Berdikari = Berdiri Di Kaki Sendiri

Assalamualaikum.


Hai..nak share experience ngan korang yang bace DilaDelaila.blogspot.com ni. Alhamdulillah macam yang korang dah tau , Dilla dah tukar kerja lain. Eh tak, kerja kat tempat lain tapi masih dalam bidang yang sama sebenarnya. Hari kedua kat company baru, boss dah mintak Dilla ke site kat Batam, Indonesia untuk load test crane. And Dilla pulak macam errrr........ (blur! baru 2 hari kot kat company baru ni dah kena outstation oversea?Sorang-sorang? Aku tak kenal siapa-siapa lagi kot.Dahla tu Batam????) But still...dalam nervous, rase excited sangat nak face dengan experience sambil gain knowledge baru.




Rabu, 23/10/2013 Dilla gerak pergi Batam, masuk Singapore dulu. So far, Alhamdulillah perjalan semua okay sebab kat Singapore, boss ada tunggu so gerak ke Batam dengan boss. And yup, last week ke Miri, Sarawak and the following week dah kena ke Batam, sorang-sorang pulak tu. Boring dah satu hal, dah tu nak terkial-kial sorang-sorang pulak.Ada masalah apa-apa kena pandai-pandai sendiri solve.Contohnya:

Pertama : Duit Rupiah (IDR) tertinggal kat rumah, yang bawak just duit USD, itupun ngam-ngam untuk bayar VOA (Visa Of Arrival) kat Batam tu nanti so solusinya sampai je Singapore terus cari kedai tukar duit cepat-cepat.Terpaksa tukar duit ke SGD sebab lapar :) Done!


Kedua : Dah kat Singapore pulak, fon takde coverage dah kan, pastu tak jumpa boss. Padahal tengok jam, schedule ferry dah nak gerak ke Batam dah. Boss tak dapat contact Dilla, Dilla pun tak dapat contact boss. Mase ni dah nak nangis sangat-sangat dah. Tibe-tibe akal datang,laju-laju pergi cari coin untuk guna public phone. Dah jumpa boss baru lah lega sikit :) Finally!

Ketiga : Dari Malaysia pakai flat shoe, tshirt, jeans sampai je Singapore boss cakap kena pergi site terus. Hamek! nak kena geledah luggage pulak tukar seluar baju kasut. Finally dah sampai site, masuk office baru tukar semua tu so selesa sikit. Lega~~

Keempat : Malam tu lapar gile kat hotel, penat nak keluar cari makan, so solusinya call room service. Setel!



Okay tu je lah dulu kot. Busy sebenarnye ni. Semuanya gara-gara hydraulic schematic =,='
Okay Bye!


IndependentGirlIsMe;
Dilla Delaila

Dunia baru, Tanggungjawab baru

@BlogAkuIslam : 
Sesetengah orang, Allah kurangkan rezeki ke arah sesuatu, tapi Allah lebihkan rezekinya ke arah lain.

Alhamdulillah, semalam 21/10/2013 adalah hari pertama Dilla kerja kat company baru (Rabutec Sdn Bhd). Masih lagi company yang running business crane, cuma kali ni position lain dan lebih baik. Sayang nak tinggalkan company lama, tapi bak kata Hanis Zalikha : You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived. 

Jadi bermulalah, tanggungjawab yang baru untuk digalas dalam dunia yang baru ni. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin....Dan, nak tau tak, ini adalah cita-cita Dilla sejak sekolah teknik lagi tau.Tak sangka cita-cita dah tercapai. Okay dah boleh pasang cita-cita baru kan.(dah ada pun) Chaiyok!

So, korang pun jangan putus asa atas apa yang korang impikan. Pastikan korang ada target dalam hidup dan work for it. Selalu positifkan supaya korang dapat apa yang korang targetkan. Dan, jangan mudah berputus asa disamping berdoa dan terus berusaha. Seterusnya tawakal semoga apa yang korang dah usahakan tu, tercapai. Chaiyok!




DesignEngineer ;
Dilla Delaila





Trip Miri, Sarawak

Assalamualaikum.


Last day kerja kat Favelle Favco 12/10/2013. Sebelum resign tu, memang tersangatlah busy dengan workloads. Nak rehat memang limited sangat masa tu. So, memang dah terangan-angan mat jenin dah nak rehat seminggu masa Cuti Aidiladha sebelum start kerja kat tempat baru 21/10/2013 ni InsyaAllah. Lepas tu, terberangan pulak nak bercuti untuk berehat. Cuti untuk takde ape-ape aktiviti melainkan berehat je.

eh, comelnye budak ni! hahaha





"Orang mengantuk disorongkan bantal"
Pernah dengar ta pepatah tu? Yes, sehari sebelum raya haji, Dilla dapat 'offer' untuk pergi ke Miri. So terus bukak AirAsia tengok ticket untuk Isnin malam.....Wah! RM55 pergi balik. Ape lagi, terus booking walaupun takde siapa nak temankan pergi Miri ni sebab esok hari raya korban.sob..sob...

Eyebag hitam


Pergi ke Miri sorang-sorang. First time tahu....Wah, saya budak perempuan yang dah besar :)
Lepas ni boleh la jadi backpackers travel sorang-sorang pulak kan? (berangan lagi) Owh...Sepanjang kat Miri memang Dilla rehat serehat-rehatnye tau.Takde aktiviti pun.Gi berjalan pun dekat Bintang Megamall je.Stay at Meritz Hotel, Miri. Murah dan sangat selesa.Tak silap Dilla Meritz hotel ni 4 star hotel tau.





Okay so aktiviti sepanjang kat Miri ni, takde banyak gambar berjalan melainkan gamabr selfie sebab:
Makan sampai kenyang - Tido sampai eyebag hitam - Pusing-pusing mall sampai lenguh kaki
Ingatkan hati kental sangat, lepastu pagi raya online tengok semua update makanan raya pastu meroyan sorang-sorang kat sini nak makan makanan raya. #APTB


HaveAGoodRest ;
Dilla Delaila










Surprise Birthday Party For HIM :)

Assalamualaikum.



Actually dah lame dah.Tapi baru ada masa nak update blog. So, kali ni nak cakap-cakap pasal surprise birthday party untuk encik kesayangan. Birthday dia 28/9 tapi celebrate awal sehari sebab 28/9 tu memasing ada hal masing-masing.So terpaksa la awalkan celebration. Better dari takde langsung kan.
 Masa ni sebenarnye zon busy Dilla.Eh tak..bukan busy tapi super busy! 80% preparation party ni pun Fighters yang tolong. Dilla just prepare cost pastu yang lain-lain online booking. Hadiah birthday pun beli last minute masa lunch hour. Fuh! berpeluh kelam kabut on that day.Sampaikan booking kek pun tersilap inform umur (terbagitau umur Dilla, bukan umur si dia)





At first Dilla bawak dia pergi dinner kat Agehan, Blue Wave hotel, Shah Alam. Japanese food was good there. Then , saje-saje ajak lepak Dataran Shah Alam, sebenarnya yang lain-lain dah prepare...hihi.. Tak sangka diorang port kat tengah-tengah padang, nampak je kitorang terus jerit then nyanyi lagu birthday. Tenkiu-tenkiu..Tanjat itew....Terharu :') (Over!padahal bukan untuk Dilla pun)





Ada simple game, main tiup-tip belon, tiup tepung, pastu main gas helium untuk tukar suara jadi kartun...(Pengaruh runningman!)Fun sangat....Lepas puas enjoy kat Dataran Shah Alam, pergi karaoke pulak.Sampai 3 pagi, padahal esok kerja + kelas...Bagus perangai (jangan ikut!)


So,the conclusion is, walaupun party yang sederhana, tapi sangat fun.Thanks untuk semua yang datang, makan dan tolong buat preparation.Really appreciate it.







HappyBirthdayToYou;
Dilla Delaila