Barbeku Angah dan geng Scrambler

Entry berhabuk dah ni sebenarnya.Tapi baru ada masa nak update.Owh ya, sebelum kite ber-barbeku, Dila nak update sikit perkembangan terbaru Dila. Sekarang pagi sampai petang,officially kerja. Balik kerja rehat sampai lepas Maghrib, sambung design takpun study sampai 2-3 pagi, baru tido.Esok pukul 6.30am bangun balik pastu ulang balik rutin harian tu.Weekend kelas full day. Masa untuk enjoy-enjoy sangatlah takde sekarang. Tapi suka dan syukur sangat dengan rezeki yang mencurah-curah sekarang. Okay dah habis pasal Dila (^_^)







Birthday Angah haritu buat barbeku je untuk kawan-kawan dia yang geng-geng scrambler dia. Simple party tapi havoc giler. Havoc sebab budak-budak sempoi giler. Sekali sekala best jugak join dorang ni actually...
malam yang memang sangat fun... Tapi jap..Korang janganla terlebih imagine barbeku ni macam formal sangat sebab barbeku kali ni memangla sangat tak formal dan simple tapi bermakna. 





Owh ye, barbeku ni pun Angah just setting dengan bebudak scrambler dia kat depan umah tepi jalan besar tempat kereta lalu lalang. Semangat sampai nak tutup jalan. Over..Ingat tu jalan abah?  haha... Ramai jugak datang malam tu.  Kecik besar muda tua semua ada..







Makanan so far semua cukup-cukup. Semua puas makan tak membazir. We are happy! 
Ade bunga api jugak malam tu dari kengkawan Angah.




Dan benda memang wajib everytime birthday party ada agaknye~~


Mengenang nasib di hari jadi..
hehehe..
So far, so fun...

Alhamdulillah everything going smooth.
Kengkawan geng scrambler diorang banyak membantu event ni jugak sebenarnya.
Sekian cerita dengan cara tak formal.



P/s: da lame entry terperap dalam draft sebenarnye




Selamat Bertunang Qaseh Aiera




One of sweet couple yang Diela kenal is Jack dan Mira. Kisah cinta encik pomen yang nampak ganas tapi sebenarnye sweet. Me like it :) Mira & Jack couple da lame and one step forward to be a hubby and wifey soon...yeay!



The day Mira dan Jack tunang, Diela kerja so tak dapat la nak join. Lucky Hafiz pergi untuk shoot diorang, so at least balik kerja laju-laju tengok gambar diorang dan terus sangat impress sebab sweet sangat okay engagement day diorang.


-Tahniah Mira & Jack!-





Engagement day sweet
Baju tunang cantik
Mekap cantik
Pelamin DIY sendiri cantik
Hantaran cantik
Dan gambar paling faveret Diela is.......


COMEL sangat!




Ad : Pre Loved Wedding Shoe



Persiapan Kahwin Simple




Ada sesiapa B2B kat sini tak? Yang mana ada nak jimat kos belanja dan takde kasut kahwin lagi, boleh la tengok kat PersiapanKahwinSimple . Ada sepasang kasut kahwin pre-loved tau. Masih lagi berkeadaan elok tu. Harga pun boleh runding lagi tu. Korang try la bodek-bodek admin PKS mintak best price lagi kan. Hehe...mane tau korang dapat lagi murah :)


Kasut bersaiz 5 (lima) dan pernah dipakai hanya ketika majlis akad nikah dan bersanding.






Harga asal : RM160
Harga jual : RM90 (boleh runding)



Berminat?
Email kami sekarang di : persiapankahwinsimple@gmail.com






Persiapan Kahwin Simple

Bismillahirrahmannirrahim

Firstly Dila nak announce pembukaan blog yang Dila sediakan khusus untuk kerja-kerja kahwin untuk semua bakal-bakal pengantin kat luar sane. So kat blog tu nanti semua servis yang Dila and team sediakan akan diupdate dan sebarang pertanyaan atau tempahan pun boleh rujuk kat blog tu jugak okay camne nak contact.

Keputusan Dila untuk buat blog baru tu adalah sebab tempahan dari tq-tag dah semakin bertambah dan Dila bercadang nak luaskan lagi servis untuk sesiapa yang nak kahwin. Jadi semuanya akan diupdate kat situ la ye. Kat blog ni kite cite yang personal-personal dan yang mengarut je. 
Jadi, awak-awak semua dialu-alukan untuk mempromote blog servis Dila ni terutamanya kepada brides to be (B2B) kat luar sana.


Semestinya blog tu lebih kepada Dila nak tolong B2B mane yang mampu. So, kalau nak Dila tolong korang dengan bog day korang, boleh la refer  kat blog tu nanti ye..
Okay, Dila launchkan :

persiapankahwinsimple.blogspot.com
Sebarang pertanyaan boleh email ke : persiapankahwinsimple@gmail.com ~nanti Dila / admin PKS akan reply and bantu korang. 


P/S: Blog Persiapan Kahwin Simple (PKS) still under beginning. Semua hasil kerja yang Dila buat akan update dari masa ke semasa..