Muka Baru Blog

Hai,

Disebabkan oleh baru reactivate blog, so adalah perlu untuk bagi baju baru untuk entire blog.
So, kalau dulu tema blog agak keanak-anakan, kali ni blog terjerumus ke arah lebih menunjukkan kematangan. Ceh, dah besar dah pun :)

Kali ni lebih kepada nak tidy and clean. Simple yet minimalis so nampak lebih kemas dan straight to the point apa yang nak diupdatekan tanpa banyak aksesori kiri dan kanan.
Weee~~~ seronoknye!









So far, suka dengan konsep baru blog ni. Putih. Bersih. Kemas.
Tapi sebenarnya macam teringin gak nak letak kartun-kartun blink-blink tu. Somel. Tengoklah nanti camner :)


Da...tu je nak update harini. Mmmuahx






Reactivate blog

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmannirrahim...
Setelah sekian lamanya, bertahun-tahun private blog untuk diri sendiri, akhirnya harini 5.04.2016 reactive balik blog until further notice :)

Dalam tempoh mendiamkan diri ni sebenarnya masih aktif blogwalking :D
Dan juga dalam tempoh mendiamkan diri ini juga lah bermacam-macam perjalanan hidup dah berlaku. Hehe...

Kenapa berblog balik?
Sebab RINDU nak menulis dan bermonolog sendiri kat sini. Yes, itu saje.rindu nak share dan save tips-tips dan pengalaman pahit manis sendiri.
Dan of course dengan izin si suami :)



Kalau dulu  mula-mula berblog, hidup sorang lagi. Tapi sekarang dah bertiga. Alhamdulillah.
Okay jumpa lagi next post ~~

Hikmah disebalik ujian



[ Orang tua ada berkata dalam perkahwinan akan ada 3 peringkat ujian. Ujian pertama pada bulan ke 4 perkahwinan, ujian ke dua pada tahun ke 2 perkahwinan dan ujian ke tiga pada usia suami 40 tahun. Ujian datang dalam berbagai bentuk samada masalah kewangan, gangguan mertua dan paling ngetop sekali adalah masalah curang samada isteri atau suami. Tak kurang banyak rumahtangga hancur di tengah jalan hanya dengan satu ujian sahaja dan ada juga rumahtangga yang bertahan walaupun diuji dengan berbagai ujian. ]

Aku anggap semua ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. DIA tidak akan menurunkan suatu ujian di luar kemampuan ku. Dan ya, aku sudah redha dan semakin jelas hikmah yang aku perolehi di sebalik ujian yang sangat hebat yang perlu aku lalui..sendiri...

Hikmahnya cinta dan sayangku pada dia semakin kuat. Semakin aku sedar betapa pentingnya insan bernama suami dalam hidupku. Betapa aku perlukan dia untuk menjadi kekuatan bagiku meneruskan hidup. Betapa aku perlu menjadi seorang yang lebih baik untuk terus kekal bahagia bersama dia. Betapa aku cintakannya... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..

"Kini ku mohon kau tetapkanlah dan cambahkanlah cinta kami, berikanlah kami sinar kebahagiaan. Satukan hati kami ya Allah.Dan jadikanlah kami yang terbaik antara satu sama lain..Sungguh aku cintakan dia."
















Hidup ini

hidup....
tak selalu berpihak kepada kita
tak selalu menjadi seperti yang diingini
tak selalu mudah diharungi
tak selalu terasa disayangi


di suatu saat
aku buntu.
buntu mencari jalan...
walau aku pasti ada jalan yang terbaik untuk ku lalui
tapi, yang ku lihat hanya jalan mati....yang sepi...

Hanya satu yang pasti, pulang kepada Ilahi yang hakiki