It's been a long paused

Hello.



I'm not sure if there's still anyone that will read on my blog. But hey! Another effort for me to keep updating my blog. Used to be my beloved blog where I will spill out my random thought and opinion or even my current feeling.


I wish I can be active again in this hobby. I can say, it's my comeback after a long paused!

Puers Kidsdom Organic Therapy Balm


Nak share dengan korang semua ni. Sekarang Dila tengok dah ramai mommies yang dah mula ambil tahu dengan kandungan-kandungan untuk bagi apa-apa dengan anak kan. Bagus. Sebab kita macam lebih alert tentang kebaikan dan keburukan sesuatu bahan untuk untuk tempoh masa yang panjang.


Mesti semua mommies / daddies nak yang terbaik untuk anak-anak. Betul tak? Especially kalau bab-bab ubat, makan, mainan. Kalau boleh nak bagi anak benda yang selamat dan tak membahayakan anak-anak.


So, ni Dila nak share ngan korang. Therapy balm dari Puers Kidsdom. Ada 6 jenis balm semuanya bergantung kepada kegunaan masing-masing tau. 


Apa yang bestnya balm Puers Kidsdom ni?
Bagus sangat ke?
Hebat sangat ke?
Ke sama je macam balm-balm yang ada kat pasaran?


Okay meh Dila nak bagitau. Kesemua balm Puers Kidsdom ni :


  Bebas daripada bahan kimia berbahaya.
 100% diperbuat daripada bahan organic semulajadi.
 Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
 Sesuai digunakan dari bayi hingga dewasa.



Setakat sekarang ni, Puers Kidsdom dah mengeluarkan enam jenis balm dah. Dan kita dah dapat lebih 90% feedback yang positif dari balm-balm keluar Puers Kidsdom ni.
Antara fungsi-fungsi balm ni macam kat dalam gambar kat bawah ni :








Okay korang yang nak cuba ke nak tau lebih lanjut pasal balm-balm ni semua, boleh direct comment atau contact dengan Fb page ni


Setakat ni dulu tau korang. Nanti Dila share lagi pasal Puers Kidsdom. Serius best tau korang. Cuba sekali mesti jatuh cinta  

I miss blogging



Lamanya tak bukak blog ni.
Ni bukan tahap bersawang dah ni. Ni tahap orang cakap " Kalau mati, di mana kuburnya?" dah ni . Hahaha..


Banyaknya benda yang rasa macam ruginyaaaaaa tak update kak blog. Bila baca post-post blog yang lepas, rasa macam... 


Eh yeke..Dulu camni eh.
Eh, nasib baik tulis dalam blog.


Tetiba rasa rindu nak blogging. Untuk kepuasan diri sendiri je pun. We'll see berapa lama bertahan kali ni.
Kalau tahun 2017 ada 3 je post. haha.  Tahun 2018 ni ada improvement ke tak ek. 




 Love; Dilla

Dah Pasang Braces


Setelah berkali-kali postponed, akhirnya semalam di hari jadi ke 28, berjaya Barces ON!. huhu .


Segannya nak share picture-picture sebelum pakai braces tu.
Tapi, sebab dah nekad nak simpan experience dan perjalanan pakai braces ni dalam blog. So, teruskan  share  kat sini.


First ni pakai light pink colour


Braces ni kos dia setakat ni  :
Full price : RM 5,500.00
Deposit : RM 999.00
Monthly : RM 150.00
Bite : RM 90 satu gigi


Braces Dila buat kat Medissa Dental Kota Damansara. Tapi scaling dengan X-Ray buat kat tempat lain. Sebab kat Medissa takde servis X-Ray tu. Scaling pulak long que nak menunggu. So Dila decide buat scaling kat luar jugak. Pasal scaling dengan X-Ray nanti Dila share eh. Post ni nak share pasal malam tadi yang pasang braces ni ha. Sementara fresh lagi ni ha.



Kenapa pilih Medissa Dental?
Sebelum decide nak buat kat mana, Dila memang survey macam-macam tempat tau nak pasang braces ni. Of course harga, deposit & monthly installment antara faktor penting nak ambil kira. Then location. Senang nak ulang alik tukar band setiap bulan.


So, semua faktor-faktor ni memang macam yang Dila nak. Antara yang termurah sebab harga RM5,500.00 je. Compare to other clinic yang ada sampai RM6,000 - RM8,000. Deposit pun murah je. So, senangla nak guna saving yang ada. Deposit kena bayar RM999.00. Ada clinic yang nak 50% deposit. huh! berpeluh nak bayar kalau banyak sekaligus camtu. 


Masa pasang braces malam tadi, ada kena pasang bite.

Bite tu macam dia nak tinggikan sikit gigi tu untuk braces atas ngan bawah, tak berlaga.

See ya next post. mmuahx








Demam anak tak melarat dengan Baby Rub Balm




Pagi tadi dapat feedback dari salah seorang pengguna Baby Rub Balm. 
Mak dia cakap yang anak dia pembawa Talasemia. So, biasanya kalau demam akan melarat.


Tapi sejak guna Baby Rub Balm ni, dah OK dah. 
Malam tadi demam, mak dia sapu balm Baby Rub ni. Alhamdulillah...

Pagi ni, bangun dah tak demam. Suhu dah normal.



animated-mini-gif-image-0260animated-mini-gif-image-0260animated-mini-gif-image-0260


Meh Dilla explain Baby Rub Balm ni apa.

Balm Baby Rub ni sangat-sangat bagus untuk melegakan batuk kahak hingus selsema ni semua.
Ada lebih 90% testimoni yang dah berjaya guna Baby Rub elokkan batuk selsema especially untuk baby. Tapi, balm ni orang besar pun boleh pakai tau.

Function dia sama macam vicks TAPI...
Baby Rub balm ni 100% diperbuat daripada organic product. So 0% sebaranag chemical mahupun racun. KKM approved lagi tau. Dan dia tak berangin macam Vick. Lagi POWER dari Vicks.

So, siapa yang tengah berhadapan dengan masalah anak tengah batuk selsema terutamanya baby, yang mana kita sedia maklum NO UBAT untuk baby bawah 2 tahun, so ni salah satu alternatif untuk guna balm organik sebagai penyelesaian untuk batuk selsema demam.




My Braces Journey : The very First Step

Hi Assalamualaikum korang....

Tau dah lama tak update kat blog ni.tahun lepas kot last entry.
Tapi kali ni, nak taknak kena jugak rajinkan diri create entry ni. Sebab? This is will be one of the most important memories in my life, ala-ala one of my bucket list gitu...




Tengok tajuk balik.
Yes.... InshaaAllah, Dila akan pakai braces.At last......
Kalau korang tanya kenapa Dila nak pakai braces, of course ada sebab yang kuat yang Dila tekad nak jugak buat braces ni. Kalau nak tayang gigi sekarang ni kat dalam ni memang tak la kot. Nanti-nanti la kalau dah tak segan, So far, gamabr keadaan gigi sekarang memang tersimpan baik untuk kenangan.


Okay, first step sebelum nak pakai braces ni, of survey klinik kat mana nak buat. A few factors kena ambil kira sebelum nak pilih klinik ni. Antara faktor yang penting :

  1. Kos braces : Setiap kes adalah berbeza. Setiap klinik pun  berbeza. So, kena rajin pilih, tanya, survey. Kena ambil tau jugak pakej, installment, deposit semua camne. So, make sure kos ni kena dan ikut kemampuan korang sendiri.
  2. Lokasi : PENTING! make sure lokasi klinik ni senang untuk korang datang ulang alik setiap bulan untuk follow up treatment. Kalau jauh, susah pulak nak pergi tiap-tiap bulan nanti.
So far, dua faktor ni memang penting sesangat untuk korang amik kira. Dan untuk Dila, selepas beberapa bulan survey, akhirnya Dila decide untuk buat braces ni kat Medissa Dental Clinic, Kota Damansara. Sebab within my budget, dekat dengan rumah. So, memenuhi kedua-dua kriteria terpenting ni. It's a bonus sebab dia bukak sampai mala. weekend pun bukak. So, senang nk gi follow up tiap-tiap bulan.

Details Medissa Dental Clinic:
Address: Jalan Nuri 7a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia




Kos buat braces kat sini :

Lepas diorang check gigi, so diorang suggest Dila samada nak guna Damon Braces atau braces yang biasa tu (tukar kaler getah tiap-tiap bulan). Untuk gigi Dila:


  1. Damon Braces = RM7,500.00 - Deposit RM3,00.00
  2. Traditional Braces = RM5,500 - Deposit RM999.00 



Deposit boleh bayar installment, tapi braces hanya dipasang selepas deposit settle tau.
Lepas settle deposit, tiap-tiap bulan installment RM150.00 je. Untuk dua-dua  jenis braces ni sama, tiap-tiap bulan RM150.00 installment.


Okay, agaknya cukup kot entry The very first step nak pakai braces ni. Nanti Dilla share 1st appointment pulak ye. Daa






Happy 27 tahun to me~~~

13.September.2016

Genap 27 tahun jadi manusia. Hari kedua hari raya haji tahun ni. No celebration pun sebabnye hari tu buat aqiqah Danish. Itupun dah lebih dari seronok dah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seronok. Pasang pelita, rewang masak, bagi budak-budak main bunga api, makan ramai dengan orang kampung. Seronok sangat kat kampung, lain betul feeling dia dengan kat bandar ni.

The one and only hadiah pun dah dapat dari encik Hafiz. Suka sangat!

Dah makin berusia ni makin tak mengharap apa-apa sangat pun on birthday. Cuma berharap orang-orang penting wish tu pun dah happy.

Part paling best, ramai September baby dari member-member baik. Yeay...kite geng. Ok tu je lah kot kali ni, hujung bulan ni birthday encik Hafiz pulak. Few days lepas tu birthday anak kesayangan pulak. Itu yang paling excited buat masa ni...phew~~






Letak jugak gambar umur 27 tahun cenggini rupa dia. Ahaha.. Kot la panjang umur, lepas 10 tahun nanti bolehla bandingkan rupa umur 37 tahun pulak kan. Tak gituuuu..hahaha




Bye;
Dilla




Sistem Gred dan Pemarkahan UTM




Sekarang tengah musim-musim nervous menunggu result untuk short sem keluar.
Sem pendek ni Dilla amek 3 subjek simple, Makmal 4, English dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Alhamdulillah memang betul-betul shor sem ni. (first time amek full short sem, sebelum ni asyik tak berpeluang je amek short sem)

So, bila result dah keluar ni, Dilla selalu konfius dengan gred dan markah. Tolak tepi dulu lulus ke gagal. Sebab nak senang, lepas ni refer je kat blog sistem gred dan pemarkahan untuk student-student UTM. Senang.





Yang ni officially untuk UTM. Tapi rasanya lebih kurang or sama je dengan universiti-universiti lain. So kalau korang mencari-cari jugak nak refer sistem pemarkahan dan gred, boleh je refer yang ni.




Bye;
Dilla



Life is tough













Tak tau nak cakap macam mana bila hati kena robek-robek koyak-koyak tapi terpaksa tahan dan buat seolah takde apa-apa berlaku. Bila mana tak tahu jalan terbaik yang patut kita pilih. Bilamana kita buntu samada nak ikut kata hati atau kata akal. Bila terlalu banyak hati-hati lain yang perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang akan kita buat. Waaaaa stressnya fikirkan masalah-masalah ni.

Tak sure apa sebenarnya hati ni nak. Semoga ada jalan keluar dari masalah-masalah ni. Aamiin
























Al-Kisah Senggugut

Like seriously-lah senggugut kenapa sakit sangat eh? I have experienced this lama dah since sebelum kahwin. Then orang cakap lepas kahwin nanti akan hilang senggugut tu. So lepas kahwin rasa lega lah dengan harapan kata-kata tadi tu betul. Tapi, end up still sama jugak senggugut datang. Senggugut Dilla ni yang jenis sakit sampai tarik hujung jari kaki. Sometimes boleh krem kaki tau. Masa kena serang dengan senggugut ni memang tak boleh duk kat tempat sejuk (aircond, kipas...etc), else, akan lebih parah. Sebabtu lagi prefer kalau kena senggugut tu biarlah kat rumah. So boleh la lumur minyak panas satu badan.

Masa baru kahwin dulu, Dilla kan dapat rezeki anak tu lambat sikit. Dan kami pun pergi la consult pakar O&G kat KPJ. Then Dilla bagitau doc pasal senggugut, pregnancy..bla..bla.... So, doc pun scan and buatlah checkup-checkup dia. As usual, doc bagi ubat dan suruh makan kalau senggugut datang. Ubat tahan sakit lah tu (-_-) Doc cakap rahim semua OK. No cyst or apa-apa bendasing dalam rahim semua clear. No problem at all. Doc tu cakap biasa lepas bersalin akan hilanglah senggugut ni sebab masa bersalin nanti banyak urat akan putus, so lepas dah bersalin nanti dah takde senggugut dah.

And now, sekarang Danish dah nak masuk 2 tahun dah. And I still melayan senggugut everymonths (I syak, urat senggugut tak putus masa beranak haritu) do I need to layan this senggugut like forever???

Waaaaa...sakit tau. sakit sangat (tapi bersalin 100000000x lagi sakitlah of course). Nasiblah kat rumah Hafiz tolong urutkan kaki kalau time senggugut datang. Tapi.....ape ye cara nak hilangkan senggugut ni? Apa punca dia? Or memang betul ada masalah? Patut ke jumpa doctor untuk further checkup lagi?

















Danish tak nak makan

Lately ni Danish kurang selera makan. Most of the time, dia just makan sikit-sikit je compare dari sebelum-sebelum ni. Makan nasi pun sesuap dua pastu dah taknak. Buah pun sama. Sebelum ni ada bagi makan bubur nasi, sebelum ni banyak jugak Danish makan, tapi pun tak jalan buat masa ni ha. Risau pulak. Tapi tak nampak pulak tanda-tanda dia lapar. Menyusu sama macam time-time sebelum ni. Haish.. Badan pun dah nampak susut. Tips-tips yang dah google macam tukar menu, hias cantik-cantik, pujuk, makan sama-sama semua dah try. Tapi semua pun tak jalan jugak.

Ada orang suggest bagi vitamin. So sekarang tengah survey-survey vitamin ape yang patut beli. Tapi semalam (21.8.2016) dah jumpa doctor, dan doctor suruh Danish try consume Vitamin C. So sekarang tengok lah dulu camne. Hopefully, selera Danish datang balik lah.


Kalau korang ada tips ke advise ke camne nak handle anak-anak hilang selera makan ni, bolehlah share eh :)


Birthday Celebration dekat Taska Danish

Kali ni birthday celebration owner nursery Danish ni pulak. Dioarang sambut biasa-biasa je. Tapi budak-budak sukelah mende camni kan.  Kek-kek semua ni. 




Alhamdulillah Danish masih di nursery yang sama. Even pengasuh silih berganti. Dilla stay kat sini sebab so far Danish dah ada kawan kat sini, environment bersih tu sebab utama Dilla taknak tukar. Setaka ni pun alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik. Cuma biasalah terlebih terkurang tu biasalah orang yang jage kan. Contohnya eh baju anak orang lain ade dalam beg kotor Danish, takpun Danish dipakaikan pampers siapa entah, padahal pampers Danish banyak je lagi dalam beg dia tu. Lagi satu bab batuk selsema demam tu normal lah da bercampur ramai-ramai kan. Benda kecik macam ni Dilla pun malas nak besar-besarkan. Tapi tak de pulak lebam sana sini ke ape. Danish pun setiap kali balik muka ceria je. Masa nak hantar pulak OK je dia. Takde la meronta-ronta taknak masuk ke ape setakat ni. Alhamdulillah...Lagipun taska ni tak ramai budak yang di ambik. So bagi Dilla agak selesa lah budak-budak ni kan. 






Eh nak cite haritu cikgu-cikgu share gambar kat group whatsapp parents taska ni ha. Diorang celebrate birthday owner taska (Kak Bie). Seronokla makan kek eh korang. Ade mummy yang bagi bunga jugak kat Kak Bie. Pastu diorang beli dunkin donut rasanye (based on borak-borak diorang kat whatsapp group)  Bawah ni ha cikgu-cikgu kat taska ni. Muda-muda lagi kan.







Pastu bergambar dengan ahli-ahli taska ni pulak. tu je la semua budak-budak kat sini. Even tak ramai tapi Dilla suka. Mungkin hanya akan tukar nurserry lain bila dah decide nak masukkan Danish ke playschool inshaaAllah next year kot. tengokla camne. Harapnya semua berjalan seperti yang dirancang lah. 





Semoga Kak Bie dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga terus sukses dengan sikap Kak Bie sekarang yang menyayangi anak-anak kami yang kami amanahkan di taska Kak Bie. Nama dan details taska terpaksalah tak didedahkan demi keselamatan bersama.heee



Love ;
Dilla







Shopping Kat ZALORA guna store credit je weh

Al-kisahnya haritu dapat reminder dari BIGPoint AirAsia suruh redeem point sebelum 31 Julai 2016. Kalau tak redeem, sudahnya point burned. Dilla pun ape lagi, disebabkan dalam masa terdekat ni takde lagi perancangan nak fly keman-mana or even nak book hotel mana puntak tau, nasiblah boleh convert point tu ke Zalora Store Credit. Yeays.. Laju-laju terus convert BIG Point ke ZAlora Store Credits. Dapatlah RM120.00. ok lah dari takde langsung kalau point kena burned kan.


Dan  dah selamatlah shopping kat Zalora ni ha. Beli blouse dengan wedges (again?) haha.. Terlebih RM5.90 so topap sendiri je lah RM5.90 ni. Puas hati. Harapnya Encik Hafiz tak bisinglah eh especially part kasut tu. 





So, korang kalau tak tau nak buat apa dengan BIG Point korang, boleh lah redeem dengan Zalora ni ek. At least dapat jugak feeling-feeling shopping barang free / harga murah bila dah tolak je dari Store Credit ni ha. Gituuuuu....



Love;
Dilla


Camne nak ajar anak wean off?

Danish lagi sebulan lebih nak masuk 2 tahun dah. Alhamdulillah...masih ada rezeki untuk menyusukan Danish dari susu sendiri. Murah rezeki Danish. Cukup tak berlebihan. Tapi Alhamdulillah demand still on going especially pantang masuk kereta dengan time tidur.WAJIB.




Mengikut perancangan awal, memang nak stop (wean off) Danish menyusu badan masa umur 2 tahun. So, start bulan lepas dah macam nak campur dengan susu formula guna botol susu..Tapi tak pasti susu apa yang OK dengan Danish. Dahla tu, sebab tak pernah beli susu formula sebelum ni, haritu survey rupanya mak aiiiiii harga susu kemaiiiinnnn... hahaha. Dah la jual pek besar-besar. Si Danish baru nak diajar, beli yang besar sekali tak serasi membazir je... Dilema betul..

Sedih jugak tau emosi bila tahu yang Danish dah nak sampai ke penghujung perjalanan menyusu badan ni. Yela, bonding time kot. 2 tahun duk peluk dia masa menyusu and now, knowing him dah makin besar...hm.....entahlah kenapa nak emosi sangat tah. Maybe semua mummy yang breastfeed anak lama-lama memang akan ade feeling camni kot. Eh ke aku sorang je?haha






Tapi planning sekarang taknak push Danish. Nak biar dia wean off secara alami.Maknanya biar dia sendiri yang  dah taknak. So far, planning taknak la sampai letak macam-macam kat miss B semata-mata nak menakutkan dia untuk tak menyusu kan. Mungkin Dilla akan start slow offer dia menyusu and ganti dengan air/ susu dalam botol or glass... Tengoklah camne nanti.



Korang ada tips tak camne nak wean off secara halus and camne nak avoid mummy emosi over cam Dilla ni ha? heeeee~~~






Last Day English Class untuk Short Sem Ni

Alhamdulillah..
Last weekend, 14.August.2016 last class untuk kursus English for Academic Communication Skills. Dilla suka sangat masuk class ni. Lecturer best. Classmate punsemua best-best. Even Dilla tersesat sorang-sorang mechanical student and memang tak kenal langsung yang lain-lain masa 1st day class dulu, tapi syukurlah dapt jugak kawan-kawan dari faculty lain yang best-best. So far, semua dipermudahkan even takde geng mula-mula. Hee.~~~






My gang. Emy and Ima... 2-2 ni single tapi tak sure available ke tak. Sume dari faculty lain-lain. Sorang Marketing, sorang programming tak silap. Pasni tak tau lah dapat jumpa lagi ke tak dah.. Whatever it is, Good luck and all the best untuk semua untuk final hujung bulan ni eh korang.





Love ;
Dilla







Penat

Sejak selepas dari cuti raya haritu memang terasa chaotic sangat life. Tahun ni amek short sem, seminggu kat JB haritu busy, kerja kat ofis dengan current project (RAPID) lagi sampai angkut si Danish ke ofis nak sambung keje sampai malam lagi, ni hujung bulan ni final exam dah start.Bulan depan (Raya haji) nak buat aqiqah si Danish lagi, ada kenduri kahwin kat kampung lagi.Wow sangat~~~



Whatever it is bersyukur dengan rezeki yang ada, well...rezeki tak semestinya duit kan. pengalaman, jatuh bangun, ilmu, masa even ujian semua tu pun rezeki. Alhamdulillah dengan semuanya. Tapi seriously rasa penat bukan setakat badan je dah ni tapi dah sampai tahap penat dah otak ni.Dasyat.

Hopefully dah selesai semua nanti, ada rezeki lebih-lebih sikit, ada masa...agak-agak mampu tak nak berehat tempat best sikit (holiday) hihi... Persetujuan Hafiz is needed.weee

Dah tu je nak ngadu. Penat.

Seminggu di Johor Bharu

Untuk yang tak tahu, Dilla amek pat time Degree kat UTM sekarang. Sebenarnya kalau nak ikutkan, dah masuk tahun ketiga dah pun. Tapi sebab mengandungkan Danish dengan alahan teruk dari awal sampai nak bersalin kerap keluar masuk hospital, so Dilla extend study dalam setahun setengah jugak la...
Naik je dari cuti bersalin tu, Danish kecik lagi masa tu, so amek 2 subjek je satu sem. Sekarang, Danish dah besar, so dah boleh la nak amek 3 subjek satu sem pun. Beza amek bilangan subjek tiap sem ni adalah waktu weekend memang takde ruang kosong langsung. Jadual kelas siang ke malam hokey. Tapi depends on lecturer jugak, ada yang habiskan kelas awal.



Okeyh, balik ke tajuk entry ni. Seminggu kat Johor Bharu, baru ni. Tapi bukan bercuti suka-suka ye. Dilla ada final lab kat UTM Skudai seminggu tu. Angkut sekali si Danish dengan papa dia ke sane sebagai teman..Ceh....haha.. Diorang bolehlah nak anggap bercuti, Dilla ni nan-hado...... Lab busy kot. Pagi ke malam jadualnye. Kalau dapat siapkan lab report cepat, dapatlah nak makan jauh sikit kat JB tu. Kalau tak, makan je la dalam UTM tu takpun kat Taman U. Eh tak pun kat depan hotel je.

Ni kali ke-2 dah diorang jadi peneman setia. Last year Danish baby lagi.. Sebenarnya tak sampai hati dan kesian tengok Hafiz ngan Danish jadi peneman ke sana. Tapi, apakan daya, si isteri / mama ni cengeng nak jugak diorang gi temankan. Heee.. Sebenarnya tak biasa berjauh lama-lama. Tak pernah pun tido malam takde Danish even sehari sejak dia lahir. Tu alasan sebenarnye. 


 









Apa-apa pun sangat hargai dengan pengorbanan Hafiz sepanjang seminggu kat sana. dari segi masa, duit, keringat..semua-semua lah. Dialah yang 24hrs jaga Danish, bawak makan. Hantar & amek Dilla ke/dari lab. Keluar masuk UTM. Amek bawak gi makan pastu masuk balik dan baaaaaaanyak lagi. Terima kasih awak :)


Sory sangat untuk kawan-kawan yang kat Johor ajak datang rumah tapi memang tak sempat. Jumaat malam Sabtu dah rushing balik Selangor balik dah sebab Sabtu tengahari ada kelas kat KL pulak. Waaaaa....ini lah rutin jadi part time student but full time worker, wife and mama. In shaa Allah pengorbanan sekarang akan ada hadiah untuk kami sekeluarga nanti. Chaiyok untuk diri sendiri!!




Love;
Dilla

My Syawal Shawl Style

Dila ni bukanlah pandai pun sebenarnya lilit-lilit shawl ni. Masa mula-mula belajar pakai tudung pun, tudung sarung sekolah tu dulu. Pastu masuk asrama belajar pakai tudung bawal. First time belajar pakai shawl pun masa study kat Shah Alam. Masa tu rasa macam muka alien je bila pakai shawl. Awkward sangat tengok muka sendiri pakai shawl depan cermin. haha...

But well, usia mematangkan kita..ceehhh...haha..
Berkat tutorial-tutorial dari facebook, akhirnya raya tahun ni makin berani pakai shawl banyak-banyak style. Tapi, bila si buat tutorial ni cantik, lilitlah camne pun, memang cantik je nampak. Bila diri sendiri melilit ni rasa macam...........apehal tak sama cantik pun?? Pastu stress sendiri. Pastu bukak semua jarum dan brooch then lilit biase je sudahnya.

Entry kali ni saja nak simpan koleksi kenangan, kot-kot lah boleh jadi bahan bacaan untuk masa depan nanti. At least adalah jugak bukti yang diri ni rajin jugak melilit shawl. Jadi tak jadi, cantik tak cantik, sesuai tak sesuai, belakang cerita. Time raya kan, time ni lah pun nak dress-up lain dari yang lain sikit.





 






Ni je untuk seminggu raya. Kalau perasan ada 2 warna je. Ye, memang dua warna je shawl tahun ni. Coklat dengan Kelabu. Sehelai RM10.00 beli kat Shah Alam. Haha.. Padah shopping raya last minute. Tak dapat nak cari-cari lagi tudung sebab masa dah suntuk nak balik kampung. Sudahnya pakai je lah shawl biasa. Tapi OK what? hehe..

Post ni macam syok sendiri lah pulak. Semua gambar selfie je. Biarlah, memang nak simpan untuk buat kenangan sendiri pun :) Bye