My 24th Birthday :)


Hai korang....


Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to..... me...
Happy Birthday to....meeeeee......



Masa 13 Sptember 2013 haritu means genap umur Dilla 24tahun.Wah, dah dewasanya rasa sekarang. Patutla....makin banyak benda nak kena fikir, Duit la, rumah la, kerja la, study la, planning la, cuti la,nak kurus la..eh?!.....tanggungjawab la,  itu la, ini la...Wah, tak bestnya. Betul orang cakap, zaman dewasa ni, terasa sangat masa macam berkurang. Masa 24/7 yang sedia ada pun  macam tak cukup.



Impian di tahun baru?

Nak jadi budak kecik balik boleh tak? Tak yah nak kena cari duit, tak yah nak fikir masalah, hidup untuk gi sekolah, main belajar dan ditanggung parents dengan jayanya.
(haha, mustahil kan?)


So masa birthday haritu request kesanyangan nak makan something yang kitorang tak pernah try. So, Dilla request Bubba Gump Shrimp. Da, jomlah ke The Curve untuk birthday treat tahun ni. Owh ya, memang Dilla dah apply cuti awal-awal sempena birthday Dilla.hehe...Paksa kesayangan cuti jugak baru boleh dating.


Okay tak dating sangat pun sebab adik Dilla, Syera tu menyibuk sekali. Tapi okayla. First time try Bubba Gump Shrimp, yes Sedap jugak menu yang kitorang pilih haritu. Tapi, sory...Name makanan tu dah lupe. Cuma yang minuman kena pilih betul-betul sebab ada yang campur dengan alkohol macam vodka dengan liquor. Waiter akan bagitau la mane yang alcohol free.











Cita-Cita nak jadi ape?

Assalamualaikum.

"Cita-cita kamu nak jadi ape?"
Soalan wajib cikgu-cikgu tanya masa sekolah kan. Sure dan confirm masing-masing ada impian tersendiri dan mesti kebanyakan jawapan cita-cita kita masa sekolah rendah tiba-tiba bertukar masa kita sekolah menengah atau peringkat universiti.

Masa sekolah rendah, cita-cita Dilla nak jadi 3P (Polis / Pensyarah / Pramugari) Tapi sampailah masa sekolah teknik cita-cita dah bertukar nak jadi Engineer pulak. And now, I am struggling to reach that thing called dream.

Alhamdulillah berbekalkan keputusan result study dan experience kerja yang sedikit, Dilla dapat tawaran yang sangat better offer untuk menjadi Design Engineer di salah sebuah syarikat Oil & Gas. Berat hati nak tender resign letter kat company sekarang. Tapi, berbekalkan pandangan dan nasihat orang-orang sekeliling, Dilla tawakal dan tekad untuk tender resign letter dengan rasa serba salah. InsyaAllah ni bulan terakhir Dilla berkhidmat di company sekarang. 

Demi cita-cita dan masa depan, apelah salahnya kita move sikit dari comfort zone, timba pengalaman yang tak terjangka di tempat baru. InsyaAllah mungkin rezeki kita ada lebih kat situ. Setakat ni tahun 2013 berjalan dengan baik dalam hidup Dilla. Banyak rezeki yang tak terjangka Dilla dapat. 2/3 dari azam tahun baru pun dah tercapai. Alhamdulillah. Dan sekarang, next target dalam kerjaya adalah pangkat IR. hehe... jauh lagi nak dapat title tu, tapi tak salahkan Dilla nak aim target awal-awal.


Selain family, diorang adalah 'orang kuat' dalam hidup Dilla.


Untuk family dan kawan-kawan tersayang, terima kasih untuk doa kalian. All the best untuk kita semua jugak.





AlhamdulillahRezeki;
Dilla Delaila

Pray For Awe

Assalamualaikum
A quick update from me.
One of my BFF currently admit kat ICU, Hospital Batu Pahat. Asma teruk dan baru lepas minor operation sebab doc terpaksa masukkan tiub dalam saluran pernafasan. Dilla mohon korang yang kenal, atau tak kenal Siti Hawa ni, sama-sama doakan dia terus kuat dan sihat macam biasa. Masa raya haritu dia dah admit kat HKL atas sebab yang sama. Tapi kali ni teruk...
Dilla currently still kat KL, if things getting worse, akan ke sana jugak soon.

Awe, please be strong dear. Get well soon please. Im worried so much here :'(


Thanks untuk semua yang doakan awe. Yang kenal / tak kenal..Hanya Allah dapat balas jasa korang semua.