Hi Assalamualaikum korang....
Tau dah lama tak update kat blog ni.tahun lepas kot last entry.
Tapi kali ni, nak taknak kena jugak rajinkan diri create entry ni. Sebab? This is will be one of the most important memories in my life, ala-ala one of my bucket list gitu...
Tengok tajuk balik.
Yes.... InshaaAllah, Dila akan pakai braces.At last......
Kalau korang tanya kenapa Dila nak pakai braces, of course ada sebab yang kuat yang Dila tekad nak jugak buat braces ni. Kalau nak tayang gigi sekarang ni kat dalam ni memang tak la kot. Nanti-nanti la kalau dah tak segan, So far, gamabr keadaan gigi sekarang memang tersimpan baik untuk kenangan.
Okay, first step sebelum nak pakai braces ni, of survey klinik kat mana nak buat. A few factors kena ambil kira sebelum nak pilih klinik ni. Antara faktor yang penting :
- Kos braces : Setiap kes adalah berbeza. Setiap klinik pun berbeza. So, kena rajin pilih, tanya, survey. Kena ambil tau jugak pakej, installment, deposit semua camne. So, make sure kos ni kena dan ikut kemampuan korang sendiri.
- Lokasi : PENTING! make sure lokasi klinik ni senang untuk korang datang ulang alik setiap bulan untuk follow up treatment. Kalau jauh, susah pulak nak pergi tiap-tiap bulan nanti.
So far, dua faktor ni memang penting sesangat untuk korang amik kira. Dan untuk Dila, selepas beberapa bulan survey, akhirnya Dila decide untuk buat braces ni kat Medissa Dental Clinic, Kota Damansara. Sebab within my budget, dekat dengan rumah. So, memenuhi kedua-dua kriteria terpenting ni. It's a bonus sebab dia bukak sampai mala. weekend pun bukak. So, senang nk gi follow up tiap-tiap bulan.
Details Medissa Dental Clinic:
Address: Jalan Nuri 7a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kos buat braces kat sini :
Lepas diorang check gigi, so diorang suggest Dila samada nak guna Damon Braces atau braces yang biasa tu (tukar kaler getah tiap-tiap bulan). Untuk gigi Dila:
- Damon Braces = RM7,500.00 - Deposit RM3,00.00
- Traditional Braces = RM5,500 - Deposit RM999.00
Deposit boleh bayar installment, tapi braces hanya dipasang selepas deposit settle tau.
Lepas settle deposit, tiap-tiap bulan installment RM150.00 je. Untuk dua-dua jenis braces ni sama, tiap-tiap bulan RM150.00 installment.
Okay, agaknya cukup kot entry The very first step nak pakai braces ni. Nanti Dilla share 1st appointment pulak ye. Daa