Camne nak ajar anak wean off?

Danish lagi sebulan lebih nak masuk 2 tahun dah. Alhamdulillah...masih ada rezeki untuk menyusukan Danish dari susu sendiri. Murah rezeki Danish. Cukup tak berlebihan. Tapi Alhamdulillah demand still on going especially pantang masuk kereta dengan time tidur.WAJIB.




Mengikut perancangan awal, memang nak stop (wean off) Danish menyusu badan masa umur 2 tahun. So, start bulan lepas dah macam nak campur dengan susu formula guna botol susu..Tapi tak pasti susu apa yang OK dengan Danish. Dahla tu, sebab tak pernah beli susu formula sebelum ni, haritu survey rupanya mak aiiiiii harga susu kemaiiiinnnn... hahaha. Dah la jual pek besar-besar. Si Danish baru nak diajar, beli yang besar sekali tak serasi membazir je... Dilema betul..

Sedih jugak tau emosi bila tahu yang Danish dah nak sampai ke penghujung perjalanan menyusu badan ni. Yela, bonding time kot. 2 tahun duk peluk dia masa menyusu and now, knowing him dah makin besar...hm.....entahlah kenapa nak emosi sangat tah. Maybe semua mummy yang breastfeed anak lama-lama memang akan ade feeling camni kot. Eh ke aku sorang je?haha






Tapi planning sekarang taknak push Danish. Nak biar dia wean off secara alami.Maknanya biar dia sendiri yang  dah taknak. So far, planning taknak la sampai letak macam-macam kat miss B semata-mata nak menakutkan dia untuk tak menyusu kan. Mungkin Dilla akan start slow offer dia menyusu and ganti dengan air/ susu dalam botol or glass... Tengoklah camne nanti.



Korang ada tips tak camne nak wean off secara halus and camne nak avoid mummy emosi over cam Dilla ni ha? heeeee~~~






2 comments:

Aty Fared said...

akak dulu pon macam2 petua ikut..semua bende nak letak supaya anak tak nak dah isap susu..hahaha.. sampai letak sirap macam darah konon nya.. tapi die lap..pastu tak bersalah isap..

cuba susu kambing.. since susu kambing susu kedua terbaik selepas susu ibu.. skrg dah banyak di formulakan dengan campuran bahan2 elok seperti makanan sunnah jugak.. tak panas pon insyaa Allah.. cuba lah dulu..:) [akak tak jual susu kambing]

Dilla Delaila said...

thankyou suggest susu kambing kak aty.. inshaaAllah boleh try nanti.tp nk kena survey2 jugak dulu ni sebab macam dah banyak kan produk susu kambing.. Akak lastly buat camne eh sampai dia wean off?