will be one of the most important memories in my life, ala-ala one of my bucket list gitu...




Tengok tajuk balik.
Yes.... InshaaAllah, Dila akan pakai braces.At last......
Kalau korang tanya kenapa Dila nak pakai braces, of course ada sebab yang kuat yang Dila tekad nak jugak buat braces ni. Kalau nak tayang gigi sekarang ni kat dalam ni memang tak la kot. Nanti-nanti la kalau dah tak segan, So far, gamabr keadaan gigi sekarang memang tersimpan baik untuk kenangan.


Okay, first step sebelum nak pakai braces ni, of survey klinik kat mana nak buat. A few factors kena ambil kira sebelum nak pilih klinik ni. Antara faktor yang penting :

  1. Kos braces : Setiap kes adalah berbeza. Setiap klinik pun  berbeza. So, kena rajin pilih, tanya, survey. Kena ambil tau jugak pakej, installment, deposit semua camne. So, make sure kos ni kena dan ikut kemampuan korang sendiri.
  2. Lokasi : PENTING! make sure lokasi klinik ni senang untuk korang datang ulang alik setiap bulan untuk follow up treatment. Kalau jauh, susah pulak nak pergi tiap-tiap bulan nanti.
So far, dua faktor ni memang penting sesangat untuk korang amik kira. Dan untuk Dila, selepas beberapa bulan survey, akhirnya Dila decide untuk buat braces ni kat Medissa Dental Clinic, Kota Damansara. Sebab within my budget, dekat dengan rumah. So, memenuhi kedua-dua kriteria terpenting ni. It's a bonus sebab dia bukak sampai mala. weekend pun bukak. So, senang nk gi follow up tiap-tiap bulan.

Details Medissa Dental Clinic:
Address: Jalan Nuri 7a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia




Kos buat braces kat sini :

Lepas diorang check gigi, so diorang suggest Dila samada nak guna Damon Braces atau braces yang biasa tu (tukar kaler getah tiap-tiap bulan). Untuk gigi Dila:


  1. Damon Braces = RM7,500.00 - Deposit RM3,00.00
  2. Traditional Braces = RM5,500 - Deposit RM999.00 



Deposit boleh bayar installment, tapi braces hanya dipasang selepas deposit settle tau.
Lepas settle deposit, tiap-tiap bulan installment RM150.00 je. Untuk dua-dua  jenis braces ni sama, tiap-tiap bulan RM150.00 installment.


Okay, agaknya cukup kot entry The very first step nak pakai braces ni. Nanti Dilla share 1st appointment pulak ye. Daa