Happy Birthday Abah


29 April 2016 - Genap umur abah 52 tahun. Alhamdulillah.




Happy birthday abah tersayang. We loves you sangat ketat.
Semoga abah terus kuat dan sihat di usia yang mendatang. You always have me, In shaa Allah to support you dalam keadaan susah dan senang. Akan sentiasa tak dilupakan dalam doa.

Semoga impian dan doa abah dipilih, diangkat dan dimakbulkan Allah S.W.T
Aamiin..





Terima kasih atas semua pengorbanan selama membesarkan akak. Tak terbayar rasanya. Terima kasih untuk semua kerisauan dan harapan abah untuk akak dan semoa doa-doa serta berusaha untuk tunaikan impian akak :)




Semoga kita sama-sama terus dimurahkan rezeki daaaaaannnn daat cuti tempat lagi best next & next & next yearsssss... Mmmmuahxx









Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2











Nak tengok ! 
Mesti tengok!









Pernah Tak #2




















Pernah tak korang rasa sangatlah terhimpit dengan kesempitan hidup dengan masalah-masalah dunia contohnya korang dalam account bank balance dah kurang dari minimum withdrawal. Cash dalam tangan rm20 sedangkan kau nak ulang alik pergi kerja minyak, tol & parking. Makanan kat rumah pun majoriti dah habis dan kau memang dah berminggu memang tight budget (tak boros) sampailah nak menunggu next gaji untuk survive.





Aku pernah.






















Family Holiday 2016 : Port Dickson (Day 2)



Sambungan dari Family Holiday 2016 : Port Dickson (Day 1) baca yang ni dulu tau.


Hari kedua ni kitorang bangun awal-awal pagi turun breakfast terus ke pantai belakang resort ni je. Okay, kat sini syok sikit sebab banyak water activity yang kitorang main. Jet ski lah, banana boat lah, ape tah lagi nama yang I pun tak tau dan gerun nak main. Alhamdulillah rezeki ada lebih sikit so boleh lah belanja family main ni sume. Mak abah main jet ski tak sampai 5 minit pastu abah cakap "Peninglah" Abah mabuk laut ye... hehehe..Mak lah yang join main mende-mende lain. Abah jaga cucu kat kedai sambil minum air. 






Yang ni memang I tak  berani nak main, takut jantung tertinggal kat tengah laut tu.




Masa nak main jet-ski ni lah budak kecik ni sibuk nak main jugak. Mengamuk-ngamuk nak naik. Tanya beach boy tu boleh ke? Dia cakap boleh. So, bawak jugaklah dia naik jet-ski ni skali. Untung ko nak. Kecik-kecik dah naik jet-ski.


Berani betul ye request nak naik jet-ski. Mama yang dah besar ni pun berpeluh bila papa ajak naik jet ski tau.



Pewiiitt--- mak abah






Banana boat ni pun first time seumur hidup I main okay. Dulu-dulu kalau honeymoon berdua ngan husband puas bergaduh bila dia ajak main water activity. I cannot lah. hiks.. Tapi sekarang dah berani sikit.cewah~~
Puas berjemur tepi laut ni kitorang sambung swimming kat swimming pool pulak, Bukan setakat budak-budak je suka. Mak budak bapak budak pun seronok. Yang penting semuanya seronok :)






Danish ni mula-mula takut pastu dah tak nak naik pulak. Sampai ke rumah duk usung pelampung sambil cakap swimming..swimming.. 

Lepas mandi manda ni , checkout. Then singgah lunch kat Teluk Kemang pastu dah tamatlah #SaiZuFamily holiday untuk kali ni. Lepas ni tak tau lah bila pulak dapat spend time sama-sama camni lagi. Semoga kita sama-sama murah rezeki so bolehlah pergi jauh sikit next year. Aamiin~~