Order :: Design Tq-tag sticker Zuai & Aidil

Iklan : Nak tahu idea terbaik untuk create memori terindah dengan bff? 



Assalamualaikum..Ingat tak entry lepas Dila ada update pasal rezeki yang tak disangka. Dila dapat peluang dan kepercayaan untuk buat tq tag sticker untuk majlis wedding. Alhamdulillah. Dan, tak sangka, Dila dah dapat customer kedua jugak pun.. Seronok sangat.


Okay Kali ni Dila nak sharekan  design untuk first customer Dila.
Zuai & Aidil


Diorang request nak guna ketiga-tiga design Dila ni sebab diorang suke sangat dengan kesemua draft yang Dila buat. Pheww...Nasib baik :) Sebenarnye Dila risau jugak kalau diorang tak puas hati. And now, happy sangat sebab orang suke dengan kerja kite..daaa. korang tengoklah pulak~~





Zuai & Aidil request tema warna purple pink
Okay tak?
Nanti Dila share pulak design 2nd customer Dila.




P/s : Kan dah cakap rezeki Dila tak same dengan orang lain, orang lain mungkin dapat lebih baik rezeki diorang tapi Dila percaya, DIA tahu yang terbaik untuk Dila
 
 













Mysterious light. True or not true?

Maybe Dila sedikit ketinggalan sebab baru nak kecoh pasal video cahaya misteri ni. Padahal orang lain semua dah kecoh dah tau dah pasal ni.. Well..takpe la nak share jugak untuk memenuhi entry-entry kat blog ni.


Ini video yang lori tu jalan kat highway kat Jerman kalau tak silap. Pastu ada cahaya dari atas pastu lori tu terangkat. Pelik macam UFO pun agak kot..entah.


Jom tengok sesapa yang belum tengok video pasal ni.. Interesting jugak sebab pelik bin ajaib gitu..
Layan~~





Dah tengok?
Teruja kan..
Rasa macam pelik kan??
Tapi ramai yang cakap ini video FAKE...Entah Dila pun tak sure betul ke tak...hehehe... So far so fun kan...menarik tertarik..









Bosan dengan line telefon korang yang sekarang..?? 
Cube plan CUN ni pulak.memang Cun lah klik --> Pelan CUN melecun




Rezeki

Bismillahirrahmannirrahim

Bisnes. Ye, memang Dila berminat dan teringin sangat nak berbisnes. Tapi kekangan masa dan modal buatkan impian untuk ke arah berbisnes ni  terbantut sikit. Tapi Dila percaya semuanya tak mustahil asalkan ada  
DOA,USAHA & TAWAKAL...  
Doakanlah Dila murah rezeki so dapatla berbisnes..hehe..Tapi Dila  takdela mimpi nak bukak bisnes besar-besar kan. Tapi! Kalau ada rezeki dan peluang..mestilah NAK!...hehehe


Ok ok..Jom cakap yang berkaitan dengan tajuk la ye.. 
Dila ada kakak sedara dan dia akan kahwin bulan 5 tahun ni and dia dah mintak tolong untuk buatkan tq-tag untuk majlis dia nanti..Heee~~ Dila suke sangat dapat peluang nak contribute something untuk majlis-majlis camni..seronok okay. Barulah rasa membantu.hihi..

Last week pulak dia mesej cakap kawan dia yang akan kahwin next month kot kalau tak silap Dila, nak order tq-tag sticker dari Dila. What?! mula-mula macam tak percaya dan taknak berharap sangat la. Tumbuk diri sendiri sebab rasa macam mimpi..tipu.hehe orang nak order okay.orang selain sedara mara...Syukur Alhamdulillah ni mungkin rezeki untuk Dila kan.

So, sebagai first customer, Dila bagi harga yang rasanya macam mustahil nak dapat dari order-order kat luar. Dila design and akan productionkan sekali tau.Dengan harga yang Dila letak tu rasanya sangat berbaloi. Okay..Dila dah pun siapkan a few design untuk diorag pilih mengikut citarasa yang diorang request tu. Hopefully diorang suke...

Thank you untuk semua yang support dan doakan Dila.Love yah!

Its Never Too Late To Start

Assalamualaikum..
Ade tak korang-korang ni yang dah kerja lepasan SPM ke Matriks ke sijil ke. Kalau korang berminat nak further study dalam peringkat Diploma tapi sayang nak berhenti kerja. So, why not korang belajar sambil bekerja.  So, after korang dah habis study nanti dalam masa yang sama, korang punya working experience pun dah bertambah jugak.So, tak rugi ape-ape kan? Ada working experience dan jugak kelulusan.

Which is Dila sangat percaya yang sekarang ni kalau kita nak cari kerja, company akan lebih prefer untuk mereka yang ada kelulusan dan jugak pengalaman kerja. So sekarang amacam? Ada bran nak  study part time? Kalau jawapan YA, Okay ini yang Dila nak suggestkan. 
Program Diploma Pengajian Separuh Masa UTM SPACE


Kalau takde apa-apa aktiviti penting on weekend, sekarang korang boleh la study. Ingat, ITS NEVER TOO LATE TO START! Tak kire la umur korang berapa pun. Jangan malu nak sambung study. Jangan pernah rasa terlambat ke ape ke. Okay.
 Nak tau tak, sekarang pun Dila further study part time tau. Tapi bukan diploma la.Dan nak tau, one of classmate Dila tu umur hampir sebaya mak ayah Dila okay,dalam 40-an macam tu.Tak tipu...See, Dila sangat salute dan bangga tau orang-orang macam ni.

So, kalau korang nak apply untuk Study Diploma separuh masa ni cara dia senang je sebab korang hanya perlu apply online boleh terus klik link kat bawah ni :

Okay good luck korang! Semoga berjaya~