Penat

Sejak selepas dari cuti raya haritu memang terasa chaotic sangat life. Tahun ni amek short sem, seminggu kat JB haritu busy, kerja kat ofis dengan current project (RAPID) lagi sampai angkut si Danish ke ofis nak sambung keje sampai malam lagi, ni hujung bulan ni final exam dah start.Bulan depan (Raya haji) nak buat aqiqah si Danish lagi, ada kenduri kahwin kat kampung lagi.Wow sangat~~~



Whatever it is bersyukur dengan rezeki yang ada, well...rezeki tak semestinya duit kan. pengalaman, jatuh bangun, ilmu, masa even ujian semua tu pun rezeki. Alhamdulillah dengan semuanya. Tapi seriously rasa penat bukan setakat badan je dah ni tapi dah sampai tahap penat dah otak ni.Dasyat.

Hopefully dah selesai semua nanti, ada rezeki lebih-lebih sikit, ada masa...agak-agak mampu tak nak berehat tempat best sikit (holiday) hihi... Persetujuan Hafiz is needed.weee

Dah tu je nak ngadu. Penat.

Seminggu di Johor Bharu

Untuk yang tak tahu, Dilla amek pat time Degree kat UTM sekarang. Sebenarnya kalau nak ikutkan, dah masuk tahun ketiga dah pun. Tapi sebab mengandungkan Danish dengan alahan teruk dari awal sampai nak bersalin kerap keluar masuk hospital, so Dilla extend study dalam setahun setengah jugak la...
Naik je dari cuti bersalin tu, Danish kecik lagi masa tu, so amek 2 subjek je satu sem. Sekarang, Danish dah besar, so dah boleh la nak amek 3 subjek satu sem pun. Beza amek bilangan subjek tiap sem ni adalah waktu weekend memang takde ruang kosong langsung. Jadual kelas siang ke malam hokey. Tapi depends on lecturer jugak, ada yang habiskan kelas awal.



Okeyh, balik ke tajuk entry ni. Seminggu kat Johor Bharu, baru ni. Tapi bukan bercuti suka-suka ye. Dilla ada final lab kat UTM Skudai seminggu tu. Angkut sekali si Danish dengan papa dia ke sane sebagai teman..Ceh....haha.. Diorang bolehlah nak anggap bercuti, Dilla ni nan-hado...... Lab busy kot. Pagi ke malam jadualnye. Kalau dapat siapkan lab report cepat, dapatlah nak makan jauh sikit kat JB tu. Kalau tak, makan je la dalam UTM tu takpun kat Taman U. Eh tak pun kat depan hotel je.

Ni kali ke-2 dah diorang jadi peneman setia. Last year Danish baby lagi.. Sebenarnya tak sampai hati dan kesian tengok Hafiz ngan Danish jadi peneman ke sana. Tapi, apakan daya, si isteri / mama ni cengeng nak jugak diorang gi temankan. Heee.. Sebenarnya tak biasa berjauh lama-lama. Tak pernah pun tido malam takde Danish even sehari sejak dia lahir. Tu alasan sebenarnye. 


 









Apa-apa pun sangat hargai dengan pengorbanan Hafiz sepanjang seminggu kat sana. dari segi masa, duit, keringat..semua-semua lah. Dialah yang 24hrs jaga Danish, bawak makan. Hantar & amek Dilla ke/dari lab. Keluar masuk UTM. Amek bawak gi makan pastu masuk balik dan baaaaaaanyak lagi. Terima kasih awak :)


Sory sangat untuk kawan-kawan yang kat Johor ajak datang rumah tapi memang tak sempat. Jumaat malam Sabtu dah rushing balik Selangor balik dah sebab Sabtu tengahari ada kelas kat KL pulak. Waaaaa....ini lah rutin jadi part time student but full time worker, wife and mama. In shaa Allah pengorbanan sekarang akan ada hadiah untuk kami sekeluarga nanti. Chaiyok untuk diri sendiri!!




Love;
Dilla

My Syawal Shawl Style

Dila ni bukanlah pandai pun sebenarnya lilit-lilit shawl ni. Masa mula-mula belajar pakai tudung pun, tudung sarung sekolah tu dulu. Pastu masuk asrama belajar pakai tudung bawal. First time belajar pakai shawl pun masa study kat Shah Alam. Masa tu rasa macam muka alien je bila pakai shawl. Awkward sangat tengok muka sendiri pakai shawl depan cermin. haha...

But well, usia mematangkan kita..ceehhh...haha..
Berkat tutorial-tutorial dari facebook, akhirnya raya tahun ni makin berani pakai shawl banyak-banyak style. Tapi, bila si buat tutorial ni cantik, lilitlah camne pun, memang cantik je nampak. Bila diri sendiri melilit ni rasa macam...........apehal tak sama cantik pun?? Pastu stress sendiri. Pastu bukak semua jarum dan brooch then lilit biase je sudahnya.

Entry kali ni saja nak simpan koleksi kenangan, kot-kot lah boleh jadi bahan bacaan untuk masa depan nanti. At least adalah jugak bukti yang diri ni rajin jugak melilit shawl. Jadi tak jadi, cantik tak cantik, sesuai tak sesuai, belakang cerita. Time raya kan, time ni lah pun nak dress-up lain dari yang lain sikit.





 






Ni je untuk seminggu raya. Kalau perasan ada 2 warna je. Ye, memang dua warna je shawl tahun ni. Coklat dengan Kelabu. Sehelai RM10.00 beli kat Shah Alam. Haha.. Padah shopping raya last minute. Tak dapat nak cari-cari lagi tudung sebab masa dah suntuk nak balik kampung. Sudahnya pakai je lah shawl biasa. Tapi OK what? hehe..

Post ni macam syok sendiri lah pulak. Semua gambar selfie je. Biarlah, memang nak simpan untuk buat kenangan sendiri pun :) Bye  










Kisah Raya 2016

Agak lama jugak tak update blog. Macam-macam jadi sebulan dua ni. Tapi kali ni kena update jugak untuk kenangan Raya 2016 ni.

#TeamRayaRumahMertua
#TeamRayaMelaka

Sape geng? Hehe....







Tema kami sekeluarga tahun ni, Peach. Cam biase belah mertua memang meriah. Cuma tahun ni macam kurang berjalan sikit sebab rumah-rumah yang nak diziarah tu pun pergi menziarah. Bertembung time. Hehe...Takpe, ade rezeki jumpa lagi next time ye.


Alhamdulillah..Seronok walaupun tekak pantai timur ku ni meronta-ronta nak tapai & ketupat palas especially tahun ni tapi belum dapat lagi so far.hehe.. Over.

Tahun ni macam eksaited nak sambut raya sebab si Danish dah besar sikit. Masa puasa haritu Danish tak sihat sampai admitted seminggu jugak la. So memang doa sungguh time raya Danish sihat. Alhamdulillah termakbul. Tapi husband cakap aku ni memang setiap tahun raya pun eksaited  




Seminggu jugak balik Melaka tahun ni. Sebelum balik KL haritu kami bertiga pusing-pusing bandar Melaka. Next entry kite cite.

Untuk semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin korang