Showing posts with label Pulau Redang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Redang. Show all posts

#Throwback 3hari 2malam Pulau Redang : Hari Kedua & Ketiga




Chop! sebelum korang baca post ni, korang kena make sure dah baca #throwback Hari Pertama kat Pulau Redang ni dulu. Mesti!


Ni dia view sebelum orang ramai sampai... 


Hari kedua kat Pulau Redang kitorang plan nak snorkelling dan dinner kat long beach since staff kat resort tu cakap kalau malam kat long beach banyak enterntaiment dan happening. So kita kasi try test tengok :)

Pagi-pagi lagi kitorang dah berangkat ke Marine Park untuk snorkelling. Yeay!! yang bestnya kami ni orang first yang sampai marine park pagi tu sebelum segerombolan rombongan dari long beach sampai. Tips eh untuk korang kalau nak gi snorkelling kat marine park ni better pergi pagi-pagi first trip. Sebab masa tu takda orang/ tak ramai orang. So korang boleh snorkelling dengan sorganya dan bergambar tanpa photobomb dari strangers. :) Dannnnnn jangan lupa bawak roti tau. Bagi ikan makan.

Seriously kat Marine Park Pulau Redang ni best gila. Air jernih bersih, pasir halus dan paling penting ikan-ikan dumenya friendly dan peramah. Serious tak tipu!! Kami celup kaki Danish je pun ramai dah ikan-ikan datang nak menonton kaki Danish yang somel tu. Ceh!

 


Suka!!! Takyah pakai gogle pun dah nampak banyak ikan. lagi-lagi feed diorang dengan roti..wahaa lagilah ramai ikan yang berminat nak datang. Nak snorkelling pegi ke tengah sikit untuk lagi banyak ikan-ikan yang pandai buat show macam tau-tau je korang memang datang nak melawat dorang sume. Tapi kami take turn la gi snorkelling tak bawak Danish. 

Bila dah ramai orang datang, kami dah puas pun bermesra dengan ikan ni suma. So, naik darat jalan-jalan pulak kat Marine Park. Puas hati!

Danish kepenatan main dengan ikan tadi 

Ni bila ramai dah sampai kat marine park. Photobomber is everywhere yet gambar still cantik!

Ada macam muzium hidupan laut kat Marine Park ni. Boleh masuk. Free aje, tak yah bayar pape pun. Kami je yang masuk time ni sebab orang tengah syok snorkellin, kami dah puas snorkelling time ni. Lagipun hari dah makin panas. Kalau Dilla ngan Hafiz je takpe je nak snorkelling, sebab ada Danish so kita berjalan pulak. Tapi puas dah snorkelling tadi tu.








Dah settle main kat marine park, balik bilik. Lunch, rehat dan tido. Owh ya ada satu kedai kopok lekor kat depan Redang Island Resort tu sedap gila. Gemok dan sedap. Petang tu bangun bersiap nak ke long beach pulak. Owh ya, even diorang satu pulau yang sama, memang kena naik bot jugak sebab memang takde jalan darat tau. Dan kena bayar jugak..heee.... Thats why kalau korang nak cut cost, boleh je terus stay kat long beach, sebab kat sana happening dan banyak kedai. Tapi takde private beach yang macam Dilla cite masa 1st day kitorang jumpa tu lah. :) Takde kedai kopok lekor sedap jugak..heeee~~

Kat long beach Pulau Redang ada banyak resort, kedai sourvenier, pub, kedai makan dan banyak lagi... Tapi kitorang sampai pun lewat petang dan memang bukan nak main air. So, banyak jalan-jalan masuk kedai souvenir, dinner bergambar. Tu je. Dannnn yang paling utama cari kedai yang ada buat BBQ!




Yes, ada satu gambar selfie :D



Jumpa penyu!!

Tengah jalan tepi pantai tu tengok ramai orang berkerumun, gi menyelit tengok rupanya beach boy buat mende ni.. kreatif !

Atas ni suma gambar sepanjang kat long beach. Pastu dinner dapat jugak satu kedai BBQ tapi tak snap! kat long beach banyak pub gitu. Pastu pasang music kuat-kuat sebab tu lah kat sini happening. Untuk korang kalau yang datang nak hiburan sesuai sangat duk kat area long beach ni.


 Ni je la gambar yang snap malam tu. Depan kedai BBQ. Nama kedai lupa tapi owner melayu..


Pas makan, tapau makanan, balik bilik. Tido... Habis dah hari kedua kat Pulau Redang kami..



Penat sangat ni.

Hari ketiga kami takda apa sangat. Setakat breakfast, swimming kat swimming pool resort, beli kopok lekor, round kampung untuk kali terakhir then check out. 






Budak kecik sorang ni memang seronok kalau dapat swimming. Dari umur 2 bulan dah masuk swimming pool. Sejak dah besar ni je da lama tak swimming. mama papa sibuk sangat. huh!

Habis dah cite Pulau Redang. Walaupun terlambat setahun, dapat jugaklah simpan dalam blog ni. Okay korang, kalau ada masa, ada rezeki, jangan lupa pergi tau Pulau 
Redang, Malaysia ni. Confirm tak menyesal. Pueh hati haih. Daaa.....



















#Throwback 3hari 2malam Pulau Redang : Hari pertama

Hai korang,

Post ni sebenarnya throwback tahun lepas.. Al maklumlah..Sebelum ni share kat Ig dengan fb je. So sejak bukak balik blog ni, haruslah share kat dalam blog pulak. So, 2-3 tahun dari sekarang bila baca blog boleh la senyum-senyum balik teringat cite lame :) Sama macam sekarang, bila baca balik post-post lama, rasa macammmmm wa, rindunye.

Okay straight to the point, sebenarnya dulu masa mengandungkan Danish, selalu lah pergi baby expo ni. Dan, nak dipendekkan cite lagi, kami dapat cabutan bertuah untuk pergi bercuti 3hari 2 malam. Alhamdulillah, rezeki Danish la tu.. hehe..... Tapi kena ingat tau, ni bukan percutian bajet ataupun tips-tips backpackers sebab pergi dengan anak kecik kan dan hotel pun disponsor. So Dilla share ni more kepada nak tunjuk camne rupanya Pulau Redang tu untuk sape yang tak pernah jejak lagi.

Sepanjang kat sana, memang mama je lah yang jadi fotografer.


Jadinya, ke Pulau Redang lah kami bertiga.. Masa tu umur Danish dalam 6 bulan kalau tak silap. So far, pergi pulau naik bot , naik motor, snorkelling semua sepanjang kat sana Danish takde masalah dan tak demam.. So, bercuti pun seronok je... 

Sepanjang kat sana, kami stay kat Redang Island Resort . Ini lah yang kami dapat masa cabutan bertuah tu. So far so good kat sini. Tenang, Rileks je. Suke environment kat sini. Sunyi dan mendamaikan. Sesuai untuk korang-korang yang more nak rileks santai tenangkan fikiran. Kalau yang nak banyak entertainment better stay kat area long beach :)

Ini lah bilik kami, tapi gambar amek dari Google :)

Area depan bilik . Lepak before jalan-jalan.

First day sampai tu aktiviti area resort ngan sewa motor gi jalan-jalan area kampung. Duk syok ronda-ronda kampung tetiba jumpa satu port yang subhanaAllah cantik sangat laut dia..view dia... Consider private beach la situ. Bukan tempat pelancong pun tapi kira rezeki kami lah jumpa port tu. Cantik yang amat sangat situ. Tapi susah nak explain sebab kami pun terjumpa masa ronda-ronda naik motor petang tu.


Danish baru nak pandai duduk time ni . 




Kan dah cakap, mama fotografer. So, dapat gambar bayang-bayang sendiri pun jadilah :)
See.....Cantik sangat-sangat.. suka. ada jugak 2-3 orang yang ada sini time tu. Maybe jugak orang-orang kampung situ. Takpun orang yang macam kami, terjumpa tanpa sengaja.

Dah puas main air situ, kami balik resort. Malam tu pi cari dinner kat area dalam kampung tu je. Saje nak try camtu taknak makan makanan hotel. Planning nak cari BBQ, tapi hampa. Owh ya, memalam tu pun kami naik motor ja. Nasiblah Danish OK takda pape.

Cukup panjang dah kot entry ni. Kita sambung lain pulak eh. See you all :)




Nota Kaki ; Budak pulau cakap, kalau nak pegi pulau pergilah antara April - Jun sebab tempoh tu masa pulau cantik... :)