Hai korang,
Post ni sebenarnya throwback tahun lepas.. Al maklumlah..Sebelum ni share kat Ig dengan fb je. So sejak bukak balik blog ni, haruslah share kat dalam blog pulak. So, 2-3 tahun dari sekarang bila baca blog boleh la senyum-senyum balik teringat cite lame :) Sama macam sekarang, bila baca balik post-post lama, rasa macammmmm wa, rindunye.
Okay straight to the point, sebenarnya dulu masa mengandungkan Danish, selalu lah pergi baby expo ni. Dan, nak dipendekkan cite lagi, kami dapat cabutan bertuah untuk pergi bercuti 3hari 2 malam. Alhamdulillah, rezeki Danish la tu.. hehe..... Tapi kena ingat tau, ni bukan percutian bajet ataupun tips-tips backpackers sebab pergi dengan anak kecik kan dan hotel pun disponsor. So Dilla share ni more kepada nak tunjuk camne rupanya Pulau Redang tu untuk sape yang tak pernah jejak lagi.
 |
| Sepanjang kat sana, memang mama je lah yang jadi fotografer. |
Jadinya, ke Pulau Redang lah kami bertiga.. Masa tu umur Danish dalam 6 bulan kalau tak silap. So far, pergi pulau naik bot , naik motor, snorkelling semua sepanjang kat sana Danish takde masalah dan tak demam.. So, bercuti pun seronok je...
Sepanjang kat sana, kami stay kat
Redang Island Resort . Ini lah yang kami dapat masa cabutan bertuah tu. So far so good kat sini. Tenang, Rileks je. Suke environment kat sini. Sunyi dan mendamaikan. Sesuai untuk korang-korang yang more nak rileks santai tenangkan fikiran. Kalau yang nak banyak entertainment better stay kat area long beach :)
 |
| Ini lah bilik kami, tapi gambar amek dari Google :) |
 |
| Area depan bilik . Lepak before jalan-jalan. |
First day sampai tu aktiviti area resort ngan sewa motor gi jalan-jalan area kampung. Duk syok ronda-ronda kampung tetiba jumpa satu port yang subhanaAllah cantik sangat laut dia..view dia... Consider private beach la situ. Bukan tempat pelancong pun tapi kira rezeki kami lah jumpa port tu. Cantik yang amat sangat situ. Tapi susah nak explain sebab kami pun terjumpa masa ronda-ronda naik motor petang tu.
 |
| Danish baru nak pandai duduk time ni . |
Kan dah cakap, mama fotografer. So, dapat gambar bayang-bayang sendiri pun jadilah :)
See.....Cantik sangat-sangat.. suka. ada jugak 2-3 orang yang ada sini time tu. Maybe jugak orang-orang kampung situ. Takpun orang yang macam kami, terjumpa tanpa sengaja.
Dah puas main air situ, kami balik resort. Malam tu pi cari dinner kat area dalam kampung tu je. Saje nak try camtu taknak makan makanan hotel. Planning nak cari BBQ, tapi hampa. Owh ya, memalam tu pun kami naik motor ja. Nasiblah Danish OK takda pape.
Cukup panjang dah kot entry ni. Kita sambung lain pulak eh. See you all :)
Nota Kaki ; Budak pulau cakap, kalau nak pegi pulau pergilah antara April - Jun sebab tempoh tu masa pulau cantik... :)